"Jom aku teman kau balik rumah." Ajak Mary, jam di dinding sudah menunjukan angka 6 petang. Malas betul dia mahu balik tetapi pakaiannya tiada. Hendak tak hendak dia kena juga balik ke rumah.
Mary dan Maria beriringan menuju ke lift sebaik sahaja mereka parking kereta berhampiran lobi apartment. Maria malas mahu ke bahagian parking yang agak jauh dari loby. Dia mengambil keputusan mahu menumpang rumah rumah Mary buat seketika dan wanita itu tidak keberatan. Ada juga dia kawan di rumah.
Maria menekan butang lift. Lambat betul lift ni turun. Setiap tingkat dia berhenti! Macam lah ramai sangat orang tinggal di apartment tersebut. Mesti ada yang sengaja bermain di lift. Apabila lift terbuka cepat-cepat Maria dan Mary masuk ke dalam lift. Tanpa di tekan lift tiba-tiba sahaja berhenti di tingkat 5. Seorang wanita masuk ke dalam lift.
"Lift nak naik dik bukan turun."Tegur Mary.
"Tak apa saya nak naik tingkat 15."Jawab wanita itu. Kelihatan wanita itu menjeling tajam kepada Maria. Maria berundur sedikit di belakang Mary.Pada pandangan mata Mary wanita itu tiada cacat celanya tetapi pada pandangan mata Maria wanita itu sangat menakutkan apatah lagi ketika dia menoleh ke arah cermin bayangan wanita itu tidak kelihatan, apabila wanita itu berpaling membelakangi dia kelihatan lubang besar di belakang badannya. Ada ulat mengembik berlumba-lumba mahu keluar dari lubang tersebut, ada yang jatuh ke lantai. Bau busuk menerpa rongga hidungnya. Maria terasa mahu muntah di situ juga.
Sebaik sahaja lift terbuka, Maria meluru keluar, dia muntah di coridor.
"Kau kenapa ni Maria.?"Mary mengusap belakang badan Maria. Kasihan pula dia melihat Maria yang kelihatan pucat lesi.
Maria menunjuka ke arah pintu lift yang sudah tertutup.
"Perempuan itu...kau tak nampak ke Mary."
"Perempuan tadi?Kenapa?"
"Perempuan tu sebenarnya hantu, hantu sundel bolong. Belakangnya berlubang." jawab Maria.
Mary mengeleng.
"Kau ni dah berapa banyak pekena batu ni?"Tebak Mary.
"Aku dah lama berhenti ambik benda tu lah..."
"Habis tu teruk sangat kau berhalusinasi ni.Mana ada hantu aku tengok biasa sahaja."Maria mengeleng, semakin teruk dia rasakan sekarang. Maria membuka pintu, bau hanyir meruap .
"Apa bau ni?"Mary bersuara sambil menekup hidungnya.
"Entah..tadi masa aku tinggalkan okey sahaja tak ada apa-apa bau pun."
"Cuba check, busuk lah, hanyir macam bau telur pecah."
"Mana rumah ni ada telur , aku tak pernah beli makanan basah pun."
Satu kerja pula Maria mencari dari mana datangnya bau itu. Semua bilik dia buka memang tiada apa-apa. Tetapi sebaik sahaja dia membuka pintu bilik air di bilik tetamu dia menjerit nyaring.
Berlari Mary mendapatkan Maria yang sudah terduduk di tepi bilik air. Mary meninjau ke dalam bilik air. dia menekup mulutnya tergamam.Darah merah segar membuak-buak dari lubang toilet seperti sedang mendidih!
"Cepat Maria, ambil barang kau, baik kita keluar dari sini sebelum benda buruk terjadi."Mary terpaksa mengheret Maria masuk ke dalam biliknya. Dia membantu Maria mengambil keperluannya pada kadar segera.
Berlari-lari mereka keluar daripada rumah bernombor 13A tersebut.
"Apa sebenarnya yang berlaku ni Mary?"Maria mengigil ketakutan.
Sungguh dia tidak pernah merasa setakut ini!
YOU ARE READING
13
HorrorMaria si kupu-kupu malam.Kerana dendam dia sanggup lebih berdosa.Kerana dendam dia sanggup bermain sihir. Dan kerana dia pewaris maka dia mewarisi