"Zahra, jangan main dekat kolam tu. Nanti jatuh kang", tegas Kak Rina yang sedang memotong timun di atas lantai marmar sambil bersimpu menghadap ke kolam. "Baiklah, umi", jawab Fatimah Az Zahra sambil pergi ke ibunya. "Zahra nak makan apa arini?soal Kak Rina sambil memandang muka anaknya yang comel itu. "Haa, harini Zayya nak makan Tomyam Ayam lah umi", ujar Fatimah Azzahra . "Okay", kata Kak Rina.
Tidak lama selepas itu, kedengaran enjin kereta Honda kepunyaan Fatihah tiba di hadapan rumah. "Eh umi, itu bunyi kereta cik Tihah lah", ujar Fatimah Azzahra. "Haah lah. Jom kita tolong cik Tihah", ajak Kak Rina kepada anaknya. Mereka segera bergegas ke hadapan rumah. "Tihah, banyak tadi orang kat dobi?", soal Kak Rina. "Takbanyak pun Kak Rina", jawab Fatihah.
Setelah selesai menyidai segala baju ke dalam almari bilik masing masing. Kak Rina segera mengemas peralatan yang digunakannya memotong timun ke dapur. Setelah itu, dia pergi ke arah Fatihah yang sedang merebahkan diri di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen bersama anaknya. Kak Rina tersenyum melihat gelagat mereka berdua. "Kak, boleh tak Tihah nak tanya something", soal Fatihah sambil memandang muka Kak Rina.
Pada masa itu, raut wajah Kak Rina berubah kepada muka rasa bersalah. "Akak sebenarnya... takut nak ceritakan sebab Abang Taufik tak bagi akak cerita apa apa kat Tihah", ujar Kak Rina jelas. "Ouh, kalau macamtu takpelah", kata Fatihah sambil membuat muka.
(P/S ; sorry dahlama tak update cerita ni sbb kita dah start busy study. So nantikan Bahagian ke 17 okey. Terima kasih kerana sudi baca)😘
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...