13 part 15
Sesekali Mary menoleh ke belakang melihat Maria yang memandang ke luar kereta. Kadang-kadang pada pandangan matanya Maria sangat cantik berseri macam bunga kembang di waktu pagi. Tetapi apabila di pandang si renung, wajahnya beransur bertukar menjadi hodoh berkedut di sana sini.
"Hantar aku balik ke rumah aku Zeck."Kata Maria kepada Zeck yang sedang memandu.
"Tak nak duduk rumah aku ke ?"Mary bertanya.
"Dah lama sangat aku tumpang rumah kau Mary. "
"Tak takut lagi dah?"
"Tak..."
"Okey lah kalau macam tu."Mary tidak mahu bertanya lagi, buku romanya tegak berdiri dengan renungan tajam mata Maria, seolah-olah itu bukan lagi Maria lagi.Sebaik sahaja Maria turun Zeck dan Mary berlalu pergi. Perlahan-lahan Mari menuju ke pintu lift,dia terpaku di pintu lift tiba-tiba otaknya menjadi blur. Macam mana nak naik?Dia sedar dia tinggal di tingkat 13 tetapi otaknya seperti tidak dapat memberi isyarat kepada tangan untuk menekan butang lift.
"Cik..ada masalah ke?"
Adrian yang mahu naik ke tingkat 13 menegur seorang gadis yang kelihatan termanggu-manggu di hadapan pintu lift.
"Masya Allah...."Adrian mengucap. Gadis itu dari belakang nampak baik dan molek sahaja melalui leluk tubuhnya tetapi apabila dia melihat wajah gadis itu ternyata wajahnya lain benar. Tidak pernah dia melihat wanita secantik itu.
Tetapi semakin dia pandang wajah itu semakin mengecut dan berkedut.
"Allahuakhbar..."Sekali lagi Adrian terkejut.
Dia menekan lift. Apabila lift terbuka bergegas dia masuk. Maria turut ikut masuk.Adrian terkaku. Gadis itu menjeling dengan jelingan yang cukup tajam. Berpeluh dahinya di dalam lift yang sejuk beraircond.
Tiba-tiba gadis itu menyanyi lagu ulik mayang.Ah!Adrian rasa mahu keluar cepat daripada lift, kenapa dia terserempak gadis aneh ini, sudah lah tu sama pula mahu ke tingkat 13.Maria melihat lelaki itu gelisah, sakit agaknya?Peluh meleleh di pelipis lelaki itu, dalam aircond sejuk macam ni pun boleh berpeluh. Hairan Maria. Dia cuba bertegur sapa, bertanya mahu ke mana tetapi lelaki itu kelihatan takut , boleh di lihat tubuh lelaki itu kelihatan mengigil sedikit.
Cepat-cepat Adrian keluar, Maria juga keluar daripada Lift...dengan seribu persoalan mengala lelaki itu.
Apa yang Maria tidak tahu ialah tegurannya bukan sekadar teguran tetapi nyanyian lagu berhantu. Sebab itu lah lelaki itu ketakutan!Maria membuka pintu rumahnya, harum semerbak bau kemboja. Maria menghidu dengan asyik. Kemboja!Dia teruja...
Dia menyanyi kecil, dunia terasa bebas tanpa sesiapa yang boleh menghalang. Hidup terasa indah seolah-olah dunia milik dia.
Maria berdiri di balkoni, mendepangkan kedua belah tangannya...dia melelapkan mata.Angin yang bertiup di tingkat 13 memang mendamaikan.Adrian berdiri di balkoni..dia terpandang gadis aneh di dalam lift tadi. Siapa gadis ini?Macam kena rasuk. Dia memandang perbuatan gadis itu.
Dia tersentak apabila gadis itu memandangnya dan tersenyum."Jangan pandang...."Suara halus berbisik. Cepat -cepat Adrian masuk ke dalam rumah.
Gadis itu hantu atau manusia? Meremang bulu roma Adrian!
YOU ARE READING
13
HorrorMaria si kupu-kupu malam.Kerana dendam dia sanggup lebih berdosa.Kerana dendam dia sanggup bermain sihir. Dan kerana dia pewaris maka dia mewarisi