"Encik oo encik, kita dah sampai di Kuala Lumpur",ujar pembantu bas itu yang sedang mengejutkan Ilham dari tidur yang lena.
Ilham yang terbangun dari tidur lenanya itu terus bangun dari tempat duduk dan membuat regangan selepas bangun. "Dah pukul berapa ye pakcik",soal Ilham. Dia sama sendiri tidak tahu pukul berapa pada masa dek bateri telefon bimbitnya kehabisan bateri.
"Sekarang sudah pukul 6;30 pagi encik,bas ini sudah 1 jam berhenti disini. Penumpang kami semua nya sudah turun kecuali encik sahaja yang belum turun",jawab pakcik itu dengan lebar.
Selepas itu dia mula mencari dimana tempat ibubapa tinggal sekarang. Perutnya pada pagi itu sangat memulas akibat lapar. Dia menyelok sakunya dan mengeluarkan 5 keping not yang berwarna merah. "Haishhh aku kena cari kerja ini,kalau tidak mesti aku mati kutu di Kuala Lumpur ini. Sebelum itu aku kenalah isi perut yang kosong",monolog Ilham dalam hati.
Setelah selesai bersarapan pagi. Dia terus menuju ke tandas awam yang berdekatan untuk mandi dan menukar pakaian. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat harga bayaran untuk mandi berharga RM2. "Mungkin ada sabun dan syampu kot",getusnya dalam hati.
Selesai sahaja menukar pakaian dia berjalan dan terus berjalan untuk mencari tawaran kerja yang sesuai dengan bidang yang diceburinya itu. Dia berasa agak kekok di Bandar Metropolitan itu kerana baru pertama kali dia menjejakkan dirinya di situ. Tempat yang paling jauh pun yang dia pernah pergi cumalah Kuala Kangsar itupun mahu melawat Pakcik Omarnya yang sedang sakit terok.
Jalan punyalah jalan dia terpandang satu tawaran yang menyatakan "Perlukan jawatan arkitek yang mempunyai degree"dan masa untuk ke syarikat tersebut selama 10 minit jikalau berjalan kaki. "Hah tawaran ni,jangan ditolak",monolog dia seorang diri. Oleh kerana terlalu semangat dia melajukan perjalanannya supaya cepat sampai. Sejurus itu dia pun sampai di tempat yang dimaksudkan. Dia memandang ke atas sekali dan terpandang tulisan "Dimensi Holdings".
Dengan pantasnya dia melihat kearah cermin yang berdekatan lalu membetulkan tali leher dan menyikat rambutnya ketepi. Lagak rambutnya itu seperti artis yang diminatinya itu"Fattah Amin". "Wahh,hensem jugak aku ini",monolognya didalam hati. Dengan bacaan "Bismillah",dia terus melangkah ke pintu masuk syarikat tersebut.
******************************
Satu bulan kemudian;"Sekarang ini Fatihah kau dah jadi milik aku tau,so sukahati aku nak buat apa dengan kau",kata Yusoff yang sedang menolak badan Fatihah ke katil sehingga Fatihah terbaring.
"Janganlah buat aku begitu Yusoff,aku langsung tiada hati denganmu",jawab Fatihah merayu."Aku kesah apa,kau sudah pun jadi milikku. Apa salahnya",kata Yusoff lagi. "Tolonglah Yusoff",merayu Fatihah.
Akhirnya Yusoff mengalah. Dia terus menolak Fatihah ke katil. "Kau fikir aku ada hati dengan kau. Hati aku untuk Sofia sahaja kau tahu. Kau ingat ye Fatihah,aku ini suami kau. Jadi sebagai seorang isteri kau perlu layan aku. Paham",getus Yusoff.
Yusoff sengaja meninggikan suaranya kerana tiada siapa akan dengar. Lagipun mereka berdua telah berpindah ke rumah baharunya. Sukahati dia lah kerana Fatihah kini telah pun menjadi miliknya.
Di koridor rumah kelihatan seorang lelaki berkaca mata yang sedang memegang cawan dan mengelamun jauh sambil memerhatikan sebuah KLCC yang terang benderang itu.
"Ilham,kau buat apa kat koridor itu",tegur Irfan iaitu kawan serumahnya. Ilham yang mengelamun jauh itu terus tersedar dari lamunan itu. Dia melihat kawannya sedang membawa semangkuk strawberi yang dibelinya di Cameron Highlands siang tadi. "Hei,bila kau balik ini. Aku baru sahaja teringat mahu telefon kau. Katanya 3 hari kau ada kat Cameron itu. Ini baru malam semalam kau gerak. Rindu aku ye",kata Ilham memulakan perbualan antara kawannya itu. Mereka berdua terus menuju ke meja santai yang berada di koridor rumah mereka itu.
"Takdanya aku rindu kau. Aku balik awal ini sebab aku rimas lah Wani itu asyik kacau aku sahaja. Ape kau bagitahu yang aku sekarang di Cameron Highlands dekat perempuan gila tu",jawabnya selamba. Dia marah kerana percutiannya diganggu oleh Wani bekas tunangnya yang dulu melarikan diri ke Dubai kerana dipaksa bertunang dengannya. Gara gara dia telah dijadikan CEO Resort di Kuala Lumpur itu. Wani terus mendekatinya.
"Dasar perempuan takmalu",getusnya didalam hati. "Tak adalah,secretary kau tu Liana yang beritahu dekat Wani yang kau kat sana. Lagipun diorang tu kan sepupu",kata Ilham tenang. "Haah lah macam mana aku boleh lupa ni",kata Irfan lagi. Dia tidak tahu bagaimana ia boleh terlupa hal ini. "Itulah kau,terlalu marah dengan si Wani tu. Dah rileks bro,ni aku nak tanya macam mana kau tahu yang ibubapa aku ada dekat Singapore sekarang ini",kata Ilham.
Dia berasa agak terkejut dengan berita yang disampai oleh Irfan itu. Ada yang menyatakan ibubapa itu telah meninggal dunia tetapi apabila disiasat balik. Mereka yang meninggal dunia tu bukanlah ibubapanya sama sekali. "Kau ini macam lah tidak tahu yang aku ini upah orang semata mata nak detect mak ayah kau. Lambat betul otak kau berfikir",getus Irfan sambil tersenyum sinis kearahnya.
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...