Bab 2

71 4 0
                                    

Didalam sebuah bilik kelihatan seorang lelaki sedang melukis sebuah potret yang menggambarkan seorang wanita. "Haa siap pon potret ini,aku kena bagikan dekat ibu malam ni",monolog Ilham yang sedang kelihatan penat tetapi gembira kerana dia sudah menyiapkan hadiah untuk hari jadi ibunya malam ini.

Kemudian itu dia teringat akan peristiwa tadi. Baru kali pertama dia dimarahi,tidak pernah seorang pun yang sanggup memarahinya. "Nama budak perempuan tu Fatihah Imanina,cantik nama dia",puji Ilham yang tersenyumsenyum itu.

Tuk tuk tuk!!!!!

"Ilham boleyh ayah masuk dalam bilik kamu"kedengaran suara ayahnya yang sedang memegang sebuah kotak yang besar.

Ilham yang mengelamun jauh itu tadi kembali ke dunia yang nyata sejak terdengar suara ayahnya memanggilnya. "Boleyh ayah",jawab Ilham dengan suara yang lembut.

Ilham seorang anak yang baik dan sering menolong ibu dan bapanya menjaga adik adiknya apabila kedua ibubapa nya sibuk mencari rezeki.

Kemudian ayahnya menolak daun pintu"Ilham kamu tahu tak malam ni ada apa",ujar Encik Helmi. "Tahulah ayah,malam ini hari ulang tahun ibu kan",jawab Ilham. Dia sudah tahu ayahnya akan menanyakan soal sebegitu setiap tahun.

"Ilham rase kita nak sambut befday ibu kat mana?"tanya ayahnya yang sedang memikirkan di mana tempat yang sesuai untuk menyambut hari jadinya.

Ilham berfikir sejenak. "Dimanaya tempat yang sesuai untuk menyambut hari jadi ibunya itu,bermonolog dia didalam hati."Hah ayah,apa kata kita sambut befday ibu kat steamboat Uncle Lokman. Lagipun tempat steamboat tu memang khas untuk sambut hari jadi seseorang. Kat sana Uncle Lokman menyediakan tawaran kek hari jadi. Apa kata ayah kita pergi sana je. Lagipun Ilham dah lama tak makan steamboat. Hehehehehehe",ujarnya panjang.

"Bagus jugak idea tu,lagipun kita dahlama tak makan kat steamboat Uncle Lokman tu kan,jawab ayahnya menunjukkan yang dia setuju.
"Malam ini siap awal sikit tau. Ayah nak tempah tempat duduk dengan kek hari jadi mama kamu itu", ujar Encik Helmi yang sedang mengeluarkan telefon bimbitnya lantas keluar dari biliknya itu.

Ilham yang tadi melihat pergerakan papanya itu terus kembali ke potret yang dilukisnya setelah melihat bayangan Encik Helmi tidak kelihatan lagi.

"Aku kena letak potret ni dalam kotak hadiah yang besar",bermonolog dia didalam hati. Lantas itu dia mengeluarkan duit yang bernot RM 10 tiga keping dari poketnya. "Cukuplah ini nak beli kotak hadiah yang special buat ibu.

Sejurus kemudian dia pun mengambil topi keledarnya dan keluar ke pekan bersama motosikal kesayangannya.

******************************
"Mama!!!!!!!kenapa mama tinggalkan Fatihah. Fatihah janji taknak lawan cakap mama lagi",katanya dalam suara yang sedih sambil memakai telekung dan duduk di hujung katil.

Air matanya jatuh ke telekung yang berwarna putih itu. Lalu dia pun terus rebah ke katil dan tertidur.

Keesokan harinya:

"Hai Fatihah,saya dengar ibu awak dah meninggal. Saya bersimpati sangat pada awak",kata Yusof yang sedang memandang ke arahnya.

Fatihah yang baru sahaja memasuki kawasan sekolah. Lantas tangannya untuk menampar kearah pipi Yusof. Lalu berkata "kau jangan nak acah acah bersimpatilah Yusof. Aku dengar apa yang kau kata sama Sofia itu. Jangan kau nak berdalih ye",maki Fatihah.

Suaranya itu didengar oleh Sofia yang baru hendak turun dari kereta. Dengan pantas dia pun menolak badan Fatihah yang kecil itu. Fatihah rebah diatas jalan tar di sekolah itu. Dia bangun lalu lari anak ke kelas nya. Apabila sampai ia mendapati baju sekolah kotor akibat terkena jalan tar yang basah itu. "Haishh apalagilah yang pasangan gila tu nak dari aku. Takpuas kenakan aku", bermonolog dia dalam hati.

Setelah selesai pembelajaran iapon pulang dengan keadaan yang lintang pukang. Entah apa yang dikejarnya itu pon dia sendiri tidak tahu. Setibanya sampai di hadapan kereta Abang Taufik itu dia pun memberitahu apa yang terjadi disekolah tadi. "Seriously Fatihah,memang gila betol lah diaorang tu,sabar ye Tihah",pujuk abang Taufik.

Genggamlah TangankuWhere stories live. Discover now