26; Gila

4.7K 342 13
                                    

Aku org gila. Orang gila mmg tak mengaku dia gila. Tapi aku, aku tau la aku gila. Sebab setiap malam jumaat kat hospital mental ni, mesti akan ada sorang perempuan lalu depan bilik aku.

Aku pelik, kenapa aku sorang je yang terjaga setiap kali dia lalu bilik aku padahal aku kongsi bilik dengan kawan-kawan gila aku yang lain.
Lagi pulak, perempuan tu selalu heret besi. Bunyi besi tu memang bising. Tu sebab aku kata aku gila. Imaginasi aku tinggi sangat.

Sebabtu tiap kali dia lalu, aku senyum manis dekat dia. Dia pun senyum balik dekat aku. Perempuan tu tinggi, rambut pun panjang. Kurangnya bila mula dia pucat sangat. Kalau pakai mekap, mesti boom meletops.

Dan aku perasan, mata dia ada air merah. Meleleh, dan terus mengalir sampai terkena baju putih dia. Dan masa tu aku sedar, yang aku semakin gila.

Hm, tapi.... baru semalam aku dibebaskan dari hospital mental ni sebab aku dah sepenuhnya sembuh dari gila. Habistu perempuan tu.. bukan imaginasi aku la selama ni?

-Sis Jambang.

# Midnight. Where stories live. Discover now