Bab 12

29 0 0
                                    

"Haa Liana,bagaimana tugas yang aku beri pada kau tu",ujar Sofia yang sedang memandu dalam keadaan yang laju. "Mestilah Cik Sofia. Saya ni kan selalu buat kerja perfect",jawab Liana orang yang diupah oleh Sofia itu. "Bagus!!!malam ini aku bagi kau duit RM 10000 kat tempat kau biasa lepak ok",ujar Sofia lagi. "Ok. Malam ini Liana dah boleh enjoy. Haa Cik Sofia hantarkan saya kat apartmen rumah abang saya. Malam ini saya tumpang rumah dia ye",ujar Liana. "Kau bagi alamat biar aku waze",perintah Sofia. Liana terus memberi alamat rumah abangnya itu.

Kereta Sofia bergerak laju ke arah alamat yang diberitahu Liana tadi. Dia memarkirkan kereta diluar apartmen sahaja. Setelah dia menghantar Liana ke apartmen abangnya itu. Sofia terus memecut laju kenderaan menuju ke shopping mall.

******************************
Di Pejabat Dimensi Holdings.

"Encik Ilham,bos nak jumpa",ujar Encik Helmi. "Baiklah Encik Helmi,saya akan ke sana sekejap lagi",jawab Ilham. Dia terus melangkah ke bilik Taufik iaitu CEO syarikat itu. "Ye Dato',ada apa apa masalah ke?",soal Ilham seraya duduk di hadapan Taufik. "Ilham,kamu tahu kan kamu akan dipindahkan ke Sabah. Saya harap kamu tiada apa apa masalah untuk ke sana",ujar Taufik lebar. "Saya rasa tiada apa apa masalah Dato' kerana tempat itu adalah bandar",ujar Ilham. "Ok,baiklah kalau begitu",kata Taufik untuk mengakhiri perbualannya.

Di Rumah Sakit Jiwa;
"Fatihah Imanina,kamu kena kuatkan semangat kamu",ujar Doktor Lisa. Dia amat sedih melihat keadaan kawannya itu. "Doktor,saya ni tak gila kan?"soal Fatihah sambil memeluk bantal tidurnya. "Siapa kata Fatihah gila,Fatihah tak gila. Fatihah cuma hilang semangat. Itulah kan doktor dah cakap,Fatihah jangan fikir apa yang orang kata pada Fatihah",kata Doktor Lisa panjang.

Setelah selesai tentang Fatihah,Doktor Lisa meneruskan pekerjaan pada hari itu. Sebelum itu dia terus ke tandas . Dia bersandar pada dinding. "Apalah yang aku harus lakukan untuk ubatkan kau Tihah. Aku tak sanggup lihat kau dalam keadaan sebegini",sebak Doktor Lisa. Dia menuju keluar dan terus melayan pesakitnya.

Di rumah Ilham dan Irfan;
Ilham terus melangkah ke ruang tamu. Dia melihat Irfan ada disitu. Ilham terus ke biliknya tanpa melihat Irfan. Irfan yang melihat situasi tersebut terus membuat muka pelik. "Aikk dah kenapa pulak tu. Aku ada buat salah ke?. Dia ni makin pelik semenjak dua menjak ni. Mungkin dia penat kot",monolog Irfan dalam hati. Dia terus menuju ke bilik Ilham lalu mengetuk pintu biliknya. Tetapi tidak dilayan oleh Ilham. "Ilham!kau kenapa ini. Kenapa tak buka pintu?",tanya Irfan. Pertanyaan Irfan itu langsung tidak diendahkan. Ilham diam membatu di biliknya.

Menyedari situasi itu,Irfan terus beredar dari pintu bilik Ilham dan terus masuk kebiliknya. Situasi tersebut telah bertukar menjadi senyap dan suram. Ilham yang duduk di atas katil itu mendengarkan saja perbuatan itu. Dia pun tidak tahu mengapa dia bersikap sedemikian. Mungkin niatnya untuk mencari ibubapanya itu akan lenyap sebegitu saja. Dia berfikir yang dia perlu mengupah seorang detective untuk mencari ibubapanya itu.

Dia terus bergegas membuka laptopnya itu dan mencari pejabat yang menawarkan perkhidmatan detective. Lalu dia terlihat satu pejabat detective. Dia membaca segala yang terisi di pejabat itu. Dia menghubungi dengan segera pejabat tersebut. Setelah maghrib menjelma dia tersedar yang dia tidak makan dari tadi. Ilham bingkas bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dapur.

Matanya terpanah melihat hidangan Nasi Ayam diatas meja. "Pasti Irfan yang masak",ujarnya didalam hati. Dia melihat ke arah dapur untuk melihat perbuatan Irfan. Irfan sedang leka memotong timun dan tomato lalu membasuh salad. Irfan yang sedang leka itu terasa perbuatannya dilihat oleh orang lalu dia berpaling dan melihat Ilham sedang memandangnya. "Lah,kau rupanya Ilham. Kenapa ni? Kau sedihnya dari tadi",soal Irfan. "Aku nak minta maaf pada kau sebab aku buat macam itu dekat kau. Aku buat macam ini sebab aku dah tak dapat nak cari ibubapa aku",jawab Ilham. "Ouh macam itu. Tak apalah Ilham. Aku maafkan. Kau jangan lah fikir terlalu banyak sampai memakan diri kau sendiri. Ibubapa kau ok punya. Inshaallah",kata Irfan lebar.

Mereka terus pergi ke meja makan yang terhidang diatasnya Nasi Ayam. "Ilham,sekarang ini aku taknak kau fikir apa apa. Kau makan dulu ye",ujar Irfan. Dia risau kalau Ilham jatuh sakit. Mereka berdua makan dan situasi mula senyap.

Pada keesokan harinya;
Ilham memandu masuk ke parking kereta yang disediakan dia. Dia meletakkan keretanya itu tepat di hadapan pejabat tersebut. Dia terus masuk ke dalam bangunan itu dengan menaiki tangga. Dia mencari pejabat tersebut. Setelah ternampak sebuah pintu pejabat tersebut Ilham pun masuk kedalam pejabat itu.

Dia bertanya kepada adik yang berada di kaunter pertanyaaan "Adik,boleh saya tanya. Disini ke tempat yang menyediakan perkhidmatan detective",tanya Ilham. Dia berasa kekok sedikit. "Ye Encik. Disinilah tempat yang menyediakan perkhidmatan detective. Boleh saya bantu?", ujar penjaga kaunter pertanyaan tersebut. "Saya hendak mencari Encik Kamal",kata Ilham. "Silakan masuk Encik. Pintu pejabat Encik Kamal nombor 5",ujarnya.

Ilham melangkah ke bilik Encik Kamal. Dia berasa kekok. Dia menyusun ayatnya yang bakal dikatakan kepada Encik Kamal. Sesampainya dihadapan pintu Encik Kamal,dia mengetuk dahulu. Encik Kamal yang berada disitu melihat sekujur tubuh dihadapan pintunya. "Masuk",ujar Encik Kamal. Ilham seraya masuk ke dalam pejabat Encik Kamal. Encik Kamal menoleh ke arah Ilham. "Eh Ilham!,kau buat apa kat sini?", soal Encik Kamal. Ilham yang terperanjat melihat muka yang tidak dikenali menyebut namanya. Adakah dia mengenali lelaki yang bernama Encik Kamal itu?.

Genggamlah TangankuWhere stories live. Discover now