Sembilan

12.5K 643 18
                                    

           Isnin. Kebiasaannya aku akan moody apabila tiba hari Isnin tetapi tidak Isnin ini. Hari ini aku agak teruja kerana kawan baikku dari kecil, Alisya akan bersekolah di sekolahku. Yahoooo!

            Aku cepat-cepat bersiap dan turun ke bawah untuk bersarapan.

          "Pagi mama." Aku menyapa mamaku dan duduk di meja makan.

          "Pagi. Makan cepat sikit nanti Alisya tunggu lama." Aku mengangkat keningku tanda tidak faham.

          Kenapa pulak Alisya nak tunggu aku.

           "Lupa ke? Harini kan pergi sekolah dengan Cik Esah." Mama berkata sambil menuangkan air ke cawanku. Otakku masih cuba memproses kata-kata mama. Tiba-tiba aku teringat janjiku dengan Alisya semalam.

           "Ehhhh aahlah. Oklah Pina pergi dulu, mm bye mama." Aku bercakap dengan mulutku yang penuh dengan makanan dan aku segera menyalami mama.

           Terkocoh-kocoh aku memakai kasut apabila terdengar bunyi enjin kereta cik Esah.

           "Senonoh sikit perangai tu." Mama sempat berpesan kepadaku.

------------------

           "Pina aku nervous weh." Alisya berkata sambil menggenggam tangan Afrina.

          "Relaks weh. Diorang tak makan orang. Abang kau je yang makan orang hahahaha." Afrina cuba melawak untuk menutup kejanggalan Alisya. "Nanti aku kenalkan kau dekat kawan aku, Aina."

          Baru sahaja Afrina menyebut nama Aina tiba-tiba muncul di hadapan mereka.

          "Yo Pina." Aina menegur Afrina bersahaja sambil menghulur tangan untuk menyalam Afrina.

          "Waalaikumussalam cik kak." Afrina memerli.

         "Hehehehe sorry sorry. Ni siapa ni ?" Aina bertanya sambil menunjuk ke arah Alisya.

         "Hai, nama aku Alisya." Alisya menghulurkan tangan kepada Aina.

          "Haiiiiiii, Aina." Muka Aina tersangatlah gembira menerima kedatangan Alisya.

          "Baguslah, lepasni lagi riuh lah Aina ni jumpa geng banyak cakap macam dia jugak." Afrina berkata sambil ketawa.

------------------
Laila Afrina
          Aku mengambil baju di atas meja. Kalau ikutkan hati, malas aku mahu menghantarnya malam ini tetapi mama berkali-kali memaksa aku untuk menghantarnya malam ini juga.

           Perlahan-lahan aku menolak motor keluar daripada pagar. Aku berdoa dalam hati, janganlah motor ini buat hal. Aku cuba menghidupkan enjin.

        Sekali. Tak hidup.

          Dua kali. Tersengguk-sengguk enjinnya berbunyi. Cepat-cepat aku menaiki motor itu.

         Namun, baru sahaja mahu memulas pedal tiba-tiba enjinnya mati.

Yay, what a life .

           Ergh aku sudah rasa seperti mahu menendang motor ini tetapi tidak jadi apabila satu suara menegurku dari belakang.

         "Kenapa." Kusss semangat. Aku mengurut-ngurut dadaku kerana terkejut.

         "Motor tak boleh hidup. Mama suruh hantar baju kat rumah cik Milah." Buat pertama kalinya, aku bercakap dengan nada yang sangat sangat lembut.

          Itu pun sebab aku lihat Abang Arul seperti mahu keluar. Mana tahu dia terbukak hati mahu hantar aku. Hehehe.

         Sebenarnya boleh saja aku berjalan kaki ke rumah cik Milah tetapi disebabkan hari sudah malam dan kawasan perumahan kami sangatlah sunyi apabila waktu malam, aku jadi takut.

         "Ohhhh yeke. Habistu nak jalan kaki ke? Bahaya lah malam-malam macam ni." Abang Arul berkata sambil matanya meliar-liar memandang sekeliling.

           Yay, akhirnya ada orang memahami aku. Mama je tak faham aku cakap bahawa hari sudah malam. Nak juga suruh aku hantar baju malam ini.

           Tiba-tiba aku dapat rasakan sinar harapan mula mencerah. Pheww, dramanya aku. Aku mula membuat muka kesian di hadapannya dengan harapan dia akan menumpangkan aku.

           "Nampaknya macam tulah. Kena jalan kaki." Aku membuat muka sedih. ok sangatlah plastik mukaku sekarang ini. Sebenarnya aku mahu tergelak tapi control Pina. Ingat plan kau.

          "Ohhh kalau macamtu hati-hati ye." Kata Abang Arul sambil berlalu masuk kedalam keretanya dan bergerak meninggalkan kawasan rumahnya.

Whatttttt? Dia suruh aku hati-hati je?

           Tiba-tiba hati aku panas seperti sedang dibakar. Wahh wahh, lepas dia buang masa aku, boleh suruh aku hati-hati je. Sumpah, memang takde belas kasihan langsung mamat ni.

          "Erghhhh benci betul lah. Ingatkan nak tumpangkan aku. Dia main blah macam tu je?" Aku sudah mula membebel-bebel sambil menyorong motor masuk kembali ke dalam garaj.

            "Kalau rasa taknak tolong tu takpayah tegur. Erghhhh" aku terus terusan membebel lalu masuk ke dalam rumah.

           "Ehh cepatnya hantar baju." Mama menegurku. Hairan agaknya mengapa cepat sangat aku balik.

          "Motor tak boleh hidup ma. Esok je lah Pina hantar. Cakap kat Cik Milah tu, sabar sikit jadi orang." Aku bercakap dengan laju.

          Hilang terus mood aku malam ini. Aku terus bergegas masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil. Lega sikit hati aku apabila baring di atas katilku.

------------------

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now