Dua tahun kemudian...
Fatihah telah menamatkan pembelajaran di tingkatan 6. Iapon mahu mencari kolej atau universiti yang sesuai dengan bidangnya iaitu sains. Ia bukan ingin menjadi doktor atau ahli farmasi tetapi ingin menjadi arkitek di syarikat ayahnya sendiri iaitu Dimensi Holdings. Dia membelek belek surat surat yang diterimanya itu tentang tawaran kemasukan ke kolej. Tidak menarik lansong semuanya tentang tawaran itu.
"Haish aku kena cari sendiri ini. Aku nak cari tempat yang dekat dengan rumah. Kasihan daddy keseorangan dirumah. Hendak diharapkan abang Taufik. Abang Taufik sudahpun mendirikan rumah tangga 6 bulan yang lalu dan Kak Rina yang menjadi isteri abang Taufik sedang sarat mengandung 4 bulan", monolognya didalam hati. Apa yang difikirkannya adalah keselamatan daddy tercintanya itu.
Tiba tiba pintu itu diketuk kuat oleh Encik Muiz yang ingin memberitahu sesuatu."Daddy,pintu tak kunci pun masuklah",jemput Fatihah. Dia tahu itu daddynya,siapa lagi dalam rumah itu kalau tidak mereka berdua.
"Fatihah malam ini ada orang nak datang untuk melamar kamu. Kamu setuju ya,lagipun daddy tak larat nak jaga makan minum kamu. Orang yang ingin daddy jodohkan itu anak kawan daddy. Namanya Yusoff",kata Encik Muiz.
Fatihah yang terkejut itu menjawab"tapi daddy,Fatihah masih berumur 19 tahun. Fatihah ingin menikmati masa muda Fatihah dahulu. Please daddy",jawab Fatihah dengan nada merayu. Dia tidak mahu berkahwin muda lagi lagi dia masih belom masuk ke kolej yang dia minati itu.
"Takpe Tihah,nanti lepas Tihah kahwin pon Tihah masih boleh belajar lagi kan. Lagipon Daddy risau. Kalau lepas Tihah kahwin sukahati Fatihah ye. Tihah siap siap ye. Daddy buat ni untuk kepentingan Tihah",ujar daddy memberi keterangan kenapa dia meminta Fatihah kahwin awal.
"Baiklah daddy,itu yang daddy mahukan. Tihah ikot sahaja",jawab Fatihah akur. Dia berfikir ada eloknya juga dia berkahwin awal kerana nanti Daddynya tidak perlu risau tentang keselamatan nya. Bolehlah dia bebas.
Malam itu;
Ruang tamu rumahnya itu sudah mula dipenuhi oleh keluarga yang ingin melamarnya itu. Dia memang taat kepada daddynya kerana daddynya telah membesarkannya seorang diri selama 2 tahun selepas mummynya meninggal dunia. Jika teringat pasal peristiwa itu dia nangis tidak terkata.
Setelah berbincang bincang ayahnya memanggil namanya. Pantas dia keluar,apabila dia keluar dan sampai di ruang tamu dia melihat wajah orang yang dibencinya itu iaitu Yusoff. "Kenapa orang gila ini boleh ada dirumah aku ini. Apakah daddynya memaksudkan bahawa dialah Yusoff yang bakal mengahwiniku. Hati aku bagai tidak tentu arah.
"Fatihah inilah Yusoff anak kawan daddy. Taklama lagi kamu berdua bakal berkahwin",jawab daddy nya.
Fatihah melihat kearah Yusof lalu dia terlihat Yusof tersenyum sinis kearahnya."Oh,kalau aku tahu mamat gila ni yang nak kahwin dengan aku. Aku terus reject. Nasi dah jadi bubur,kalau aku tolak mesti daddy akan malu dengan keluarga anak gila tu kan",bermonolog Fatihah dalam hati.Yusoff yang memandangnya dari tadi pon bermonolog dalam hati"kau tak boleh lari lagi Fatihah Imanina. Aku akan buat kau sengsara bagaimana engkau malukan aku"hahahahahaha.
******************************
"Assalamualaikum ayah ibu,Ilham dah balik dah ini",laung Ilham yang baru sahaja pulang dari Maldives selama 2 tahun.Dari tadi dia memberi salam langsong tiada seorang pun yang menjawabnya. Dia berasa hairan. Lalu dia pun kerumah jirannya iaitu Makcik Zaleha. Kebetulan pada masa itu Makcik Zaleha sedang menanam pokok bunga yang berwarna kuning di halaman rumah. "Assalamualaikum Makcik Zaleha. Makcik Zaleha tahu tak ibu dengan ayah Ilham pergi mana",soal Ilham yang bertenggek di luar pagar rumah Makcik Zaleha.
"Waalaikumussalam",jawab Makcik Zaleha seraya meletakkan pokok bunga itu ke tepi dan pergi ke arah Ilham. "Kamu tidak tahu ke Ilham,ibubapa kamu dah berpindah bersama Kakak Ika ke Kuala Lumpur",jawab Makcik Zaleha yang sedang memandang kearah Ilham.
"Saya taktahu pon makcik,makcik tahu tak alamat ibubapa saya tu"kata Ilham.
"Makcik taktahu langsung Ilham,ibubapa kamu teros pindah macam itu aje tanpa sebarang nota yang ditinggalkan"ujar makcik Zaleha ringkas."Baiklah begitu Makcik Zaleha,terima kasih ye"ucap Ilham sebelum meninggalkan rumah itu. Dalam perjalanan ke stesen bas dia berjalan kaki. Dalam panas terik itu dia terasa sangat dahaga,dia ternampak sebuah gerai minuman yang masih baru dilorong itu. Dia memesan milo ais tabur untuk mehilangkan rasa dahaga yang melanda.
Selepas itu dia meneruskan perjalanan ke stesen bas. Dalam jarak 10 km itu dia pun sampai ke stesen bas itu. Dia pun membeli tiket ke Kuala Lumpur untuk mencari ayah dan ibunya tinggal. Dia mendapat tiket bas pada pukol 8;30 malam. Dia menunggu dan terus menunggu. Lalu dia tertidur lena di stesen bas itu. Setelah pukol 7;30 petang dia terbangun dari tidur yang lena dek laungan azan maghrib yang memecahkan kesibukan orang lalu lintas. Dia segera ke surau yang berdekatan. Selesai solat Maghrib. Ilham terasa sangat lapar kerana siang tadi dia tidak makan apa apa pon. Mujurlah di hadapan surau itu ada sebuah restoran KFC yang menjadi pilihan pengunjung yang berada di situ.
Dia pon masuk kedalam restoran itu. Dan memesan makanan. Setelah siap makan makanan di restoran itu dia pon terus ke stesen bas yang menuju ke Kuala Lumpur selepas melihat jam ditangan 8:25 malam.
Apabila ia mendapat tempat duduk dia terus melelapkan mata yang penat. Dia tahu perjalanan dari Langkawi ke Kuala Lumpur mengambil masa yang agak lama.
******************************
"Hahahahhahaha,padan muka kau Fatihah. Kali ini aku akan balas lagi kejam apa yang kau buat masa zaman sekolah kita dulu. Aku akan buat lebih dahsyat. Hahahahahahaa. Tak menyesal aku terima perintah daddy papa",ujar Yusoff sambil gelak yang sedang berbaring di atas katil besarnya itu.Dendamnya keatas Fatihah tidak akan padam walaupon dia akan menyakiti Fatihah selepas dia berkahwin dengan nya.
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...