13 part 14

4.7K 183 0
                                    

13 part 14

Maria memandang gelang di tangannya. Apa fungsi gelang ini?Cantik dengan butiran batu berkilau seperti batu serai tetapi halus sahaja. Berat pula!

Sudah dua hari emaknya meninggal dunia, selama itu lah Zeck dan Mary menemani dia. Petang nanti dia mahu pulang kembali ke Kuala Lumpur.

Diam-diam Maria masuk ke dalam bilik belakang. Dia melihat cermin besar di hadapannya.
Dia melihat imejnya di cermin, kelihatan cantik sahaja.Maria tersenyum kecantikan yang tidak pernah dia lihat pada wajahnya sendiri sebelum ini.
Dia menari, melentikan tangannya, mengoyang-goyang seperti sedang menari mak yung. Dia berpusing dan melihat cermin. Di sebelahnya kelihatan seorang wanita bangsawan lengkap berpakaian purba. Maria terundur ke belakang.
"Maria....."Suara itu berbisik perlahan.
"Jangan takut sayang....akhirnya aku menjadi milik mu. Aku lah suri..Matisuri." wanita di dalam cermin itu ketawa. Maria menoleh disebelahnya memang tiada sesiapa kelihatan. Wanita misteri itu hanya wujud di dalam cermin sahaja.

"Jangan lupa asap kan gelang yang kau warisi setiap malam purnama. Jangan lupa mandi bunga setiap kali engkau suci dari tujuh hari haid mu."

Maria hanya mengangguk tanpa sedarnya.Dia bagai terasuk hanya mengikut. Apabila dia tersedar dia berlari keluar dari bilik. Dia mendapatkan Zeck dan Mary yang duduk bersantai di beranda.
Maria memandang ke arah halaman rumah. Dia melihat ayahnya sedang berbual dengan seseorang. Apabila orang itu berpaling kepada mereka bertiga, hati maria berdetak.
"Tak guna punya jantan...datang sini buat apa."Sungut nya.
"Kenapa dengan lelaki tu.?"Mary bertanya, di dalam mata Maria Mary tahu Maria sangat bencikan lelaki itu.

"Sebab jantan tu lah yang jual aku."Jawab Maria berbisik.
"Jantan tu nampak baik je."Ujar zeck pula.
"Baik tahi kucing, kalau baik dia tak rogol aku, tak jual ke rumah urut lah." Maria mendengus marah.
"Kalau aku, aku bunuh dah setan tu."Zeck menambah amarah dihati Maria.
"Kalau di Malaysia ni tak ada hukuman pada orang yang  bunuh orang ni, memang dah lama aku bunuh bagi mampus."
"Ala bukan susah pun, biar orang tua tu setle kan. Cakap je apa kau nak buat, nak bagi mampu on the spot, nak bagi dia merana?Boleh je...."
"Orang tua tu boleh buat ke?"
"off course lah boleh...barang baik tau.Siam mari."
"Eh zeck kau jangan hasut Maria ni boleh tak...?"Marah Mary.
"Aku bukan hasut okey, aku bagi cadangan sahaja. Dia yang punya diri pandai dia lah nak buat ke tidak."
"Kalau kau nak aku bawa je."
Mary pantas mencubit lengan Zeck.
"Ewww...sakit lah ."Jerit Zeck.

Idea dari Zeck mula bergema di hatinya. Senang sahaja rupanya nak bagi orang mati, asalkan ada duit, pasti dendam terbalas. Maria tersenyu, di dalam hati. Duit bukan masalah, mahal macam mana pun. Rasa benci nya meruap-ruap. Dia memang benci kan Firhad apatah lagi emak Firhad begitu teruja bercerita perihal lelaki itu yang beristeri kan seorang perempuan baik-baik.

Dia bukan baik? Dia tidak akan jadi jahat kalau tidak kerana Firhad, Bangga sangat dengan anak yang bertopengkan manusia. Kalau dia bercerita perihal Firhad mahu mati emak lelaki itu dengan perangai anaknya.

13Where stories live. Discover now