Dua Puluh Empat

9K 522 33
                                    

"Berita buruknya, kita kena kerja asing-asing hmm..."

"Laaaa... Itu je buruknya? Takde la buruk mana ish" aku memarahinya.

"Ooo itu tak dikira berita buruk ek?" Tersengih-sengih Alisya sambil menggaru kepalanya. "Eh okaylah nak balik dulu. Kang mak aku bising aku asyik datang melepak je." Sambungnya.

"Hm yelah yelah. Aku pun bosan tengok muka kau hari-hari." Aku bergurau.

Dia berlalu sambil ketawa dan melambai-lambaiku.

-----------------

Its the day! Harini hari pertamaku bekerja di syarikat kepunyaan abah Alisya. Pagi-pagi lagi aku sudah sibuk termenung di hadapan almariku. Tidak pasti mahu memakai baju apa.

Sedang aku asyik mengelamun, telefonku berbunyi menandakan panggilan masuk. Aku melihat telefonku dan tertera nama Alisya di skrin telefonku.

"Ye kenapa?" Aku menjawab selepas membiarkan untuk seketika.

"Dah siap belum? Harini kita tumpang along pergi office."

"Whatttt? Serius lah? Korang dah siap ke?"

"Aku dah siap dah, tunggu along tengah pakai baju..."

"Omg! Aku pergi siap sekarang. Jangan tinggalkan aku pulak!" Aku segera menamatkan panggilan dan tergopoh-gopoh bersiap.

"Mama Pina pergi dulu tau!" Aku sempat menyalam tangan mama dan terus keluar.

"Taknak sarapan dulu ke?" Mama melaung daripada dapur.

"Tak sempat ma, tak sempat." Aku melaung kembali dari luar rumah. Aku terus berlalu menuju ke rumah sebelah.

Kelihatan Alisya dan Abang Arul sudah hendak memasuki kereta. Tanpa membuang masa aku mengikut sekali tingkah mereka.

Pheww! Nasib baik sempat. Kalau tak mahu kena ceramah tak berbayar dengan Abang Arul.

"Apahal kau terjerit-jerit depan rumah tadi?" Abang Arul pantas menanyakan sebaik sahaja aku memasuki perut kereta.

Aku hanya tersengih memandangnya. "Hehehe, exercise mulut?" Jawabku.

"Banyaklah kau punya exercise..."

---------

Hari pertama kerja? Not bad.
Yang tak bestnya Abang Hilman asyik mengacauku sahaja. Tak ada kerja ke apa.

Sebenarnya aku kerja ini pun cuma untuk mengisi masa lapangku sementara menunggu keputusan peperiksaanku keluar sambil-sambil mencari pengalaman. Mujur sahaja abah Alisya sudi mengambilku bekerja.

"Hai Laila." Satu suara menegurku.

"Hai. Kan dah cakap tadi panggil Afrina." Aku cuba mengawal suaraku supaya tidak nampak yang aku tidak suka dengannya.

"Taknak. Nak panggil Laila jugak!" Ujar suara itu lagi.

Ni memang spesis yang tak faham bahasa ni. Nak tau siapa? Haa ni nak kenalkan ni. Nama dia Imran dan kitorang baru kenal harini. Dengar cerita dia sebaya dengan Abang Arul dengan Abang Hilman. Tapi entahlah, malas mahu mengambil tahu.

"Lantaklah, malas nak layan." Aku membiarkan sahaja dia bercakap sendirian. Bukan boleh dilayan ni.

"Laila ni cantiklah."

"Thanks." Sepatah aku menjawab. Padahal sudah kembang seluruh badanku mendengar pujiannya.

"Laila takde boyfriend ke?" Sekali lagi dia cuba untuk beramah mesra denganku.

Hmm aku rasalahkan dia ni macam syok dekat aku je?

Baru sahaja aku mahu menjawab ada satu suara lain memotong percakapanku.

"Dia dah ada boyfriend. Aku boyfriend dia." Abang Arul selamba menjawab.

Terbeliak biji mataku memandangnya. Biar betul mamat ni? Tak takut kena gossip ke? Dahlah orang-orang dalam office ni boleh tahan kepochi. Dia hanya mengenyitkan mata kepadaku.

"Ohhhhh yeke? Okaylah tiba-tiba rasa macam ada kerja nak kena buat. Bye Laila...." Imran segera berlalu daripada kami.

"Whattt?! Laila?"

"Ye, Laila. Kenapa?"

"Kenapa dia panggil kau Laila?" Abang Arul bertanya. Terkejut sangat sahaja gayanya.

"Entah." Sepatah sahaja aku menjawab.

"Mengadanya nak panggil-panggil Laila. Panggil Afrina je dahlah." Abang Arul mula membebel.

"Yang kau nak sakit hati sangat kenapa?" Aku memarahinya.

"Ehhh manade....." dia cuba mempertahankan dirinya. "Aku cuma nak kau hati-hati je, orang macamtu tak boleh percaya sangat." Sambungnya lagi.

Aku mengangkat kening memandangnya. "Habistu? Orang macam mana yang aku kena percaya? Orang macam kau?"

"Terpulang. Tapi kau tak rasa ke aku ni memang boleh dipercayai?" Dia tergelak sendiri.

"Euwww...." aku membuat muka geli. "Tapi dia cakap aku cantik."

"Eleh dia cakap camtu pun nak percaya."

Aku memandang mukanya.

"Jadi, kau nak cakap aku tak cantik lah ni?" Aku menayakan kepadanya.

"Haah, memang pun." Dia membalas kemudian berlalu.

So, its a sign. Maybe i shouldn't keep this feelings forever.

------------

Hai my lovelies.
So, sis dah pick satu nama n it is Imran. Siapa yang recommend sis suruh letak nama Imran angkat tangan 🙋🏻🙋🏻🙋🏻

And terima kasih banyak2 to those yang sporting tolong reccomendkan nama.

Sis sayang uolss muah

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now