Dua hari selepas kejadian itu,bau yang sangatlah busuk menusuk deria bau satu taman. Mereka berpakat untuk mencari dari manakah arah bau itu datang. Mereka berkumpul di balai raya yang terdekat dengan taman itu.
"Wahai penduduk taman Megaraya sekarang ini taman kita dilimpahi bau bau yang seperti bau bangkai. Ayuhlah kita sama sama mencari darimana datang",ujar Encik Saleem iaitu ketua taman tersebut. "Ayuh,sekarang juga kita pergi. Anak anak saya tak boleh tidur asyik merengek sahaja. Lagipun bau tu memang kuat di bahagian rumah saya",ujar Puan Latifah dengan penuh yakin. "Boleh saya tanya siapakah orang baru yang berada disebelah rumah kamu itu Tipah. Dimanakah mereka,bukan sepatutnya semua orang penduduk ditaman ini perlu hadir",ujar Makcik Halimah. Mereka yang berada di balai raya tersebut terus memandang kesemua tempat.
"Haah Tipah,dimana jiran kamu",ujar Encik Saleem.Mereka terus keluar untuk mencari dimanakah bau tersebut itu datang. Mereka memerhati sahaja rumah Fatihah. Benar apa kata Puan Latifah itu. Apabila mereka hendak masuk kedalam rumah. Bau busuk memecah deria bau setiap orang yang pergi melawat tempat itu. Lalu ditolaknya daun pintu yang tidak berkunci itu. Mereka amat terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang terbaring terlentang berdarah yang membasahi sedikit ruang tamu dan seorang wanita yang sedang memegang sebiji pasu yang dilumuri darah. Wanita itu sedang menangis. Dalam ia menangis ia gelak tertawa entah apa yang kelakar pun mereka tidak tahu.
"Astaghfirullah al azim Fatihah,kenapa kamu ini",jerit Puan Latifah selepas ia melihat kejadian tersebut. Lalu Fatihah berkata"ini bukan salah aku lah,yang kau nak tuduh aku kenapa". Biarkan dia mati. Hahahahahahaha. Baru kena pada muka dia". Puan Latifah yang mendengar kata kata segera kembali ke belakang Encik Syafiq,suaminya.
"Abang saya rasa Fatihah ini dah jadi gila lah bang. Jomlah kita panggil pusat rawatan gila bang. Takut nanti dia terjadi apa apa",ujar Puan Latifah lagi. "Yelah fah,bagaimana ni Lem",kata Encik Syafiq. "Nak buat apa lagi Fiq. Call sahaja pusat rawatan itu. Nanti kita uruskan mayat ini di hospital sahajalah. Nanti kita panggil kan keluarganya",jawab Encik Saleem pantas.
Mereka semua bersurai.
******************************
"Ilham,kau dah dengar tentang kejadian yang menimpa Fatihah",ujar Irfan seraya duduk sambil membawa secawan air kopi panas. "Perkara apa pula ni Fan",tanya Ilham yang dari tadi duduk sambil menaip sesuatu dikomputer riba. "Alah,kau takkan taktahu. Dari tadi kau hadap komputer riba tu. Betul ke ni taktahu",kata Irfan. "Kau ni,ingat aku hadap benda ni untuk berfoya foya macam kau ke?. Aku hadap ni sebab aku kena buat satu projek untuk syarikat aku lah",terang Ilham. Dia tak suka orang menuduhnya sebegitu. Dia mengerek Irfan agak agak satu minit. Matanya iu seperti mahu telan Irfan yang sedang duduk di atas sofa. "Hishh kau ni Ilham. Sikit sikit nak sentap. Memang sesuai lah orang kata kau ni Mat Jambu kat office",ejek Irfan. Dia memang suka mengenakan kawannya itu."Siaplah kau Irfan",kata Ilham dengan nada yang kuat. Dia terus bangun dari tempat duduknya lalu mengejar Irfan.
Di Hospital Orang Sakit Jiwa.
"Hei korang ni kenapa hah. Aku tak gila aku tak gila lah. Korang tu yang gila. Abang tolong Fatihah bang. Dorang ikat badan Fatihah bang",ujar Fatihah dalam keadaan yang tidak menentu emosinya. "Puan,puan kena banyak diam kalau puan mahu sembuh. Lagipun suami puan sudah meninggal",ujar jururawat yang ditugaskan untuk menjaga Fatihah. "Ehhh suami aku tak meninggal lagi lah. Kau tu yang gila tak kenang budi. Aku nanti buat report dekat suami aku nanti. Biar kau yang masuk wad ni",ujar Fatihah.
YOU ARE READING
Genggamlah Tanganku
RomanceFatihah Imanina nama seorang gadis yang penuh dengan kisah tragik dan menyiksakan.. Dipaksa dengan papanya untuk berkahwin dengan lelaki yang benci padanya.. Membunuh bukan pilihannya tapi untuk menyelamatkan dirinya.. Bercinta dengan orang yang sal...