85; Bilik

1.1K 135 2
                                    

Ok ni sambung cerita tadi. Lepas dah tak nak main game ikat diri kat tiang.

Aku sebagai kepala geng buat game kurung diri dalam bilik dalam keadaan gelap berseorangan. Tepat jam 11 / 12 malam gitu.

Macam biasa aku tak main.

Dulu dulu tingkat atas ada dua bilik. Dimana bilik pertama berhampiram dengan tangga memang bukan kesukaan kami. Sebab apa ? Bilik tu dulu stor yang sangat usang dan majority kami pernah nampak ada pelbagai makhluk dalam bilik tu waktu malam menjelang.

So bila nak naik tingkat atas kami aku berlari pecut sebab nak melintas bilik tu punya pasal. Tambah pulak bilik tu kopak takde pintu.

Tapi waktu kami buat game tu bilik tu dah dipecah sambung dengan bilik kedua. So jadi panjang dan luas la bilik tu sekarang.

Motif buat game tu nak uji siapa berani. Tapi ada muslihat aku sebagai ketua kepala 'berlakon' jadi hantu. Setiap malam hanya sorang aje akan main. Dan akan ada kejutan means aku akan jadi hantu secara nyorok nyorok dan akan kejutkan orang dalam bilik tu tengok reaction dorang.

Acah macam hide camera la ni.

Selalunya aku akan pakai telekung bubuh bedak satu muka nyorok dalam almari bawah katil.

Masatu turn cousin aku Marul. Dengan bersaksikan 5 orang cousin aku yang lain kami nampak Marul tu dah masuk bilik lamou di turn off dan bilik kami kunci dari luar.

Aku pulak masatu sakit tak karat jadi hantu jadi malam tu just biarkan Marul sesorang dalam bilik.

Kami excited laa dengar bunyi tapak kaki Marul hulur hilir dalam bilik tu pastu dengar dia berdehem. Kami dah wow gila aa Marul rileks gila dia dalam tu. Lama jugak la sampai kami pun bosan dia tanak end up kan game tu.

And then masatu keluarga yang lain mak mak bapak bapak belum tidur kat tingkat bawah. Maklang aku panggil kami kat atas overnight makan snack tengah malam kat bawah sambil layan tv.

Aku buka pintu tu sambil jerit " woi marul jom turun bawah makan "

Lepastu sahutan aku dijawab oleh Marul tapi dia kat tingkat bawah tengah pegang keropok. " korang buat apa jom la turun sini "

Kami berenam berpandangan dan menjerit sambil berlari ketakutan ke tingjat bawah. Macam bodo

-AlienKacak.

Typo apa aku malas nak check balik. Sorry

# Midnight. Where stories live. Discover now