Bab 5

64 4 0
                                    

Keesokan harinya;
"Fatihah!!!!!!!!, kau cepat sikit boleh tak. Lembab lah kau ini,macam kura kura",jerit Yusoff yang sedang berada di garaj kereta kerana hendak mengeluarkan keretanya.

"Sabarlah,orang baru nak pakai kasut ini. Baru pukul berapa bang dah nak kena gerak ke kolej",ujar Fatihah. Harini adalah hari pertamanya untuk menuntut ilmu di Kolej Miranda.

"Aikk,kau panggil aku abang. Dah kenapa ini,kau demam ye. Kalau kau demam takpayah lah datang kolej tu. Duduk aje kat rumah", perli Yusoff yang sedang memegang dahi Fatihah dengan tapak tangan kanannya.

"Ape yang abang buat ni,abang ni kan dah jadi suami saya mestilah saya kena taat. Dahlah bang cepatlah saya dah tak sabar nak rasa belajar kat kolej",kata Fatihah. "Yelah yelah",ujar Yusoff.

******************************
Ada seorang gadis sedang berdiri di bus station. Seperti yang dikenalinya,itu Sofia. Tiba tiba kereta Honda Jazz yang dipandu oleh suaminya itu memberi signal ke kanan. "Ehh kenapa abang belok beri signal ke kanan",soal Fatihah. "Aku nak turunkan kau lah",jawab sambil tersenyum sinis kearahnya.

Fatihah agak terkejut sedangkan Kolej Miranda masih jauh lagi. "Kenapa nak turunkan saya kat sini",soal Fatihah lagi. "Jangan banyak tanya lah turun jelah. Aku nak dating dengan Sofia harini. Nanti kau balik naik bas lah",jawab Yusoff selamba.

"Mana boleh macamtu,saya punya class start lagi 10 minit. Tunggu bas dah berapa lama",kata Fatihah. "Aku kesah apa kelas kau start pukul berapa. Dah dah turun",getus Yusoff.

Kunci lock dibuka. Sofia yang diluar kereta itu membuka pintu kereta lalu di tariknya si Fatihah sehingga jatuh ke jalan tar. "Abang jangan buat macam ini lagi dekat Fatihah. Tolonglah abang",rayu Fatihah sampai dia mengeluarkan air mata. Air mata yang membasahi pipi terus jatuh terus diusapnya. "Takpayah nak panggil abang abang sangat lah. Geli aku tau. Bluerk",kata Sofia yang sedang membuat gaya seperti hendak termuntah.

Fatihah yang jatuh itu terus bangun untuk memasuki kedalam kereta itu. Tapi malangnya,pintu itu telah dikunci. Dia mengetuk ngetuk pintu kereta tetapi diabaikan oleh suaminya. Lantas itu kereta itu terus berdesup laju meninggalkan bus station. "Sampai hati kau Yusoff buat aku macam ini. Huahhh",ujar dia dalam hati.

Dia rasa amat terseksa. Jiwa dan batinnya meronta. Dia tidak tahu arah untuk tuju. Samaada balik mahupun terus ke Kolej Miranda itu. Perjalanannya untuk balik kerumah berjarak 5 kilometer. Tetapi kalau dia terus menuju ke kolej itu,dia akan lambat kurang kurang 1 jam. Pasti professornya akan marah. Sudahlah dia naru pertama kali menjejakkan kaki disitu. Takkanlah dia mahu membuat perangai yang tak sepatutnya dilakukan.

"Balik rumah jelah. Lagipun baju aku dah kotor",monolognya didalam hati. Dia amat kecewa kerana orang yang dikahwininya itu masih mahu bercinta dengan orang lain. Dia pun berlalu dan meninggalkan bus station itu.

******************************
"Sayang!!!apa kaitan you dengan perempuan hodoh itu. I rimas lah dengan dia. Entah entah you dah tak sayangkan I lagi ye",soal Sofia yang sedang duduk disebelah Yusoff. "Sayang!!!kan I dah ws you semalam. I baru kahwin dengan dia tapi,bukan atas dasar cinta tau",jawab Yusoff pantas.

"Tapi kalau you jatuh hati dekat dia. Tak kasihan ke you dekat I",balas Sofia. Dia tidak mahu Yusoff jatuh hati kepada perempuan itu. Yusoff miliknya buat selamanya. "Takmungkin lah benda tu terjadi. I masih waras lagi ok. I cintakan ni hah gadis yang berada di sebelah I",jawab Yusoff sambil tangan kirinya memegang tangan Sofia.

Mereka saling senyum tersenyum tanpa menghiraukan Fatihah yang sedang duka. Dia tidak akan berdalih pada prinsipnya untuk membalas dendam kepada Fatihah. Mereka membawa diri menggunakan kereta Honda Jazz terus ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan hati. Dia tiba di shopping kompleks pada pukol 10 pagi. Perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur tidaklah mengambil masa yang lama.

Mereka memarkir kereta di tempat yang paling hujung. Mereka menghiburkan diri sehingga pukul 6;30 petang di shopping mall itu.

******************************
"Mana Yusoff ini. Lambatnya balik. Aku dah masakkan makanan kegemaran dia ini",getus Fatihah dalam hati. Baru satu hari berkahwin dia sudah mula jatuh cinta kepada Yusoff kerana dia sudah menjadi pasangan sahnya. Dia tidak mahu menjadi isteri yang tak bertanggungjawab dan isteri yang derhaka. Cukuplah dia menjadi sejarah hitam buat suaminya itu.

Selepas 10 minit dia menunggu,Yusoff pun pulang ke rumah. Fatihah memerhatikan kedalam kereta itu,ada perempuan. "Itu pasti Sofia",getusnya didalam hati. Yusoff membuka pintu untuk Sofia dan terus ke pintu duduk belakang lalu dikeluarkan sebuah bagasi besar berwarna kelabu. Mereka terus ke pintu masuk rumah itu.

Hati isteri mana yang tidak tergiris apabila melihat orang yang menjadi suaminya dan orang yang sudah disukainya membuat begitu kepada orang lain. Dia menitiskan air mata setitik demi setitik. "Ya Allah dugaan apakah ini",ujarnya didalam hati.

Sebelum Yusoff membuka pintu dia terus berlari anak menaiki anak tangga. Dia terus mengurungkan dirinya ke dalam bilik stor di tingkat 2. Setelah itu,Yusoff masuk ke dalam rumahnya. Dia sedar yang Fatihah tiada dibawah. Dia terus memanggil nama Fatihah dengan suara yang kuat. "Fatihah!!!!!!",jeritnya. Beberapa kali dia memanggil nama itu tetapi Fatihah langsung tidak menghiraukannya. Dia masih berduka di dalam stor itu seorang diri.

Dengan wajah yang amat geram,Yusoff menaiki anak tangga dan mencari Fatihah di tingkat satu tetapi Fatihah tiada. Lalu dia naik ke tingkat 2. Dia membuka semua bilik tidur tetapi dia tetap tiada. Yusoff melihat ke semua ruang dan dia terpandang ke satu bilik di tempat ruangan keluarga. Dia membuka bilik itu dan melihat wajah Fatihah yang sedang nangis.

"Oitt gila,kau nangis ni kenapa. Kau cemburu kan lihat aku dengan Sofia macam itu. Kalau kau nak tahu kalau papa aku mati. Aku takkan teragak agak nak ceraikan kau tau. Sekarang ini aku tunggu sahaja papa aku mati. Hahahahahahaha"ujar Yusoff tegas.

Fatihah yang mendengar kata kata dari mulut Yusoff itu terus bangun dah menampar muka Yusoff sambil berkata "Sampai hati kau cakap macam itu dekat bapa kandung kau sendiri. Anak jenis apa kau ini". Yusoff bengang lalu menolak badan Fatihah sambil terkena pada bucu meja. Lalu dihentaknya kepala Fatihah sehingga menyebabkan dahinya bengkak seperti hendak berdarah. "Kau jangan berani tampar aku. Kau ingat kau boleh buat aku macam itu perempuan",marah Yusoff yang membara.

Genggamlah TangankuWhere stories live. Discover now