'Haa matilah kau Pina'
Eeee, mamat ni dah kenapa nak suruh aku buat latihan sekarang ni. "Err aaa tak faham la"
"Baru first day kau dah mengelamun macam ni susah lah" Abang Arul sudah mula membebel. Dekat rumah kena bebel dekat sini kena bebel. "aku rasa kau ni kena denda lah." Sambungnya lagi.
"Aku rela kena denda daripada dengar kau membebel." Aku mencebik.
"Ok baca sifir dua sampai duabelas." Sebaris ayat daripadanya itu membuatkan aku tak cukup oksigen untuk bernafas.
'Aduh sifir sifir ni yang aku lemah ni' aku mengeluh dan memulakan bacaan sifir aku.
"Aduh kau ni lembab lah. Baca sifir pun gagap."
"Ini stail aku. Aku punya suka lah." Tak mahu kalah, aku menjawab jugak.
"Bak sini no telefon kau."
" Ehhh nak buat apa?" Aku bertanya. Pelik. Tiba-tiba je.
"Bagi je lah. Nanti senang aku nak tanya kau apa-apa."
"Contoh?"
" Baca sifir sampai lancar langsung takde aaa aaa." Katanya sambil menggelakkan aku.
'Eleh cakap je lah kau nak nombor telefon aku' aku mencebikkan bibirku.
"Takde telefon." Ringkas sahaja aku menjawab.
"Tak apa aku mintak Alisya nanti." Katanya sambil mengangkat keningnya ke arahku.
"Mintaklah kau sampai tumbuh ekor. Dahlah aku nak balik dulu." Aku berkata sambil mengemas barangku lalu terus menuju ke pintu.
"Aik, nak pergi camtu je?" Abang Arul bertanya.
"Terima kasih." Aku berterima kasih kepadanya. Tak ikhlas.
"Terima kasih camtu je?" Dia mengangkat angkat keningnya.
"Ishh habistu nak macam mana lagi." Aku sudah mula hilang sabar.
"Cakap lah terima kasih Abang Arul sayanggggggg." Dia berkata sambil gelak terbahak bahak di muka pintu.
"Gila punya orang." Aku cepat-cepat menyarung sandalku dan berjalan laju menuju kerumah ku.
--------------------
AZRUL HAKIM
Aku masih lagi gelak terbahak bahak di pintu rumah ku. Comel betul muka budak ni marah-marah tak padan dulu muka sememeh bagi aku surat cinta."Along kenapa gelak-gelak depan pintu tu" ibu menegurku dari dapur.
"Takde apa-apa ibu" jawab ku sambil menuju ke arah ibu dan duduk di kerusi di dapur. "Aa ibu ada nombor telefon Pina tak bu." sambungku.
"Ibu rasa ada. Along nak buat apa?"
"Along nak tanam pokok bu pakai nombor telefon dia." Kataku sambil tergelak. Sudah lama tak menyakat ibu.
"Esh budak ni. Main-main pulak dia. Kejap ibu amik telefon" kata ibu sambil mengambil telefonnya. "nah ni nombor telefon dia. Jangan kacau anak dara orang tengah-tengah malam sudah." Kata ibu memberi amaran kepadaku
"Eee ibu ni mana ada. Terima kasih ibuuuuu." Kataku sambil sengaja meleret leretkan suaraku.
Aku terus berjalan ke tingkat atas dan baring di atas katilku.
-----------------
LAILA AFRINA
Akhirnya aku dapat berehat di atas katilku setelah seharian tak baring. Aku mula cuba untuk melelapkan mata aku namun terganggu kerana telefonku yang berdering meminta aku untuk menjawabnya.'Eshh kacau lah. Siapa pulak ni dahlah nombor tak kenal' aku menggumam lalu mengangkat panggilan itu
"Hello assalamualaikum. Ni siapa ye." Aku cuba memaniskan suara aku.
"Waalaikumussalam. Oii budak, ni aku Arul." Terkejut beruk aku mendengar suaranya. Mana pulak dia dapat nombor telefon aku nih.
"Oooo takde telefon ehh. Kau kelentong aku kan?" Suaranya sekarang ini sudah kedengaran seperti langau di telingaku.
"Aduhh cakap slow slow takleh ke. Bingit ah kau ni." Aku mula menaikkan nada suaraku.
"Tak boleh. Masa kecik kecik aku lahir dengan mikrofon sekali." Katanya cuba melawak. Aku tak boleh tahan akhirnya tawaku meletus.
"Ehh comellah kau gelak." Kata Abang Arul sekaligus menghentikan tawaku. Aku berdehem bagi menutup malu.
"Cepatlah nak apa ni." Aku cuba mengawal suaraku.
"Tak ada apa-apa. Saja nak dengar suara kau." Selamba sahaja dia menjawab.
What the hell?!
"Are u crazy?" Aku bertanya kepadanya. Dia cuma gelak-gelak sahaja.
Sedar tak sedar masa berlalu dengan cepat dan aku mengakhiri perbualan kami.
'Ahhh tidur lena malam ni dapat dengar suara Abang Arul'
-------------------
YOU ARE READING
Abang Tuisyen Next Door
Teen FictionHidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang yang pernah menolak cintanya satu ketika dahulu. *** "Kau ni bengap sangat lah Pina" "Kalau aku tak...