Aku berjalan menuju ke arah Abang Arul sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Gembira kerana hari ini aku dapat keluar berdua. Namun kegembiraan aku tidak lama kerana aku melihat di sisi Abang Arul terdapat seorang perempuan yang cantik.
Serta merta aku memperlahankan langkahku. Aku lihat perempuan itu bercakap-cakap namun Abang Arul tidak berapa mengendahkannya.
Aku masih lagi tidak mengecam siapakah gerangan yang berada di sebelah Abang Arul sehingga lah aku berada betul-betul di hadapan mereka dan barulah aku dapat kenal pasti bahawa perempuan itu ialah Najwa a.k.a bekas teman wanita Abang Arul yang paling lama bercinta dengannya.
Jangan ingat aku duduk di kampung aku tidak tahu perkembangan mereka. Agak lama aku berdiri di hadapan mereka sehinggalah Najwa bersuara.
"Ehhh ini bukan ke budak tak tau malu bagi u surat dulu?" Najwa berkata sambil jarinya menunding-nunding tepat ke arah muka ku.
D I S A S T E R.
Minah ni harap muka je cantik tapi mulut serupa longkang.
"Errr hai?" Aku menegurnya. "Dah beli tiket ke?" Aku bertanya kepada Abang Arul pula.
"Like seriously? Budak ni ke partner u??!" Suara Najwa yang nyaring kedengaran seperti langau di telingaku.
"Iye lah. Dialah yang temankan i harini." Abang Arul membalas acuh tak acuh."Biar betul budak ni yang dulu tu kan?" Najwa berbisik di telinga Abang Arul. Sebenarnya bukan berbisik sangat pun kerana aku mendengar dengan sangat jelas butir-butir yang keluar dari mulut Najwa.
"Iyelah. Berapa kali kena ulang ni. By the way nama dia Afrina bukannya budak." Nada Abang Arul kedengaran tegas di telingaku. Aku dari tadi hanya mendiamkan diri.
"Whatever kat mata i dia ni tetap budak mentah yang dulu selekeh tu." Angkuh gaya percakapan Najwa. Hendak sahaja aku melempang mukanya itu. Biar berterbangan shawl yang diapakainya.
"Err lama lagi ke kita nak masuk wayang?" Aku bertanya kepada Abang Arul kerana aku mahu lari daripada Najwa.
"Kejap je lagi. Pina nak apa-apa tak?" Abang Arul bertanya kepadaku. Aku hanya menggelengkan kepalaku.
"Kalau Afrina taknak, i nak." Najwa berkata secara tiba-tiba. Like seriously? Perempuan ni memang tak tau malu. Orang tak pelawa dia sibuk terhegeh.
"Ohhh u nak ke? Nah ambil duit ni pergilah beli." Abang Arul menghulurkan duit kepadanya.
"Alaaaa temankanlah." Najwa sudah merengek-rengek sambil menarik lengan Abang Arul. Abang Arul pula menarik kembali lengannya. Aku sedari tadi hanya menjadi penonton filem percuma yang ditayangkan di hadapanku ini.
"U pergi sendiri lah."
"Okay fine!" Najwa menghentakkan kakinya kemudian berlalu.
Aku mengangkat kening ke arah Abang Arul untuk bertanya kepadanya kisah yang sebenarnya berlaku.
"Aku tak ajak. Dia tiba-tiba je datang."
"Ohhh... takpelah kalau macamtu." Perlahan sahaja suaraku.
"Jomlah kita masuk dulu. Pandai-pandailah dia nak cari kita nanti." Abang Arul mula melangkah ke arah pintu masuk.
"Ehhh tiket dia macam mana?" Aku bertanya. Sejahat-jahat aku pun kesian lah juga tengok dia meroyan nanti.
"Aku dah koyak satu bagi dia dah. Jomlah cepat."
"Ooo okay." Kami pun berjalan beriringan masuk ke dalam panggung.
Kami duduk di tempat yang telah dipilih dan tidak lama kemudian Najwa masuk bersama sebekas popcorn dan sebotol air mineral.
"Kenapa u tak tunggu i?" Najwa berkata sambil mencebikkan bibirnya.
"Sorry." Sepatah sahaja yang dijawab oleh Abang Arul.
"Emmm Afrina u boleh tak duduk tepi sebab i nak duduk tengah."
Seriously???! Dia ni sakit otak ke apa?
"Kenapa ye?" Aku masih lagi boleh menahan sabarku.
"Sebab i takut tengok horror movie." Dia berkata sambil memegang pipinya. "Pleaseeeee." Rayunya lagi.
Aku tidak tahu hendak membuat apa lalu mengambil keputusan untuk mengikut sahaja kehendaknya.
Tidak aku sangka keputusanku itu merupakan keputusan yang salah. Sepanjang cerita berjalan aku menahan mata dan telinga mendengar Najwa menggedik bersama Abang Arul. TOTAL DISASTER.
Kalau aku mengikut kata hatiku mahu sahaja aku melempang pasangan tak berapa mahu sejoli itu. Namun aku masih lagi dapat mengawal kesabaranku.
Ini hari jadi terburuk aku pernah alami sepanjang 17 tahun aku hidup di muka bumi ini dan aku akan pastikan ini merupakan kali pertama dan kali terakhir aku keluar bersama Najwa.
-------------------
Menyampah tak dengan Najwa? Huhuhuhuhu..
YOU ARE READING
Abang Tuisyen Next Door
Teen FictionHidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang yang pernah menolak cintanya satu ketika dahulu. *** "Kau ni bengap sangat lah Pina" "Kalau aku tak...