Dua Puluh Dua

11.6K 613 69
                                    

           "Beb! Kau gaduh dengan along ke?" Alisya menyoalku sambil berbaring di atas katilku. Dia memang selalu datang ke rumahku dan duduk di bilikku ini.

            Tidak lama selepas Abang Arul masuk ke dalam rumahnya tadi, Alisya datang ke rumahku pula. Itu yang boleh tersesat di atas katilku ini.

           "Tak ada lah kenapa?" Aku menyoalnya kembali.

          "Monyok je muka along aku tu."

          "Ohhh...." aku tidak tahu mahu membalas apa.

           "Firasat aku kuat mengatakan yang korang gaduh." Alisya berkata sambil mengusap dagunya.

          "Tak ada lah. Mana ada aku gaduh dengan dia." Aku menafikannya. Takkan lah aku mahu memberitahunya bahawa aku cemburu dengan Najwa. Mahu aku digelakkan olehnya.

            "Jom bukak hadiah dengan aku?" Aku mengajaknya. Alang-alang Alisya sudah berada disini bolehlah dia menolong aku.

            Aku bangun mengambil beg kertas yang diberi oleh Abang Arul dan kembali duduk di hadapan Alisya.

           "Ini....along kau yang bagi." Aku menyangkan beg kertas itu kepadanya.

         "Wahhh!!! Dapat hadiah lah" Alisya kelihatan sangat teruja. Entahlah, lagi teruja daripada aku.

            Kami berdua menyelongkar isi didalam beg tersebut. Terdapat sebuah kotak yang cantik berbalut siap bereben lagi.

            "Comelnya kotak ni!! Tak sangka aku along pandai pilih.." Alisya membelek-belek kotak tersebut. "Wehh bukaklah cepat!!" Dia menggesa aku.

           "Sabarlah. Amik gambar dulu hahaha..." aku mengambil gambar kotak tersebut kemudian terus membukanya.

              Di dalamnya terdapat satu gelang tangan berukir namaku dan sebatang pen juga terukir namaku di situ. Sangat cantik untuk dilihat.

             "Wehhhh mesti mahal ni..." Alisya kedengaran sangat teruja.

           "Beb, bila along kau beli semua ni?" Aku menanyakannya. Risau juga kalau-kalau harganya mahal.

           "Entahlah weh..."

           "Tak apa lah nanti aku tanya dia." Aku menyimpan kembali gelang dan pen didalam kotaknya semula kemudian meletakkannya di atas almari.

              "Aku balik dulu lah Pina. Nanti mak aku bising."

             Kami berjalan beriringan dan aku menemaninya sehingga ke pagar rumahku.

            "Bye! Esok malam jangan lupa datang rumah tuisyen." Sempat Alisya menjerit sebelum hilang di muka pintu rumahnya.

            "Iyelah Alisya...." aku menjawab perlahan sambil ketawa kecil melihat karenahnya.

-------------------

           "Bro! Ni Azrul kan?" Sergah satu suara dari belakangku.

          Hampir tersedak air teh panas yang sedang ku hirup ketika ini mendengar suara yang kuat dan nyaring itu. Wait! Asal cam familiar je suara ni?

          "Wei Hilman! Bruhhh, gua ingat lu dah mampos kat Istanbul." Aku menyapanya.

              "Gua ingat pun lu dah mati mereput kat Malaysia!" Dia menepuk-nepuk bahu aku sebelum menarik kerusi duduk di hadapanku.

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now