(sambungan chapter 88)
Sejurus sahaja IjatHunter sahabatnya itu menamatkan live pada pukul 1 pagi di youtube, Safwan terbaring lesu di atas katil.
Bukannya apa selalunya bila sahabatnya itu live dia tak akan ambil masa yang lama untuk bertahan. Tapi live sahabatnya tadi di Villa Abila memberikan satu feeling baru kepada Safwan. Seperti dia dapat rasa kehadiran sesuatu yang asing dari live sahabatnya kali ini. Memang superb.
Iphone X berwarna hitam itu disandarkan ke dinding secara menegak oleh Safwan. Dia tiada kudrat nak memegang telefon itu namun jari masih mahu menekan nekan screen itu.
Seketika Safwan mula terbuai di dalam mimpi.
Sekitar jam 3 pagi Safwan terjaga dari lenanya. Seperti ada suara sayup memanggil namanya. Matanya dipisat pisat sehinggalah dia terlihat ada satu reflection di screen phonenya yang menyandar tegak di dinding itu.
Sekujur tubuh tinggi lampai tanpa sehelai pakaian. Badannya kurus sehingga menampakkan tulang. Rambutnya serabai. Jarinya panjang mengekrot sambil memegang pisau dah seperti mengacah ke arah Safwan.
Safwan memejamkan matanya dengan rapat apabila tahu benda itu ada di belakangnya. Peluh di dahi sudah menitik sehingga bajunya lecun. Badannya menggigil ketakutan.
Lelaki itu teruskan memejam mata sehingga dia terlelap.
* * *
Sejak kejadian itu ada satu perkara aneh terjadi setiap kali Safwan post gambarnya di instagram. Di setiap gambarnya ada seorang tanpa pakaian dengan badannya kurus kering. Tubuhnya pula ditutup dengan rambut gerbangnya. Juga tangan setia memegang pisau.
Orang itu muncul di sudut gambar dan hanya dilihat samar samar.
Comment;
kungkang_ : handsome like akways abang Saf piwit
jilbab99- : weh apa benda belakang kau tu ?
SujatPatah.Kaki : ngerinya gambar awak ni. Ke saje aje untuk hint video seterusnya ? Kkk awesome baby 😘
xsgvyj :Safwan memandang username itu. Namun tiada balasan komen darinya. Hanya kosong. Bila dia nak tekan acc itu phone nya hang dan terpadam.
Hampir seluruh gambarnya ada orang misteri itu.
Di sebelah malam pula dia akan selalu nampak reflection benda alah tu di cermin, screen phone, kaca tv, tingkap, dan segala benda yang boleh memanculkan imej.
Sejak itu hidup Safwan tidak terurus. Instagramnya pula dibiarkan dengan notifications yang banyak.
Peminatnya ditinggalkan tanpa apa apa notis.
Suatu hari mayat Safwan dijumpai di Villa Abila setelah lama menghilang.
Kerana abila bila masa sahaja ajal akan datang menjemput.
So sial la cerita ni.
-AlienKacak.
Sorry ending macam kepala keteng. Kalau korang diberi pilihan untuk jadi instafamous or youtuber, mana korang nak pilih ? Dan bertujuankan untuk apa ?
Tahla aku dari dulu berangan nak jadi youtuber. Aku nak buat parody cover mv kpop weh. Jahanam.
YOU ARE READING
# Midnight.
Horror[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015...