61; Surat

2.4K 235 15
                                    

'Tolong carikan kucing Nia. Dia pakai rantai loceng warna pink :)'

Sekali lagi aku dapat surat tu tertampal di depan pintu rumah flat aku.

Aku renyukkan kertas tersebut lalu campak ke tong sampah. Banyak lagi masalah kerja aku belum selesaikan dari nak hadap masalah orang lain. Tah siapa tah Nia pun aku tak kenal.

Satu hari tu, waktu senja macam tu time aku tengah buat kerja dalam bilik, aku dengar bunyi kucing mengiau. Bising.

Aku keluar. Aku nampak kucing putih dengan rantai loceng pink di lehernya. Eh kucing Nia.

Tah kenapa aku curious, aku lari kejar kucing tu sampai seberang jalan. Apa yang buat aku tergamam bila aku nampak seorang budak kecil bergaun ungu lari mengejar kucing itu sehingga ke tengah jalan.

Bangggg! Tercampak badan kucing yang sudah terpatah badannya di depan aku.

Budak tadi pula tercampak di semak seberang. Aku tutup rapat mata aku dan kembali buka. Kosong.

Tiada kucing tu dan tak kelihatan budak itu disemak. Jalan yang tadi penuh dengan darah serta kereta terbabas juga sudah hilang.

_______________

Sejak kejadian haritu aku dah tak kena ganggu dengan surat dari Nia. Siapa tah budak tu? Mungkin memang ada kemalangan sebelum ini berlaku. Seperti di ulang tayang hendak memberitahu sesuatu kepada aku.

Beberapa hari kemudian...

Aku marah sangat dengan bos aku. Aku punya struggle buat proposal dia boleh pejam mata tolak macam tu aje. Urgh.

Memandangkan aku ni jenis yang tak berputus asa, aku overtime kat office untuk memantapkan lagi proposal aku.

Perutku mula berbunyi tanda lapar. Mujur ada mamak 24hours kat bawah. Aku pun turun ke tingkat bawah nak bungkus mee goreng makan kat office.

Tengah aku turun anak tangga sambil tu aku cari dompet nak sediakan duit. Tiba-tiba ada satu tangan merentap aku dengan kasar.

"Bagi aku semua duit yang kau ada kalau kau nak selamat!!! Cepat! " lelaki bertopeng hitam mengacu pisau di leherku sambil menekup mulutku.

Aku menggeleng laju memandangkan duitku langsung tiada ketika ini. Hanya untuk belanja makan sahaja. Dengan sepenuh tenaga aku menyiku perutnya.

Sedang kami bergelut, lelaki itu bertindak di luar kawal lalu mengelar leherku sehingga putus urat nadi.

Mayatku disorok di satu tempat.

________________

Beberapa minggu selepas kejadian....

Harini Faris overtime di officenya. Dan sekali lagi ada satu surat tertampal di meja kerjanya.

'Belikan mee goreng kat kedai mamak bawah. Nanti aku bayar balik :) - geng sebelah meja.'

Lama Faris memandang surat itu. Banyak kali dah dapat tapi dia hairan sebelah meja dia tak berpenghuni. Hm?

-AlienKacak.

p/s ( Meh sini sedikit pencerah tentang chapter ni; cerita ni nak sampaikan kalau kita layankan apa yang surat tu suruh, kita akan mati dalam berlainan cara. )

# Midnight. Where stories live. Discover now