Afrina sedang tekun menyiapkan latihan yang diberi oleh Abang Arul. Semakin hari, dia sudah dapat menguasai bab-bab yang mudah kerana Abang Arul rajin memberinya kertas-kertas latihan.
"Pina...ingat tak budak yang haritu dekat pusat sumber?" Alisya bertanya kepada Afrina.
"Yang mana?"
"Alaaa yang kita jumpa dekat pusat sumber tu." Alisya cuba untuk memaksa Afrina mengingat kembali. Ketika ini Abang Arul pergi ke dapur untuk mengambil air.
"Sya, ramai do dekat pusat sumber."
"Alaaa budak yang kau kata comel tu."
Afrina berhenti menulis dan berfikir sejenak.
"Ohhhhhh hah hah kenapa dengan dia?" Afrina mula mengingat kembali. Dia kelihatan sedikit teruja.
"Dia kirim salam dekat kau!!" Alisya menjerit sedikit.
Ketika itu Abang Arul muncul di ruang tamu membawa sebotol air dan gelas.
"Siapa kirim salam siapa?" Dia bertanya.
"Budak junior kirim salam dekat Pina." Alisya memberitahu abangnya.
Belum sempat Afrina menghalang, Alisya terlebih dahulu memberitahu abangnya. Dia menjengilkan matanya kepada Alisya.
"Budak junior kirim salam?" Suara Abang Arul sedikit terkejut. "Form berapa budak tu?"
"Form 3. Muda dua tahun dari kitorang." Sekali lagi tidak sempat Afrina menghalang Alisya sudah memberitahu.
"Baru form 3 dah gatal." Abang Arul mencebik.
"Form 3 tapi muka dia matured gila along. Dia yang paling matured antara semua budak sebaya dia." Bersungguh Alisya mempertahankan.
"Still budak-budak."
"Alteast dia comel dan handsome." Afrina menjawab setelah sekian lama berdiam diri.
"Eleh, aku lagi handsome lah." Abang Arul menjawab. Terdapat sedikit nada cemburu di dalam suaranya.
Afrina cuma menjeling.'Apa-apa jelah. Malas aku layan kau.' Afrina hanya menjawab didalam hati.
-------------------
Azrul Hakim
Malam ini aku sedikit gelisah. Serba tidak kena. Duduk tak kena, baring tak kena. Aku sendiri tidak tahu puncanya. Fikiran aku asyik terbayang budak yang disebut-sebut oleh adikku tadi.Takkanlah aku cemburu kot Afrina ada crush. Aku pun tak tau mengapa denganku ini. Rasa macam tengah jilat ludah kembali. Yang paling lawak, aku ada simpan perasaan dekat Afrina.
Aku mengambil keputusan untuk stalk budak yang disebut oleh adikku tadi.
Aku membuka akaun instagramku. Kemudian aku menepuk dahiku. Macam mana nak stalk daa kalau taktau username.
Aku berjalan menuju ke bilik adikku. Aku mengetuk pintu dan masuk ke biliknya.
"Nak apa?" Alisya bertanya kepadaku.
"Adik. Budak yang tadi kau sebut-sebut dengan Pina tu ada instagram ke?" Berhati-hati aku bertanya kepada adikku ini.
"Ada. Kenapa?"
"Saja nak follow. Nak username dia." Aku memintanya. Tersenyum senyum aku berdiri di hadapannya.
"Username dia AhmadAizat."
"Thankssss adik. Kau memang adik along yang paling along sayang." Aku berkata sambil menepuk bahunya berkali-kali.
"Heh macam lah ada adik lain." Alisya mencebik.
Aku terus menuju ke bilikku dan mencari akaun milik Aizat itu. Tak sabar hendak melihat mukanya.
Aku mula menilik gambar-gambar nya. Tidak dinafikan memang handsome. Tapi aku lagi handsome apa. Kalau Pina suka budak ni aku taktau nak cakap apa.
'Eleh biarlah dia nak suka sesiapa pun' suara hatiku mula berbisik.
'Ehhh mana boleh. Dia boleh suka dekat aku je.' Suara hatiku yang satu lagi berbisik.
'Kau ingat dia nak kat kau lagi ek? Dulu kan ko pernah reject dia.' Suara hatiku mula bergaduh sesama sendiri.
Ahhh sudah. Serabut adalah.
Aku menilik lagi gambarnya. Eleh tak handsome mana pun.Tiba tiba aku mendapat idea untuk mencari akaun instagram Pina. Aku mula mencari di akaun adikku dan menjumpai akaunnya.
Wahhh banyak betul followers budak ni. Aku terus-terusan scroll feeds miliknya dan tanpa sengaja aku menekan butang follow.
YAY. WHAT A GOODLIFE.
Belum sempat aku unfollow, Afrina sudah followback aku. Huhuhuhu, buat malu je.
Telefonku berbunyi menandakan notification whatsapp masuk.
Pina- eee tak malu stalk orang.
Azrul- ehhhh sukahati lahh. Ni aku punya insta kot.
Bluetick. Wahhhhh dia kasi aku bluetick gitu je.
Azrul- helloooo!! Dah pengsan ke?
Pina- jangan kacau lah!! Aku ada life.
Damnnnnn. Kau ingat aku nak sangat ke haaa chat dengan kau ni? Eee tiba-tiba geram pulak aku dengan Pina ini.
Azrul- kfineeee! Aku pun ada life lah.
Bluetick. Sekali lagi aku dibluetickkan oleh Pina. Betul-betul ada life budak ni. Malas hendak mengacaunya lagi, aku mengambil keputusan untuk tidur.
---------------------
YOU ARE READING
Abang Tuisyen Next Door
Teen FictionHidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang yang pernah menolak cintanya satu ketika dahulu. *** "Kau ni bengap sangat lah Pina" "Kalau aku tak...