Maria duduk di atas kerusi di hadapan club. Dia kosong hari ini, sambil merokok dia memandang sekeliling yang masih lagi hingar dengan manusia. Dia teringat kan rumahnya, sudah seminggu dia tinggal bersama Mary, dia jadi serba salah.
"Assalamualaikum.."Satu suara menyapanya. Maria mendongak. Dia agak terkejut dengan wajah yang berada di hadapannya sekarang. Jahanam!Kenapa pula lelaki ini yang terlihat dek matanya. Dendamnya kembali menyala. Sudah lama dendam nya menjadi sekam membakar di dalam diam sekarang bakal menyala lagi. Bencinya semakin bertambah, melimpah ruah.
"Apa kau nak.?"Dingin suara Maria, asap rokok di hembusnya tanpa menoleh kepala lelaki yang setia berdiri di sisinya. Pelawa duduk pun dia tidak ingin.
"Maria...saya."Firhad telan air liur, dia sebenarnya takut tetapi dia harus menunaikan janji. Bayangan wanita itu berada berhampiran Maria, memandang ke arahnya dengan mata yang terbelalak. Dia mengusap peluh dingin yang mula mengalir di pelipisnya.
"Apa kau nak lagi dengan aku Firhad, tak cukup gembira kau tengok aku macam ni?"Maria menengking Firhad. Beberapa orang yang berada di situ memandang mereka.
"Maafkan aku Maria, aku datang bukan sebab nak ganggu kau. Aku cuma nak sampaikan pesan." Terluah juga kata-kata dari bibir Firhad.
"Mak kau sedang sakit tenat Maria, ayah kau memanggil kau pulang."Maria terdiam, emak sakit?Terkesan juga di hatinya jika disebut tentang keluarga. Yang buruk adalah dia, dia sebagai anak sampai bila-bila pun memerlukan orang tua, hanya dia yang tidak mahu pulang kerana malu.
"Balik Maria mereka menunggu kau."
"Kau dah bagitahu aku ucapkan terima kasih. Sekarang kau boleh berambus."Maria capai beg tangannya, segera dia menghilang ke dalam club. Bayangan wanita itu turut menghilang. Firhad telan air liur,terasa kesat di rengkungnya. Pasti bayangan wanita itu adalah petunjuk kepada segalanya yang berlaku di antara Maria dan keluarganya. Dia tidak pernah mahu tahu, dia cuma di amanahkan supaya segera mencari Maria sahaja.
Hati Maria terasa bagai ditusuk sembilu menghiris. Emaknya sedang sakit, dia boleh bersenang lenang di sini. Terasa rindu menyerbu dadanya. Hidup yang kusam tanpa keluarga bukan lah sesuatu yang mengembirakan.
"Kenapa?Tadi aku nampak ada lelaki bercakap dengan kau?"Sapa Mary.
"Kawan sekampung."Pendek jawapan Maria.
"Apa hal?"
"Mak aku sakit."
"So..kau tak nak jengah?"
Maria mengeluh, bukan mudah untuk pulang setelah apa yang berlaku kepada kehidupan silamnya.
"Apa pun baik kau jengah, sementara emak kau masih ada ni."
Mary memberi nasihat pendek.
Akan pulangkah dia mencari keluarganya kembali?Maria duduk di bucu katil, moodnya benar-benar ke laut dalam. Dia pulang awal tanpa satu sen pun wang upah hari ini. Hatinya lebih penting sekarang. Ralit dia termenung merenung kisah silam yang tidak pernah terpadam.
Tik...!Tik...!Dia mendengar suiz lampu seperti di on off di luar. Mary dah balik ke?!Maria keluar dia meninjau mencari kelibat Mary tetapi kosong. Lampu pun masih samar- samar sahaja. Mana Mary?Perasaan dia sahaja agaknya.
Ketika dia mahu masuk kembali ke dalam biliknya...dia melihat kelibat seorang wanita berbaju putih terbang dijendela lalu hilang di sebalik kegelapan. Maria mengigil! Sampai bila dia akan di ekori begini?
YOU ARE READING
13
HorrorMaria si kupu-kupu malam.Kerana dendam dia sanggup lebih berdosa.Kerana dendam dia sanggup bermain sihir. Dan kerana dia pewaris maka dia mewarisi