Dua Puluh Tiga

11.6K 618 123
                                    

          "Bro, comel do jiran kau." Hilman berkata semasa kami dalam perjalanan ke rumahnya.

          "Comel? Selekeh adalah." Aku cuba untuk tidak menampakkan bahawa aku juga meminati Afrina.

         "Serius lah kau memang dah buta. Budak tu comel kot!" Hilman mempertahankan.

          "Biasa-biasa je aku tengok."

          "Ngorat pun ngam ni hahaha.." Hilman bergurau. Tak boleh jadi ni nanti kalau Afrina minat dia macam mana?

         "Budak sekolah kot. Aduh kau ni taste teruk betul."

         "Sekolah tak sekolah. Kita ni pun dulu budak sekolah jugak." Bersungguh-sungguh dia berkata.

Lantak kau lah Hilman, malas aku nak layan.

------------------

           "Weh, aku nervous la." Aku meletakkan pensel ku. Penat rasanya otak aku hendak berfikir.

          "Kenapa nervous?" Abang Arul bertanya kepadaku.

          "Ye lah lagi seminggu je nak exam ni."

            Aku begitu gemuruh dan tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan SPM. Sedar tak sedar lagi seminggu sahaja. Peperiksaan percubaan tempoh hari pun aku cuma mendapat D untuk addmath. Sekurang kurangnya ada juga peningkatan.

         "Kau rilek je buat yang terbaik. Ingat balik latihan-latihan yang pernah kau buat." Abang Arul menasihatiku.

         "Hmmm iye. Aku nak cakap thanks la sebab sanggup ajar aku. Mungkin ni last day kot datang sebab nak extra fokus buat ulangkaji." Aku berkata sambil mengemas alat tulisku.

         "Buat yang terbaik ok!" Itu sahaja yang keluar dari mulut Abang Arul yang ku dengar sebelum aku melangkah keluar dari rumahnya.

----------------

         Diam tak diam sudah sebulan aku dan Alisya berjuang menduduki peperiksaan SPM. Kini aku mampu menghembuskan nafas lega kerana aku sudah bebas dari peperiksaan itu.

           Aku juga bersyukur kerana kertas soalan addmath dapat ku jawab dengan baik. Tak sia sia aku belajar bersama Abang Arul.

            Oh iya. Bercakap tentang Abang Arul, sudah lama aku tidak berborak dengannya. Rindu pula hendak bertekak dengannya seperti dulu.

           Sejak aku tidak lagi belajar dengan dia, kami jarang bersua muka. Mungkin sibuk dengan kerjaya.

"Pinaaa!!" Mama memanggilku dari bawah.

"Iye ma..."

"Ni haaa Alisya datang ni." Jerit mama. Amboi mama ini, macamlah aku berada 10km darinya.

"Suruh Alisya naik ma." Aku menjerit kembali.

Tidak lama kemudian, muka Alisya tersembul di pintu bilikku.

"Hai!!!" Alisya menjerit teruja seperti sudah sepuluh tahun tak berjumpa denganku padahal baru semalam dia lepak dibilikku ini.

"Masuk jelah. Bingit tau tak suara kau ni."

"Hehehehe sorry sorry." Dia terus melompat duduk di atas katil. Macam rumah sendiri pula dia ni.

"Apa cerita harini?" Aku bertanya sambil mengangkat keningku.

"Kau nak dengar good news ke bad news dulu?" Dia memberiku dua pilihan. Amboi dia ni.

"Hmm aku pilih good news dulu la, apa-apa mesti kena mula dari yang baik kan?"

Jantung aku sudah berdebar-debar menantikan Alisya memulakan percakapan.

"Berita baiknya, abah aku ajak kita berdua kerja sekejap kat office dia sementara tunggu keputusan SPM."

"Ohhh.... Serius ke?"

Kejap. Kalau aku kerja dekat office abah Alisya maknanya aku akan bekerja sebumbung dengan Abang Arul. Kalau aku kerja sebumbung dengan Abang Arul maknanya kemungkinan kami berborak seperti dulu semakin tinggi.

Wow betul-betul good news ni!

"So..... jadi tak ni?" Alisya bertanya kepadaku.

"Ehhhh mestilah nak!" Sepantas kilat aku menjawab.

"Okay nanti aku bagitahu abah aku ek."

"Okayy!"

Kami terus berbual sehingga aku terlupa bahawa Alisya belum memberitahu bad news nya itu.

"Wei... Apa berita buruknya?" Aku cepat-cepat menanyakan kepadanya sebelum aku terlupa.

"Ohhhh haahlah lupa pulak." Alisya menepuk dahinya.

"Okay berita buruknya........."

-------------------

First sekali sis nak cakap sorry sesangat kalau chapter ni bosan sebab sis busy+takde ideaaa :(

Then, Cuba uolls teka apa agaknya berita buruk yang Alisya nak bagitahu?

And lagi satu sis nak mintak tolong jasa baik korang untuk suggest satu nama watak lelaki. Tolong komen idea korang okay sebab sis takde idea nak letak nama apa.

Last, THANK YOU SO MUCH YANG SUPPORT SIS. Muahhh love you all.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now