Bab 7

46 4 0
                                    

Jenazah Encik Muiz di tanam di tanah perkuburan Islam di Langkawi. Fatihah menangis didalam hati tetapi tidaklah sampai mengeluarkan suara. Makcik Zahirah yang berada ditepi Fatihah memeluknya. "Sabarlah Fatihah,Fatihah masih ada Yusoff kan",pujuk Makcik Zahirah. Fatihah yang mendengar pujukan itu diam sahaja dan tidak langsung berpaling ke Makcik Zahirah. Dia memandang tubuh Encik Muiz yang berbalut kain putih itu diletakkan ditanah.

Sesampainya dirumah,Fatihah terus meluru ke biliknya. Dia rebah di atas katil. Matanya sakit kerana terlalu banyak nangis. Dia mengelapkan air matanya. Tiba tiba ada panggilan di telefon bimbitnya,tertera nama Yusoff. Dia segera mengangkat telefonnya. "Ehh Fatihah. Asal kau lama sangat hah pergi sana. Rumah dah bersepah ni,pemalas nya kau. Kau tahu tak aku ini penat tau nak pergi office lagi. Aku tahu kau balik sekarang",kata Yusoff.

"Abang,daddy kan meninggal. Abang taknak ziarah pusara daddy ke. Fatihah balik esok lusa",kata Fatihah. "Ehh,buang masa aku jelah nak pergi sana. Pergi matilah dengan kau punya daddy tu. Ingat aku hairan ke",jawab Yusoff angkuh.
"Sampai hati abang kan kata Daddy macam itu",kata Fatihah sedih. "Kau kalau tak balik sini hari ini jugak,aku datang sana kau tengoklah apa yang akan terjadi. Ehh bodoh,kau ingat aku suka Daddy kau tu ke",ujar Yusoff lagi.

Fatihah yang dalam kesedihan bercampur geram terus mematikan telefonnya. Dia terus bersiap dan menukar bajunya. Dia menuruni anak tangga dan terus menuju keluar. "Ehh Fatihah,kamu nak pergi mana ni",ujar Pakcik Leman. "Saya nak kena balik Kuala Lumpur pakcik atas urusan kerja yang terlalu banyak",jawabnya. Pakcik Leman senyum dan berlalu pergi dari situ.

Dia segera memanggil abangnya untuk menghantarnya ke Lapangan Terbang Langkawi. "Abang Taufik,bolehlah hantar Tihah dekat lapangan terbang. Tihah nak balik lah,banyak kerja yang tergendala kat Kuala Lumpur tu",kata Fatihah. "Tapi bukan Tihah baru masuk kolej tu ke",soal Taufik ragu ragu. "Yelah abang,Tihah masuk pun dah nak mid year memanglah kerja berlambak",jawab Fatihah selamba. Dia terpaksa menipu semua orang gara gara untuk menyimpan rahsia suaminya itu.

"Okay Tihah. Abang nak pergi masuk dalam rumah ambil kunci. Tihah pergilah makan ke minum dulu kat belakang dulu. Nanti abang panggil",ujar Taufik. Dia tidak mahu Fatihah kelaparan di dalam kapal terbang nanti. "Baiklah abang Taufik",kata Fatihah menerima pendapat abang Taufik. Lagipun kalau dia terus pergi ke lapangan terbang sekarang. Mungkin dia akan kena pergi ke gerai makanan yang berada di lapangan terbang itu untuk mengisi perutnya yang agak lapar.

Sebulan kemudian;

Fatihah yang terbangun dari tidurnya melangkah ke bilik air untuk menggosok gigi dan menyuci muka. Sedang dia sibuk menggosok gigi. "Ehh harini 28 Disember kan",katanya didalam hati. Dia teringat hari ini ulang tahun kelahiran Yusoff. Dia segera menelefon semua kawan Yusoff untuk menghadiri majlis hari jadi itu. Dia mengatakan bahawa majlis itu sama sekali tidak diketahui oleh Yusoff. Mereka harus menyorok.

Setelah menelefon kawan kawan Yusoff,dia bergegas menyiapkan diri untuk ke pasaraya berdekatan rumahnya. Dia ingin membuat kek sendiri. Pada hari jadi Yusoff itu dia ingin memasak Bihun Sup,Kueyteow goreng,air teh dan jus epal.
Semua barang yang sedang ditulis didalam kertas di masukkan ke dalam beg tangan. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjen kereta. Dia keluar dari kawasan rumah.

******************************
"Ilham,dah berapa kali saya cakap dengan awak. Awak ini tetap degil kan. Mulai sekarang kita putuskan hubungan kita",kata Sofia geram. Sofia terus meninggalkan Ilham seorang diri didalam Starbuck Cafe. Dia memang berasa puas kerana telah menyakiti orang yang bernama Ilham. Sofia memang playgirl,tidak cukup satu. Semuanya mahu dikebas. Sekarang ini Sofia telah berkahwin dengan seorang Dato' di syarikat dia berkerja. Tetapi masih lagi menggatal dengan Yusoff.

Sofia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendial nombor Yusoff dan menghubunginya "Hai sayang,hari ini hari jadi you kan. Malam ini pukol 9 datang club okay. I dah order tempat special untuk you",ujar Fatihah. Dia berasa tidak sabar untuk menyambut hari jadi Yusoff. Dia ingin mengikis duit Yusoff pula.

Ilham yang mendengar kata kata itu berasa sedih. Dia tidak sedar yang dia telah menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan yang sebegitu. Dia terus pergi meninggalkan Cafe itu. Dia memandu laju kereta Viosnya. "Muak lah aku dengan perangai perempuan ini. Aku benci kau Sofia. Sampai hati kau mainkan perasaan aku",getusnya didalam hati. Dia berfikir tiada siapa yang suka dengan orang lembut sepertinya. Tanpa berdalih lagi dia terus masuk ke Sunway Piramid itu membeli baju hariannya.

Dia memasuki suatu tempat yang agak sunyi dari kedai yang lain. Dia terus memasuki lorong itu. Dia terlihat Sofia sedang bermesra dengan seorang lelaki. Mereka bercumbuan di tepi sebuah kedai. "Astaghfirullah alhazim",ujarnya. Sofia yang terdengar perkataan itu terkejut dan memandang ke arah Ilham. "Ilham,what do you here?",soal Sofia. Ilham terus pergi dari situ,Sofia takut kalau dia beritahu hal ini kepada sesiapa sahaja. Dia berlari dan terus mengejar Ilham. Tapi malangnya dia terjatuh. Ilham yang melihat kebelakang terlihat Sofia sedang terjatuh. Dia ingin menolongnya tetapi dia berfikir sejenak "Buat apa aku nak menolong orang yang curang terhadap aku",monolognya didalam hati. Dia terus masuk ke dalam lif dan terus ke parking lot.

Genggamlah TangankuWhere stories live. Discover now