Afrina 12 tahun
LAILA AFRINA
Nama aku Laila Afrina. Orang-orang yang rapat denganku panggil aku Pina. Kenapa Pina? Aku juga tidak mengetahui kenapa. Mungkin orang sekelilingku merasakan bahawa nama itu comel bagiku.Aku mempunyai seorang kawan baik, Alisya namanya. Mungkin disebabkan dalam kejiranan kitorang tak ramai yang sebaya, sebab itu kitorang terus click bila kali pertama jumpa.
Sejujurnya aku menyimpan rahsia yang agak besar dan rahsia ni tak ramai yang tahu. Alisya juga tidak mengetahui dan aku menyimpan rahsia ni sejak kali pertama aku berpindah disini. Aku menyimpan perasaan kepada abang Alisya secara diam-diam. Entahlah masih tak ada kekuatan untuk bagitahu. Takut difriendzoned.
Tapi harini aku agak nekad. Aku mahu memberitahu hal sebenar kepada Abang Arul. Sebab apa? Sebab dia dapat tawaran pergi ke sekolah asrama. Tak ada lah aku terlalu malu kalau ditolak pun.
--------------------
"Alisya!" Aku menjerit melambai lambai ke arah Alisya.
"Apa dia?" Alisya berjalan malas ke arahku. Alisya memang pemalas, walaupun badannya kurus tetapi malas mahu berjalan.
Dalam diam aku menyimpan perasaan cemburu terhadapnya. Ialah dia adik beradik memang menjadi bualan mulut ramai. Kenapa? Sebab mereka mempunyai pakej. Cantik, pandai, tinggi, kacak. Haa macam-macam lah.
Aku pun tidak tahu mengapa Alisya memilihku menjadi kawannya. Ialah dia dan aku bagai langit dan bumi. Aku pula memiliki badan yang agak gempal, kulit pula macam kuali Cik Senah gelapnya, dalam pelajaran pun aku kurang sedikit berbandingnya.
"Tolong aku boleh tak?" aku tersengih sengih memandangnya.
"Haa apa dia?" Alisya bertanya.
"Ini haa tolong bagikan abang kau" aku berkata sambil menghulur sekeping surat kepadanya.
"Surat apa ni?" Dia membelek-belek surat tersebut.
"Nak bagi Abang kau la...." perlahan aku menjawab. Terasa tebal mukaku saat ini.
"Kau biar betul ni? Kau pun tahu kan Abang Arul dengan Akak Najwa sekarang ni" Alisya sepertinya ragu-ragu untuk memberi surat itu kepada abangnya.
"Betul lah ni. Tolong lah aku."
"Haih yelah. Kalau jadi apa-apa jangan salahkan aku pulak ye"
"Ai ai mem!" Aku memberikan tabik hormat kepadanya. Tergelak besar kami disitu tidak mempedulikan pandangan orang kepada kami.
--------------------
AZRUL HAKIM
"Abang Arul, ada orang bagi ni dekat abang" kata Alisya sambil menghulurkan surat kepada aku."Siapa yang bagi ni?" Aku bertanya lantas membuka surat itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat isi surat tersebut.
Terbeliak biji mata aku membaca isi kandungan surat itu. Biar betul budak Pina ni, baru nak tunggu keputusan UPSR dah pandai bagi surat begini dekat aku?
Sebenarnya aku dah lama perasan budak ni suka dekat aku tapi aku tak sangka pulak berani bagi aku surat macam ni.
Aku pun tak kisah sangat kerana dekat sekolahku aku memiliki banyak peminat. Ye lah, muka kacak seperti aku siapa yang tak suka. Tapi.... dengan budak ni bukan aku boleh percaya ni.
Ish biarkan jelah. Esok aku bagitau dia aku tak suka dia.
--------------------
LAILA AFRINA
Aku dan Alisya sudah mengetahui keputusan UPSR kami. Seperti biasa keputusan Alisya lebih baik daripadaku. Aku cuma mendapat 3A manakala Alisya mendapat keputusan 5A. Dia dan adik beradik sentisa mendapat keputusan yang bagus setiap kali peperiksaan. Abang Arul saja telah mendapat keputusan PMR 8A."Pina, jom datang rumah aku harini" Alisya berkata sambil mulutnya penuh mengunyah makanan.
"Hmm tengoklah nanti" aku sebenarnya malas mahu datang ke rumahnya. Tiba-tiba aku teringat , kalau aku datang ke rumahnya aku boleh jumpa Abang Arul. Ahhh bahagianya dunia. "Ok aku pergi. Pukul 4 aku datang"
--------------------
Aku memberi salam dan terus masuk ke dalam rumahnya. Aku dah biasa datang ke rumah Alisya kerana kami berjiran. Aku jalan lenggang kangkung masuk ke rumahnya, tiba-tiba aku terdengar suara orang berbual bual. Aku berhenti untuk melihat dan aku lihat Abang Arul sedang berbual bual dengan Najwa.
"Eh itu kan budaknya Arul" kata Najwa apabila dia ternampak diriku.
"Haah tu lah budaknya. Taktau malu betul" kata Arul sambil ketawa. Aku terfikir apa saja lah yang lucu mereka bualkan itu.
"Pina sini sekejap" Najwa memanggilku. Aku terus pergi ke arah mereka. "Pina tak malu ke bagi Abang Arul surat ni?" Katanya sambil menunjukkan surat.
Berkerut dahiku melihat surat itu berada di tangannya. Macam surat aku? Warna dah sama, besarnya dah sama, sah itu memang suratku. Tapi macam mana boleh ada kat tangan dia?
"Errr, Pina bagi dekat abang. Pina tak bagi akak"
"Masalahnya Abang Arul ni boyfriend akak"
"Takyah layan lah budak ni Wawa. Budak budak lagi. Muka pun tak cantik ada hati nak ajak Arul bercinta." Abang Arul berkata sambil mencebik ke arahku. Gayanya macam geli sangat sahaja mahu memandangku.
"Ohh ya lagi satu, nah ambik balik surat kau ni. Tak nak aku bercinta dengan budak budak" sambungnya lagi sambil ketawa dengan Najwa.
"Sampai hati abang buat Pina macam ni! Tunggu lah bila Pina dah besar, dah cantik, dah kurus nanti. Abang nak terjun bangunan pun Pina taknak terima abang." Aku menangis di hadapan mereka.
Abang Arul dan Najwa hanya menggelakkan aku. Lucu sangat lah tu.
"Ohhh hahahaha sini kejap ikut aku." Abang Arul mengarahkan aku supaya mengikutnya. Dia mengambil getah paip dan mula menyiramku.
"Haaa nah amik ni, aku tolong siramkan kau biar cepat besar ye. Konon nak jadi cantik, baliklah."
Air mataku mengalir dan menitik setitik demi setitik. Aku mengambil surat itu dan berlalu pergi.
Sejak dari itu, aku mengambil keputusan untuk balik kampung dan tinggal dengan nenek.
--------------------
Hai Assalamualaikum. This is my first ever novel and i hope u guys enjoy it. Vote it please :))
YOU ARE READING
Abang Tuisyen Next Door
Teen FictionHidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang yang pernah menolak cintanya satu ketika dahulu. *** "Kau ni bengap sangat lah Pina" "Kalau aku tak...