"Irfan!!!,ade orang panggil kau kat luar",ujar Hisyam yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu selepas dia ke bilik air. Irfan yang mendengar namanya disebut terus berdesup keluar. "Ehh baru nak datang si Ilham ni",getusnya didalam hati. Sekarang ini sudah pukul 11 pagi.
Dia keluar dari bilik itu, dilihatnya Ilham sedang duduk dihujung sudut sambil bermain telefon bimbitnya. "Eh kau ni lambatnya sampai,buat apa je kau kat rumah itu. Bawa awek ke??"usiknya santai. Dia cuba mengusik si Ilham agar dia dapat mendengar bebelan Ilham yang sangat manis itu. "Kau ini,aku baru lepas kemas rumah lah. Kalau rumah kotor macam mana. Suka hati je kau kata aku bawa awek",marah si Ilham. Dia tidak suka orang perlinya sebegitu. Baginya kalau sehari tidak kemas rumah memang tidak sah.
"Dahlah jom masuk,duduk lama lama dekat luar ini bosan lah",ujar Irfan untuk menamatkan bebelan. "Haa yelah yelah",jawab si Ilham. Mereka terus melangkah masuk kedalam wad tersebut. Alangkah terkejutnya Ilham apabila melihat seorang wanita yang agak sama mukanya seperti Fatihah yang asyik diingatnya itu. "Fatihah inilah kawan saya,namanya Ilham. Dia ni lembut sikitlah ye. Hahahahahaha",usiknya lagi apabila memperkenalkan Ilham kepada Fatihah. "Ohh,terima kasihnya sebab sudi melawat saya. Muka awak ni macam saya pernah lihatlah",ujar Fatihah sambil tersenyum. "Mungkin orang lain kot",kata Ilham. Dia tidak biasa bercakap lama lama dengan perempuan.
Dirumah Fatihah;
Yusoff menuruni anak tangga. "Fatihah!!Fatihah,kau pekak ke. Aku panggil kau banyak kali",jerit Yusoff. Dia sedar yang panggilan dia hanya sia sia.
Dia segera masuk kebilik semula untuk mengambil telefon bimbitnya. Didial nombor telefon Fatihah. Lalu dia terdengar telefon Fatihah berdering. "Hishh,bodohlah perempuan ini. Apasal dia tak bawak telefon",marah Yusoff yang hendak mehempaskan telefon Fatihah tetapi dia masih bersabar.Dia terus pergi ke pejabat untuk melaksanakan pekerjaan. Semasa dalam perjalanan,telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Sofia di situ. Dia segera memberikan signal ketepi dan memarkir keretanya ditepi. Dia terus mengambil telefonnya. "Ye sayang nak apa telefon I ini",soal Yusoff. Mesti ada masalah yang diperkatakan oleh Sofia. "Baby,rambut I kena chewygum",jawabnya. Dia merayu bagai nak rak. "Siapa buat rambut U kena chewygum ini",soal Yusoff lagi. Sofia memikir dan dia memetik nama Fatihah"Fatihah yang buat sayang,dia sakit hati dengan I. Lepastu dia gunting rambut I sayang,"kata Sofia. Dia ingin mengapi apikan si Yusoff itu. "Ohh patutlah kau tak ada dekat rumah",ujar Yusoff didalam hati. "Takpe sayang nanti I tahu lah nak buat apa",kata Yusoff kepada Fatihah. Mereka menamatkan panggilan itu sampai disitu sahaja.
Sofia berasa gembira. Dia terus memberi teks mesej kepada Yusoff. "Sayang, I nak you botakkan rambut perempuan tak guna itu",mesejnya. Entah mengapa dia masih berdendam dengan Fatihah. Dia sebenarnya tidak mahu Fatihah lebih daripadanya. Sedangkan rambutnya yang kena chewygum itu tanda kelalaian sendiri. Lalu mesejnya dibalas "Baiklah sayang",balas Yusoff. Setelah Sofia membaca teks itu dia ketawa "Hahahahahaha".
Ada seorang lelaki keluar kearah Sofia lalu memeluk Fatihah. "Sofia jomlah,I taksabar ini",ujar lelaki itu. "Okayokay,jom",jawab Fatihah.
Di hospital;
"Fatihah Imanina,kamu dah dibenarkan pulang kerumah kerana kamu sudah sembuh dari pengsan semalam",ujar Doktor Taufik yang tadi merawat Fatihah. Dia menyuruh seorang jururawat yang sedang memegang bil hospital Fatihah. "Jangan lupa ini bil hospitalnya",ujar Doktor Taufik lagi. Setelah diserahkan bil itu kawan kawannya terus mengemas barang barang mereka. Ilham menolong mengangkat Fatihah.Setelah selesai mereka terus pergi ke kaunter dihadapan pintu masuk untuk membayar semua bil hospital. Lalu mereka bergegas untuk menghantar Fatihah pulang. Sampainya dirumah mereka menghantar Fatihah sampai dipintu pagar. Mereka melambai lambai Fatihah dan Fatihah juga melambai lambai kearah Fatihah.
Pada malam itu;
Fatihah seperti biasa menyediakan makan malam. Dia menunggu suaminya pulang. Beberapa minit dia menunggu,kereta Yusoff masuk keperkarangan rumah. Yusoff terkejut apabila melihat Fatihah diruang makan. "Ehh aku ingatkan kau dah jumpa jantan lain dah. Aku nak tanya ni asal kau gunting rambut Sofia. Kau tahu tak dia tu girlfriend aku. Kau tak ada hak nak buat macam itu tau",marah Yusoff membara. "Kenapa Sofia itu,sumpah abang. Fatihah takbuat langsung Sofia. Fatihah semalaman berada di hospital. Fatihah tunggu abang jenguk Fatihah. Abang pergi mana abang",kata Fatihah. Airmatanya menitis lagi. Kenapa harus dia dipersalahkan."Ehhh perempuan kau jangan nak tipu aku ye. Kau ingat aku ni bodoh ke. Ni kau buat makan malam untuk aku ni apa ni. Kau dah letak ubat guna guna dalam ini kan",marah Yusoff lagi. Dia memang tidak boleh berlembut dengan Fatihah. Apa yang difikirkannya adalah "Fatihah punca semua masalah ini".
Dengan segera dia mengheret Fatihah keruang dapur diambilnya gunting lalu dipotongnya rambut Fatihah. Fatihah mengelak. "Abang,abang dah gila ke nak potong rambut Fatihah",ujar Fatihah dalam nada yang kuat. Dia terus pergi kearah ruang tamu. "Apa apa pun yang terjadi,kau dah sakitkan hati Sofia bodoh",ujar Yusoff yang sedang membawa gunting kearah Fatihah.Apabila gunting itu terkena pada rambut Fatihah. Terguntinglah rambutnya. Sehingga terkena pada kepalanya sedikit ketajaman gunting itu. Fatihah tidak tahan lagi. Diambilnya pasu bunga terus dihentakkan ke kepala Yusoff sebanyak 5 kali. Akhirnya hentaman yang kelima Yusoff rebah. Kepalanya mengeluarkan darah yang banyak sekali. Fatihah memeriksa nadi Yusoff. Amat terkejut Fatihah apabila mendapati nadi Yusoff telah terhenti.
Fatihah terus bersandar kedinding. Dia memegang kepalanya menggunakan kedua dua belah tangan. Dia terus mengatakan"aku tidak salah,aku tidak salah". Jantung berdegup kencang. Jiwanya seperti kehilangan. Otaknya amat terasa sakit sekali seperti terhentak yang amat kuat sekali.
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...