Kau rasa budak zaman abad 21 ni masih tertarik lagi ke dengan cerita dongeng Snow White?
Heh,
Meh sini aku ceritakan kisah Snow White yang sebenar.
* * *
Pada suatu ketika dahulu, di perkampungan Onceland terdapat seorang gadis yang bernama Nayeon.
Kehadirannya di dalam kampung tersebut membuatkan para penduduk di situ menggelarkannya Snow White.
Disebabkan, dia selalu memakai mantel jubah putih yang bersih tanpa secalit kotoran.
Setiap kali musim salji turun di kampung tersebut, penduduk seolah-olah tidak nampak kehadiran Nayeon kerana bajunya bersih putih hampir sama dengan salji.
Jelita?
Tak sama sekali.
Kerana itu lah dia menutup wajah hodohnya dengan mantel putih tersebut.
Kulit kusam yang menggelupas dan berjerawat teruk.
Bulu kening bercantum serta berserabut.
Mata sepet tanpa kelopak.
Hidung kembang dan penyek.
Gigi rongak.
Cuma bibir saja yang cantik terbentuk.
Namun itu tak memuaskan keinginan gadis tersebut untuk kelihatan cantik.
Sudah banyak rawatan kecantikkan di ambilnya tetapi tidak membuahkan hasil.
Wajahnya hodoh di caci penduduk.
Sehinggalah suatu hari, sedang Nayeon berjalan di sebuah taman ada seorang nenek misteri berjubah hitam memberinya sebiji buah epal merah bersaiz besar.
Nenek misteri itu menjanjikan buah epal tersebut dengan mendapat kecantikan yang kekal.
Nayeon terumpan dengan janji nenek itu.
Sehinggalah suatu hari...
* * *
Buah epal digigit sedikit.
Serta merta kedutan di tepi matanya kembali menjadi kulit yang tegang.
Epal itu disimpan rapi di dalam sebuah kotak emas.
Masih banyak baki memandangkan epal itu mempunyai saiz yang besar.
" Cermin-cermin ajaib~ Siapa paling cantik dalam Onceland "
Nayeon tersenyum lebar apabila cermin yang tadi kosong bertukar memanculkan dirinya.
Puas hati dengan rupanya sekarang ini.
Dengan kulit putih kemerahan yang licin, kening terbentuk cantik serta mata bulat beralis lentik juga hidung yang elok terletak mancung.
Gigi putihnya pula elok tersusun dengan dihiasi gigi arnab depan yang comel apabila tersenyum.
Bibir manisnya tersenyum sinis.
Kalau tak sebelum ni asyik muka si Jihyo tu aje yg muncul dalam cermin ni.
* * *
Pada suatu malam Nayeon terasa badannya panas yang amat.Dia segera menanggalkan pakaiannya dan berendam di dalam bath tub untuk melegakan rasa panas tersebut.
Namun jangkaannya meleset apabila kulit tubuh serta mukanya tiba tiba menggelupas dan timbul nanah dengan cepat.
Nayeon kesakitan sambil langkahnya cepat mengambil mantel putihnya dan diselubung ke seluruh badan.
Gadis itu keluar ke hutan berharap untuk berjumpa dengan nenek misteri yang memberi dia epal di hari yang lalu.
Tiba tiba ada seorang putera datang menunggang kuda dan membunuh Nayeon kerana rupa Nayeon sudah bertukar kepada makhluk jijik yang tidak dikenali.
-AlienKacak.
Abenda makin childish cerita weh sorry dah lama sangat hiatus aku dah macam hilang ingatan 😂😂
YOU ARE READING
# Midnight.
Horror[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015...