Fatihah bangun dari kesakitan yang dialami. Dia keluar lalu bahunya berlanggar dengan Yusoff. Dia langsung tidak menghiraukannya. Dia terus berlari dan berlari dan menuju ke ruang tamu dibawah. Dilihatnya wajah perempuan yang bernama Sofia geram hatinya seakan dia mahu mencekiknya. Dia memandang Sofia lalu terus pergi ke luar dan menghidupkan enjen kereta myvinya. Dia berlalu pergi.
"Sampai hatikau Yusoff,aku dah pun jadi yang terbaik tapi kau langsong tak hargai aku. Apalah salah aku pada kau",monolognya dalam hati. Mungkin sebab pada zaman persekolahan dia menampar Yusoff sehingga Yusoff malu. Itukah salahnya,dia diam dan berfikir sejenak. Tanpa hala tuju dia terus memandu sehingga tiba di Rawang. Dia langsung tidak sedar bahawa dia berada dalam kereta itu selama 2 jam. Mungkin sebab hatinya memikirkan tentang lukanya dan peritnya dirinya pada masa itu.
Dia masuk kedalam kawasan hotel untuk menginap disana semalaman. Dia tidak mahu melihat wajah Yusoff dan Sofia kerana dia amat muak dengan perangai mereka berdua. Dia rasa suaminya itu akan bahagia bersama si Sofia. Dia memarkir keretanya dan masuk kedalam hotel.
Suasana di tingkat bawah tanah rumah sangat bising dengan muzik seperti berada di konsert tari menari. Yusoff dan Sofia sedang leka menari dengan penuh keasyikan. Mereka tidak sedar bahawa jam telah menunjukkan pukul 12;30 pagi.
"Sayang,best tak kalau I jadi isteri you sekarang ini",soal Sofia sengaja. Dia ingin membandingkan Fatihah dengannya. "Of course lah best. I rasa kalau you jadi isteri I sekarang ini hari hari kita enjoy macam ini",jawab Yusoff sambil memegang pinggang Sofia. Sofia ketawa keasyikan."Ohh wife you tak layan you macam ni ke",soal Sofia lagi. Dia sengaja menanyakan soalan sedemikian dek dia tidak mahu Fatihah lebih daripadanya. "Ehhh,perempuan tu takdanya nak layan I macam ini",ujar Yusoff lalu dia memegang pinggang Sofia kuat sedikit. Sofia terbuai dengan perasaan cinta yang menyulam.
Angin malam pada malam itu terasa berbeza dari angin yang biasa di alami pada waktu malam. Angin ini membuatkan tulang rusuknya bergetar. Ada seseorang berdiri di koridor bangunan dan sambil memandang kelangit. "Ya Allah,peritnya hatiku", ujar Fatihah didalam hati. Air matanya membasahi pipi lalu terus jatuh ke lantai setitik demi setitik.
Tidak berapa lama,telefon bimbitnya berdering. Ada nama Daddy nya terpapar pada skrin telefonnya. Dia mengangkat panggilan itu. "Hello daddy, kenapa call Fatihah",soal Fatihah dalam keadaan kebingungan. Kenapa daddynya menelefonnya pada waktu tengah malam sebegini. "Hello Fatihah,ini bukan daddy kamu. Ini Makcik Zahirah. Makcik nak beritahu daddy kamu meninggal beberapa minit lepas kerana rumah kat Langkawi ni dirompak. Daddy kamu kena tikam",jawab Makcik Zahirah dalam keadaan kesedihan.
Panggilan itu membuat kan matanya berair lebih deras daripada tadi. Dia terduduk kelantai. Dia tidak tahu adakah ini suatu mimpi. Dimanakah tempat untuk dia bergantung diri. "Daddy!!!!!!!!!!!",panggilnya.
Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan semua ini. Dia tidak larat.Dengan kesedihan yang dialami,dia terus pergi meninggalkan bilik itu dengan membawa beg tangannya. Dia turun lalu pergi ke kaunter hotel itu untuk check out dari hotel itu. Dia membawa keretanya dan berlalu pergi. Dia cuba untuk menelefon Yusoff untuk memberitahu hal yang terjadi. Tetapi Yusoff langsung tidak angkat panggilannya. Dia cuba menelefon Yusoff sebanyak 10 kali. Tetapi kesemua panggilan yang dibuatnya langsung tidak diangkatnya. Dia meletakkan telefonnya ditepi sahaja dan memandu laju sehingga sampai di KLIA. Dia membeli tiket yang ada pada malam. Mujur masih ada 5 kekosongan.
Masa untuk ke Langkawi kira kira 30 minit sahaja daripada menaiki kereta pada lewat malam sendiri. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Dia pun bertolak menaiki kapal terbang.
******************************
"Ilham!Ilham!Ilham,buka pintu ini. Aku nak masuk ni",ujar Irfan yang sedang rasa mengantuk yang teramat sangat dek kerana banyak kerja yang harus diuruskan sebagai seorang CEO.
Dia menekan loceng rumah beberapa banyak kali.Ilham yang terkejut mendengar beberapa kali bunyi loceng pun sedar dari tidur lenanya. Dia terus menuju ke pintu masuk dalam keadaan mamai. "Ye,sabarlah",katanya kuat. Pintu telah terbuka. Pantas Irfan membuka kasut lalu diletakkan ditepi sahaja dan terus meluru masuk kebilik. Ilham yang melihat keadaan itu bermonolog didalam hati "Eeee geramnya aku,langsung tak berterima kasih".
Dia menutup pintu dan pergi ke bilik Irfan. "Ehh asal Subuh baru nak balik ini,semalam kau pergi enjoy dengan minah minah kau tu ye",ujarnya dengan nada yang agak memerli. "Mana ada aku pergi enjoy lah dol. Aku banyak kerja lah yang kena uruskan dekat pejabat tu. Penatlah tahu tak,kau asyik tuduh aku macam tu je. Apa kata kau pergi buat Milo Ais Tabur untuk aku",ujar Irfan dalam keadaan yang letih. Cakap nak tak nak sahaja. "Banyak hensem muka kau,kau ingat aku bini kau. Buat sendirilah,aku nak pergi ambil wudhu ini. Jomlah bangun solat Subuh,barulah kau tidur",ajak Ilham.
Irfan tidak menyahut. Dia terus tidur diatas katilnya itu. "Ishh penat penat aku cakap dengan dia ni. Terus tidur",cakapnya lagi. Dia mencubit punggung Irfan sehingga Irfan bangun. "Eeeee apa ni Ilham. Kau ini macam perempuan lah. Asyik asyik nak buli aku aje. Aku syorkan kau jadi perempuan jelah",kata Irfan geram. Tidurnya terganggu kerana Ilham mencubit punggungnya itu.
"Amboi amboi kau,sedap aje mulut kau suruh aku jadi perempuan. Dah bangun solat Subuh nanti kalau kau nak tidur terus pun takpe",bebel Ilham. Ilham boleh disamakan dengan mamanya yang berada di Kelantan sahaja. Irfan geram lalu merekodkan video Ilham membebel menggunakan telefon canggihnya."Ee kau buat apa ini Irfan. Kau rakam video aku. Mehh sini aku tonyoh kepala kau. Sedap hati aje rakam aku. Ingat ni free ke,bayar ar",jawabnya lebar sambil meletakkan tangan nya kepinggang. "Dahlah bangun solat Subuh",ujarnya lagi. "Yelah yelah",jawab Irfan sambil ketawa terbahak bahak apabila melihat video itu selepas merakamnya.
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...