Aku berlalu ke dapur setelah tidak dilayan oleh adikku dan Afrina. Orang perempuan, pantang berjumpa mesti ada sahaja benda yang mahu diceritakannya.
Aku membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air kemudian aku mengambil tiga biji gelas dan membawanya ke ruang tamu.
Aku menghempaskan sedikit gelas ke meja. Sengaja aku hendak mencari perhatian mereka dan aku berjaya mendapat perhatian daripada mereka kerana bunyi gelas dan meja kaca berdenting mengganggu mereka berbual.
"Ishh along ni. Bising lah orang nak berborak." Alisya memarahi aku kerana mengganggu mereka berbual.
"Takde borak-borak kat sini. Pina kau habiskan cepat latihan yang aku bagi ni." Aku mengarah Pina. Sebenarnya aku memarahi mereka kerana aku sedikit pun tidak diendahkan oleh mereka.
"Sabarlah kejap. Aku nak borak dengan Alisya ni. Lama aku tak jumpa dia." Aku lihat Afrina sudah mahu mula marah-marah. Dia menjeling aku. Sejujurnya aku teramatlah suka apabila melihatnya marah. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Hobi mungkin huhuhuhu.
"Takde-takde. Buat sekarang. Alisya sekarang dah sekolah kat sini jadi lepasni banyak lagi masa nak borak." Sengaja aku mahu bagi Afrina lagi berasap.
"Eeee menyibuk betul lah orang tua ni." Afrina membebel. "Alisya kau tunggu aku siap ni dulu ek. Nanti aku borak lagi dengan kau. Ni haaa ada singa terlepas dari kandang tunggu masa nak makan aku ni." Aku lihat Afrina berkata kepada adikku sambil tergelak-gelak. Sengaja dia berkata kuat untuk memerli aku.
"Hahahahhaha okaylah. Along ni tak reti sabar betul." Alisya berlalu daripada ruang tamu menuju ke biliknya.
Sekarang ini hanya tinggal aku dan Afrina di ruang tamu.
"Alisya ada bagitau apa-apa ke pasal aku dekat kau?" Aku bertanya kepada Afrina.
Seminit.
Dua minit.
Krik krik krik krik.
"Weh aku tanya kau ni." Aku meninggikan sedikit suaraku.
"Sekarang bukan masa nak berborak." Afrina memerliku. Dushhh, kata-katanya menusuk tepat ke jantungku. Sedas dia memulangkan kembali ayat yang aku beri kepadanya tadi. Huh sabar je lah.
---------------------
Hannah Alisya
Aku turun daripada bilikku dan duduk di ruang tamu bersama dengan Pina dan Abang Arul."Yo along." Aku menyapa abangku.
"Yo menda kau. Adik pergi isikan air lagi dalam botol ni." Abang Arul menyuruh aku sambil menghulur botol kepadaku. Aku melihat botol air di tanganku.
'Aik. Penuh je lagi botol ni'
Hairan aku dengan perangai abangku ini.
"Along penuh lagi lah botol ni." Aku menunjukkan kepada abangku.
"Ehhh iye ke? Along ingat dah habis." Kata Abang Arul sambil menggaru kepalanya. Aku lihat Pina sudah tergelak. "Sini jap adik." Abang Arul memanggil aku dan kemudian berbisik kepadaku.
Aku mengangguk angguk tanda faham dan aku memandang Pina. Aku lihat dia sudah mengangkat keningnya kepadaku. Aku cuma menggeleng dan berlalu daripada ruang tamu.
Heh Abang Arul menghalau aku sebab dia nak berdua dengan Pina. Dasar angau.
------------------
Laila Afrina
Aku melihat Alisya pergi daripada ruang tamu."Ehh Alisya nak gi mana tu." Aku bertanya kepada Abang Arul.
"Biarlah dia. Dia nak tolong mak aku kat dapur."
Aku cepat-cepat menyiapkan latihan yang diberi. Malas aku mahu berdua-duaan dengannya di sini.
"Nah aku dah siap ni. Bye nak pergi jumpa Alisya." Aku menyerahkan kertasku dan cepat-cepat beredar ke dapur.
Aku berjalan lenggang kangkung ke dapur rumah Alisya. Aku tidak berasa malu kerana aku sudah biasa datang sini dari kecil. Aku lihat Alisya sedang mengacau masakan di dalam periuk. Aku tersengih jahat.
Perlahan-lahan aku berjengket untuk mengejutkannya.
Satu langkah.
Dua langkah. Ok sikit lagi dah nak sampai kat dia.
Tiga langkah. Aku sudah menghulurkan tangan untuk menyergahnya.
Namun, tiba-tiba ada tangan lain menyergahku dari belakang.
"Baaahh..!"
"Arghhhhh!" Aku menjerit kerana terlalu terkejut. Disebabkan tadi aku menjengket, aku tidak dapat mengimbangkan badanku lalu..... bukk macam nangka busuk aku jatuh di belakang Alisya.
"Wei Pina kau kenapa. Ngantuk sangat sampai nak tidur kat dapur aku ni." Alisya melawak sambil ketawa. Aku dengar suara orang menggelakkanku di belakang.
"Aduh aduh lawak siot. Hahahahaha, rugi gila aku tak rakam tadi." Aku lihat Abang Arul sudah ketawa terbahak-bahak sambil menekan nekan perutnya.
"Hahaha.. lawak sangat." Aku ketawa plastik. "Alisya kau nak tolong aku ke tak ni?" Aku memarahi Alisya kerana dia juga mentertawakan aku. Heh, bukannya nak tolong.
Baru sahaja Alisya mahu menarikku tiba-tiba ada suara sumbang menghalangnya.
"Biar je adik. Tak payah angkat dia hahahaha." Masih lagi ketawa. Aku sudah naik angin. Aku menggagahkan diri untuk bangun dan mataku meliar di sekeliling dapur untuk mencari senjata untuk dibaling ke arah Abang Arul.
Yes, aku ternampak satu botol tropicana twister yang sudah kosong. Aku mengambilnya dan mula memukul lengan Abang Arul.
"Haaa amikko, padan muka. Rasakan. Haaa amik amik." Aku memukul nya berkali kali. Melepaskan geram.
"Adoi! Sakitlah. Woi woi dahlah." Suara Abang Arul kesakitan amatlah memuaskan hati aku.
"Rasakan. Tulah balasan orang macam kau ni." Aku berhenti daripada memukulnya dan meletakkan kembali botol ke tempat asalnya.
"Sewel lah korang ni." Alisya berkata sambil mengacau kembali masakan di dalam periuk. Malas agaknya mahu melayan kami.
"Aku nak balik dulu lah Alisya. Lama-lama kat sini takut aku jadi perempuan mental." Sengaja aku cakap kuat-kuat. Bagi panas sikit telinga Abang Arul tu.
"Hati-hati jalan, nanti jatuh lagi." Abang Arul memesan kepadaku. Ok sebenarnya bukannya memesan tapi lebih kepada memerli! Urgh.
"Tahu lah." Aku terus berjalan keluar dari rumahnya.
------------------
YOU ARE READING
Abang Tuisyen Next Door
Teen FictionHidup Afrina musnah sama sekali apabila mamanya menyuruh dia tuisyen dengan jirannya. Lebih memalukan apabila orang yang mengajarnya itu ialah orang yang pernah menolak cintanya satu ketika dahulu. *** "Kau ni bengap sangat lah Pina" "Kalau aku tak...