Dua Puluh Satu

10.7K 597 19
                                    

        Aku mendengar bunyi enjin kereta Abang Arul masuk ke perkarangan rumahnya. Cepat-cepat aku mengintainya dari tingkap bilikku.
Aku lihat wajah gedik Najwa masih menempel seperti gam di sebelah Abang Arul.

          Seriously? Sampai rumah kau nak mengekor Abang Arul? Rasa marah kembali meluap-luap dalam diriku. Ohh, kau sanggup tak cari aku tadi semata-mata perempuan tu ek?

        Tak apa. Tak apa.

         Bagus lah tu. Dua-dua sama sahaja. Mahu sahaja aku menangis ketika ini namun aku tabahkan hati aku.

           Orang dah tak suka. Buat apa nak berharap lagi. Aku berjalan menuju ke hadapan cermin dan melihat pantulan diriku.

          'Kau ni Pina.... dari dulu tak berubah. Sibuk terhegeh-hegeh.' Aku berbicara sendirian di dalam hati sambil memerhatikan pantulan wajahku dan aku mengetuk kepalaku. Mahu menyedarkan aku dari mimpi.

          Sejujurnya aku sangat berkecil hati dengan Abang Arul namun aku tahu, dia tak akan peduli.

------------------

           Lemas. Itulah yang aku rasakan sekarang ini. Entah bagaimana aku boleh bersetuju hendak duduk di buaian ini bersama Abang Arul tetapi yang pasti aku terpaksa. Suasana sepi sedari tadi hanya bunyi motor dan kereta lalu lalang menjadi latar muzik mengurangkan suasana sunyi diantara kami.

------------------

            Aku merehatkan diri di katilku setelah penat yang aku rasakan selepas keluar hampir seharian. Kalau tidak diikutkan waktu sekarang ini maghrib, sudah lama aku tidur. Tetapi aku masih lagi mendengar kata mamaku.

           Disebabkan tidak dapat melelapkan mata, aku menghilangkan bosanku dengan membalas ucapan-ucapan yang aku terima hari ini. Aku masih lagi menunggu ucapan daripada Abang Arul namun hanya sia-sia.

           Malas mahu fikirkannya aku termenung sendirian di katilku. Sedang asyik aku termenung, aku diganggu oleh deringan telefonku. Tertera nama Abang Arul di skrin telefon. Lambat-lambat aku mengangkatnya.

          'Nak apa" aku menjawab malas. Masih terasa hati dengannya.

        "Emm assalamualaikum."

         "Waalaikumussalam"

          "Duduk buaian jom?" Abang Arul mengajakku. Suaranya kedengaran ceria. Aku jadi meluat mendengar suaranya. Seperti tiada apa kesalahan yang dibuatnya.

           "Kan dah nak maghrib." Aku melihat skrin telefonku.

           6.50 p.m. tak reti tengok jam ke apa tah.

         "Ok kalau macam tu malam nanti?" Bersungguh betul dia hendak berjumpa denganku. Entah apa yang hendak dibicarakan pun aku tak tahu.

           "Tengoklah nanti." Sekerat sahaja aku menjawab. Malas sebenarnya mahu menatap mukanya takut nanti api kemarahanku terhadapnya naik lagi.

          "Please...." meleret suaranya. "Pukul 9.30 ok jangan lupa tau." Sambung Abang Arul lagi.

           "Ye"

            Cepat-cepat aku mematikan telefon. Tak mahu mendengar suaranya lagi.

--------------------

            "Ehemmmm...."

             Aku memandang ke arahnya. Apa kena mamat ni tiba-tiba berdehem panjang.

             "Aku......" berhenti. Dia memandang aku sambil tersenyum. Aku paling pantang apabila orang bercakap sekerat-sekerat. Aku masih lagi sabar menanti dia untuk menghabiskan ayatnya.

             "Ehemmm... kau balik dengan siapa tadi?"

              Segera Abang Arul menukar perbualan. Sinis aku memandangnya.

              'Oh, baru sekarang nak tanya. Tadi yang ko tak pedulikan aku tu tak fikir pulak ye' Aku membebel tapi cuma di dalam hati.

                Aku masih lagi berdiam diri. Sudah penat mahu bising-bising. Aku hanya memberikan nya silent treatment. Biar sengaja aku mahu mendera mentalnya.

             Aku memerhatikan kereta yang lalu-lalang. Penat dengam drama yang sedang dilakonkan oleh Abang Arul.

             "Afrina...." panjang dia memanggilku. "Aku bukan cakap dengan tunggul tau." Lemah sahaja nada suaranya.

             Aku hanya memandang sepi wajahnya. Kami kekal diam sehingga Abang Arul bangun menuju ke arah keretanya. Aku lihat dia menjinjing sebuah beg kertas dan berjalan menuju ke arahku.

              "Okay aku tahu aku maybe jadi orang terakhir yang ucapkan dekat kau. Tapi aku tetap nak ucapkan. Happy Birthday Afrina." Abang Arul menghulurkan beg kertas itu kepada aku.

             "Bukak dekat dalam okay? And sorry sebab tadi. Najwa yang datang tiba-tiba bukan aku yang ajak. Aku ingat nak bagi tadi petang tapi kau dah balik dulu so sekarang baru sempat nak bagi." Panjang lebar dia menerangkan kepadaku.

              "Sorry jugak sebab tak wish awal-awal. Ingatkan nak bagi suprise tapi diri sendiri yang dapat suprise. Hahaha..." ketawanya kedengaran kekok.

             Aku mahu membalas kata-katanya namun Abang Arul lebih pantas memotong percakapanku.

             "Okaylah aku mintak maaf lagi sekali and bukak dalam rumah ek nanti. Sorry again for today. Aku masuk dulu Assalamualaikum." Cepat-cepat Abang Arul berlalu dari depan rumahku meninggalkan aku terpaku sendirian di situ.

           "Waalaikumussalam..." aku tetap menjawab salamnya walaupun bayangnya sudah tidak kelihatan.

              Dan aku dibayangi rasa bersalah. So sekarang ni, siapa yang merajuk sebenarnya?

--------------------

Kesian jugak ek dengan Azrul.. Agak-agak kan dia bagi apa dekat Afrina? Cuba teka hihihi..

And sorry for the late update :'(

Abang Tuisyen Next DoorWhere stories live. Discover now