Enam Belas

10.4K 571 6
                                    

          "Assalamualaikum..."

          "Waalaikumussalam. Ehhh Pina, masuk la" Cik Esah mempelawa aku masuk.

          Kelihatan dia sedang membelek-belek bunga yang ditanamnya. Cik Esah memang suka menanam bunga dan orang yang selalu menjadi mangsanya untuk menyiram bunga tak lain tak bukan-- Abang Arul.

        "Sunyi je rumah Cik Esah harini." Aku menjenguk-jenguk ke dalam rumahnya. Sekali tengok mesti orang fikirkan yang aku ini merupakan seorang stalker.

         "Alisya pergi kedai tadi." Cik Esah menerangkan kepadaku.

         "Err Abang Arul mana?" Aku bertanya sambil mengikut Cik Esah membelek bunga-bunganya.

           "Along tu tak tau lah Cik Esah dia pergi mana. Katanya sekejap je dia nak keluar tapi sampai sekarang tak balik lagi."

         "Ohhhh lama tak Abang Arul nak balik?" Aku bertanya.

          "Taktau lah pulak. Pina dah bagitahu harini nak datang?"

         "Semalam dah cakap.... tapi taktau lah dia ingat ke tak." Aku menjawab. Takkan lah mamat ni nak lupa janji dia kot?

          "Kalau macam tu tunggu je lah dia. Nanti balik lah tu." Cik Esah mempamit aku supaya masuk ke dalam rumahnya.

           Kami berjalan beriringan masuk ke rumahnya.

             "Pina duduklah dulu ye tengok tv. Cik nak pergi buat kerja kat dapur." Cik Esah terus berlalu pergi ke dapur. Kini tinggal lah aku sendirian di ruang tamu. Bosan. Aku menukar siaran televisyen. Langsung tiada yang menarik perhatianku.

            Tidak lama selepas itu Alisya pulang daripada kedai sambil menjinjit plastik.

          "Along mana?" Alisya bertanya kepadaku. Eh dia ni, sekarang ni siapa adik Abang Arul? Aku ke dia?

          "Mana lah aku tau. Aku baru nak tanya kau."

        "Lama ke kau kat sini?"

       "Lama. Cukuplah untuk sofa rumah kau ni panas" Sarkastik aku menjawab. Sebenarnya aku sudah panas hati menunggu Abang Arul balik.

        "Hahahaha.... alaa janganlah marah aku. Jap aku call along." Alisya segera menelefon Abang Arul. "Wehh tak dapat lah. Aku pun taktau dia pergi mana." Sambungnya lagi.

          "Eee dia ni kan. Aku dahlah datang semata-mata nak tunjuk aku punya kertas. Aku sendiri belum tengok aku punya kertas." Aku mula membebel. Dapatku lihat Alisya memandangku penuh simpati. Heh. Simpati sangat.

          "Sabar weh. Meh sini aku tengok kertas kau..." Alisya cuba memujuk aku. Sejujurnya, aku agak terasa hati dengan Abang Arul. Mahu sahaja aku menangis sekarang tapi malu lah depan Alisya kan. Aku menghulurkan kertasku kepada Alisya. Tidak sanggup untuk aku melihatnya. Tawar hati sebenarnya.

            Aku melihat air muka Alisya. Mukanya tiba-tiba bertukar menjadi suram. Berdebar jantungku ketika ini.

          "Weh........ jangan sedih eh." Suaranya meleret-leret. Mukanya juga kelihatan sedih. "Kau en...." dia menyambung sambil memandang wajahku. Kesabaranku semakin menipis dan debaran di dadaku semakin menggila.

          "Baik kau cakap terus kalau tak aku balik." Aku mengugutnya.

           "Kau lulus!!!!! Tahniahhhh..." Alisya bertepuk-tepuk tangan sambil terkinja-kinja diatas sofa rumahnya.

         "Seriussss??!" Aku terus merampas kertas di tangannya. "Ya Allah Sya!!! Aku lulus wehhh." Aku mencubit pipiku berkali-kali.

          "Tahniah. Nanti kau tuntut hadiah kat Along ok?" Mendengar sahaja dia menyebut tentang Alongnya terus hilang mood aku.

            "Wehhh aku balik dulu lah. Kucing pun boleh terberanak tunggu abang kau balik rumah. Bye." Aku meminta diri untuk pulang.

           "Ohhhh lagi satu. Cakap dekat abang kau. Aku benci orang mungkir janji." Aku terus keluar dari rumahnya. Kesian Alisya, abangnya yang buat hal dia yang aku marahi.

---------------------

           "Assalamualaikum..." Abang Arul memberi salam selepas memarkir keretanya di garaj. Dia melirik ke arah jamnya. 11.50 malam.

           "Waalaikumussalam. Along gi mana?" Alisya membuka pintu untuk abangnya.

           "Lepak dengan kawan lama." Selamba Abang Arul menjawab. Dia terus melangkah ke dapur dan mengambil segelas cawan. Kemudian, dia membuka peti sejuk dan menuang air ke dalam cawannya dan meneguk air dengan rakus. Legaaaa.

            Alisya terus-terusan memerhatikan abangnya. Sekejap-sekejap dia duduk dan seketika dia berdiri.

            "Kau kenapa dik pandang Along macam tu?" Abang Arul menegur adiknya. Rimas dirinya apabila diperhatikan sebegitu.

            "Betul Along tak ingat apa-apa?" Alisya bertanya kepada Abang Arul sambil berpeluk tubuh. Geram dengan sikap abangnya.

          "Ingat apa kau ni? Cuba cakap terang-terang sikit bagi Along ni faham."

            Alisya mengeluh kemudian berkata "Pina tadi datang....."

            Abang Arul segera menepuk dahinya dan berlari menuju ke biliknya namun sempat berpatah balik.

          "Dik harini hari apa?"

          "Jumaat." Sepatah sahaja Alisya menjawab. Tiada kuasa untuk melayan abangnya.

          "Patutlah.... ok dik terima kasih sebab ingatkan Along." Selepas mengucapkan terima kasih, Abang Arul terus berlalu ke biliknya.

             Abang Arul terus merebahkan badannya di atas katil. Penat dirasakan olehnya. Mana tidaknya, keluar dari pagi sekarang baru berkesempatan untuk berehat.

--------------------
Laila Afrina

            Serius aku geram! Dahlah tak tepati janji lepastu boleh pulak dia tak minta maaf sampai sekarang. Aku melihat telefonku sekali lagi. Hendak memastikan sama ada Abang Arul memberi mesej.

           Baru sahaja aku mahu melelapkan mata telefonku berbunyi. Aku menangkat malas.

          "Hello.." suara Abang Arul menyapa telingaku.

          "Nak apa." Keras sahaja nada suaraku. Malas mahu berbaik-baik.

            "Tempat biasa. Bawak kertas periksa kau sekali."

           "Malas." Sepatah aku menjawab.

           "Please..."

             "Okay. Ajak Alisya sekali." Aku terus mematikan telefonku selepas menyatakan persetujuan. Aku melepaskan keluhan berat sambil berjalan keluar.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now