13 part 5

5.5K 223 4
                                    

13 part 5

Maria mengigil ketakutan, sepanjang jalan kembali ke rumah Mary dia asyik terkenang perempuan berlubang dan hanyir darah di dalam bilik air rumahnya.
"Kau okey tak ni Maria?"Tanya Mary. Serba salah dia dengan keadaan Maria. Dia tidak boleh biarkan Maria begitu.
"Aku seram lah Mary..."
"Hurm...macam tu aku minta tolong Zeck bawa kau berubat."
"Jumpa bomoh ke?"
"Bomoh lah mana lagi, mana tahu kalau ada yang sengaja dengki dengan kau. Kita ni kau tahu sahaja lah. Ramai pelanggan salah, tak ada pelanggan pun salah. Cantik orang dengki tak cantik pun ada orang iri hati, asal servis tip top mula lah orang sakit hati." Omel Mary.

"Ada tempat berubat ke?"
"Ada lah, Zeck pernah bawa aku ke sana. Aku kena teruk lagi dari kau ni Maria. Kau dah lupa 3 bulan aku hilang dulu."
Maria diam, memang benar 3 bulan Mary hilang tanpa dapat di kesan. Mereka fikir Mary lari ke mana-mana tetapi apabila Mary kembali baru mereka tahu Mary terlantar sakit kerana di santau orang. Orang yang iri dengan nya. Pelik manusia ni, dengan kupu-kupu malam seperti mereka pun ada yang mahu berbusuk hati. Macam lah mereka ini vvip yang ada klass.

"Nanti aku call Zeck, malam ni kerja tak?"
"Kerja lah, aku dah ada booking dan Manaf. Jauh dia datang kan. Mustahil mampu aku tolak." Manaf lelaki kasanova dari Singapura awal-awal lagi sudah menempah dia dengan bayaran rm 3000 satu malam. Gila mahu melepaskan peluang.

Peristiwa senja tadi langsung tidak memberi impak kepada Maria. Kerana Manaf dia terlupa masalah besar yang sedang melanda hidupnya. Duit lebih penting daripada melayan ketakutan yang entah apa-apa. Maria bersiap-siap. Sekejap lagi Manaf akan datang menjemputnya.
Ketika dia menerima masej Manaf mengatakan dia berada di bawah, Maria sekali lagi melihat cermin.Lebar senyumannya.Dia mencapai beg tangannya dan menoleh sekali lagi ke arah cermin, dia senyum dan berlalu. Imej di dalam cermin terus pegun di situ sedangkan tuannya punya imej sudah berlalu pergi!

"Hai sayang....How are you?"Manaf mengucup jari jemaria Maria. Maria yang seksi dan cantik memang selalu memdapat perhatiannya apabila dia ada urusan di Malaysia.
"Okey..hapy je."Jawab Maria , dia tersenyum mesra.
"Kita enjoy malam ni...I rindu sangat dengan you."Ujar Manaf sebelum menukar gear dan menekan minyak lantas membelah kepekatan malam yang masih muda.

Firhad melihat Maria yang asyik diulit seorang lelaki pertengahan umur. Puas dia mencari Maria baru hari ini dia bertemu wanita itu. Bertahun yang lalu wanita itu lah yang dikhianati cintanya. Sekarang sudah tiba masanya dia menarik Maria kembali ke jalan yang lurus. Sama seperti nya yang sudah lama insaf dan mengenali tuhan.Dia bertanggungjawab dengan Maria apatah lagi dia sedang memikul amanah keluarga Maria supaya menjemput wanita itu pulang.

Dari jauh Firhad memerhati. Tanpa Maria sedari sesuatu sedang mengekorinya. Mengucap panjang Firhad melihat kelibat yang mengekori wanita itu. Betul lah kata ayah Maria, keadaan emak Maria yang nazak sebenarnya bersebab. Dia mahu Maria pulang kerana bersebab dan di atas sebab itu lah Maria harus kembali melunaskan apa yang sepatutnya.

Apakah sebabnya? Firhad sendiri tidak tahu.

13Where stories live. Discover now