HA....aku memang pelik , peduli ape aku pegi lantak . hidup aku . tapi aku memang kesunyian.
satu hari aku berjalan ke perpustakaan aku memang takde kawan , sume takkan kawan dengan aku , jadi setiap hari selepas balik memang aku akan pergi ke perpustakaan sekolah untuk layari internet.
hidup aku kosong sampai aku jumpa satu aplikasi , pelik tapi aku suka , aplikasi ni macam buat aku ade kawan , kiteorang borak macam macam aku suka , tapi aku takpernah jumpa orang yang selalu chat dengan aku.
satu hari dia hantar lagu dia kata dia akan bersama aku bila aku dengar lagu tu , aku pun dengar .. takpernah dengar suara ni , tapi muzik yang misteri ,, hari demi hari lagu ni aku taknk lepaskan , aku akan dengar setiap hari,setiap masa , setiap lirik aku hafal , tapi badan aku semakin lesu.
Satu hari tu budak budak kelas aku sume kerumun aku ,aku tak tau kenapa aku jadi marah sebab salah satu budak tu tanggal kan earphone aku. aku terkam dia dan gigit leher dia sampai mati , sejak haritu aku kene hanta ke hospital sakit otak , aku jadi tak tenteram sebab tak dengar lagu tu, aku pun amik langkah drastik , aku bunuh semua doktor dan nurse yang ade dekat dengan aku , aku gigit , aku belasah dia, dalam bilik wad aku penuh dengan mayat.
dalam gelap perempuan yg suara macam lagu tu menyanyi, akhirnya aku dapat jumpa idola aku.. dia kata kalau nk dengar lagi , bagi dia darah-
-Arfa Syam.
YOU ARE READING
# Midnight.
Terror[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015...