Jeff baru membeli sebuah banglo lama yang terletak di kawasan pinggir bandar.
Oleh kerana jeff tidak biasa tinggal seorang diri di rumah yang besar Jeff menyewa sebahagian bilik2 yang terdapat di rumah banglonya itu kepada kawan-kawannya untuk mempercepatkan bayaran rumah banglo tersebut terhadap pihak bank.
Semasa baru memasuki rumah tersebut untuk mengemas Jeff terjumpa sebuah kalender digital yang sudah usang tapi masih elok. oleh kerana masih elok Jeff memasang kalender tersebut pada ruang tamu berdekatan pintu masuk utama rumah banglo tersebut.
..tapi yang menghairankan jeff...kalender yang dipasangnya sering bertukar pada tahun 1975 walau sudah berapa kali jeff menukarnya, esok pasti tarikh kalender tersebut berubah kembali pada tahun 1975.
Pada suatu hari jeff tersedar dari tidur kerana tekaknya haus.
Jeff turun ke tingkat bawah untuk ke dapur tetapi sebaik sahaja Jeff turun dari tangga dia melihat ada satu lembaga yang sedang berdiri di depan kalender tersebut.
Jeff mula berteka teki siapakah gerangan lembaga tersebut adakah salah seorang rakannya atau perompak,
ah sudah Jeff mengambil kayu besbol yang disangkut berdekatan dengan tangga lalu menekan suis on untuk membuka lampu alangkah terperanjatnya Jeff kerana sebaik sahaja lampu dibuka dia ternampak seorang lelaki tua yang bertongkat dan menoleh kearahnya menunjukkan matanya yang merah serta hidungnya yang berulat jelas di mata.
Ulat-ulat tersebut keluar masuk dari lubang hidung orang tua tersebut kemudian lelaki itu hilang dan kabur dari pandangan mata.
Keesokan harinya jef dikejutkan oleh rakan rakannya ,sesampai di hadapan tangga Jeff terus memeriksa kalendernya dan seperti di agak 1975 tertera di kalender tersebut.
Mungkin ada kejadian yang berlaku di rumah ini sekitar tahun 1975.
Bulu roma Jeff serta merta meremang mengingati kejadian semalam.
-Jejaka Misteri.
YOU ARE READING
# Midnight.
Horror[ H I A T U S ] previously known as; Segmen Tengah Malam Tepat jam 12 tengah malam cerita seram akan diupdate. Seram bukan sekadar hantu atau setan. Seram bila kau rasa diri tak selamat dan diperhatikan. ;you are not alone. started : around 2015...