14

1.3K 152 4
                                    

Minyoung terjaga dari tidurnya. Terpisat-pisat dia bangun dari tidurnya.

Dia bangun dari katilnya dan keluar dari bilik lalu menuju ke dapur untuk membasahkan tekak.

Gelap.

Tangannya meraba-raba dinding untuk mencari suis lampu dalam kegelapan itu. Sedang tangannya meraba dinding, tangannya menyentuh sesuatu yang aneh.

‘Benda’ itu bergerak dan lampu dapur pun menyala.

Sejak bila suis lampu ni ada touch sensor ?”

Dia memandang ke arah tangannya yang masih memegang ‘benda’ itu.

Oh.

Tangan.

Tangan siapa ?

Kepalanya ditoleh ke belakang untuk melihat siapakah empunya tangan.

Cepat-cepat dia menarik tangannya semula dan menuju ke peti ais untuk mengambil air.

Entah kenapa dia dapat merasakan Yoongi seperti sedang mentertawakannya tetapi dia cuba bertenang.

Hakikatnya, Yoongi memang tengah tersengih di belakangnya.

“Kenapa tak tidur lagi ?” soal Yoongi dengan suara seraknya. Mungkin dia pun terbangun dari lenanya juga.

“Dah tidur dah tadi. Ni pun terjaga” jawab Minyoung acuh tak acuh.

“Minyoung. Takde tomato ke ?”

“Tomato ??? Nak buat apa ???”

“Aku tanya ada ke tak ?”

“Cari lah dalam peti ais tu”

Yoongi terus meluru ke arah peti ais.

Sambil meneguk minumannya, mata Minyoung melirik ke arah Yoongi yang sedang mencangkung di hadapan peti ais mencari tomato.

Entah apa mamat albino ni nak buat dengan tomato tu.

Selepas Yoongi menjumpai tomato, dia berdiri sambil menutup pintu peti ais.

Malang tak berbau mahupun didengari ataupun dilihat, Yoongi tersalah langkah dan terus terbawa dirinya ke arah Minyoung.

Dua biji tomato tadi entah terpelanting ke mana.

Wajah Yoongi dan Minyoung berada beberapa sentimeter sahaja antara satu sama lain.

Minyoung terperangkap di antara dua tangan Yoongi yang terletak di kiri dan kanan tubuhnya.

Mungkin menahan daripada terus terjatuh. Minyoung masih memejamkan matanya.

Entah kenapa dia dapat merasakan sesuatu yang lembut dan hangat di dahinya.

Matanya dibuka sebelah untuk melihat keadaan.

Oh.

Yoongi cium dahi aku ?

Serta-merta kedua belah pipinya membahang.

Yoongi memutuskan kucupannya di dahi Minyoung dan terus beredar dari situ mengutip tomatonya tadi.

Minyoung hanya memerhati Yoongi yang sibuk dengan tomatonya.

Sebenarnya bukan perhatikan kerja dia buat kat tomato tu. Dia perhatikan orangnya.

Tak sedar masa sudah berlalu, Yoongi menghulurkan secawan kecil jus tomato ke arahnya.

Minyoung menyambutnya dengan teragak-agak.

“Aku tak letak racun lah” kata Yoongi apabila dia melihat Minyoung teragak-agak untuk menyambutnya.

Minyoung merasa sedikit jus itu.

Dia menoleh ke arah Yoongi.

Cawannya sudah kosong.

“Kalau kau taknak air tu, bagi aku je lah” kata Yoongi. Matanya tepat merenung ke arah Minyoung.

Eh salah.

Matanya tepat merenung ke arah cawan yang dipegang oleh Minyoung.

Minyoung mendekati Yoongi dan diletakkan cawan itu di hadapan Yoongi.

Tanpa berfikir panjang, Yoongi terus meneguk habis jus itu.

Minyoung hanya merenung Yoongi.

“Apa tengok-tengok ?” katanya.

“Awak ... puntianak ke vakum ?”

“Kalau aku vakum, aku tak minum ni. Aku ‘minum’ kau dengan semua orang dalam rumah ni”

Minyoung sendiri tak tahu dia nak gelak atau tak.

“Aku tahu kau tengah tertanya-tanya kenapa beriya sangat aku minum tu. Untuk pengetahuan kau, selain darah manusia atau haiwan, kami boleh minum jus tomato untuk peroleh tenaga. Faham ?” kata Yoongi panjang lebar.

Minyoung hanya menganggukkan kepalanya.

“Oh ya tadi aku cium dahi kau sebab dahi kau luas sangat, geram aku. Untung suami kau” katanya lagi.

Baru je nak lupakan kejadian tu, kau ingatkan balikkkk arghh panas pipi aku.

Yoongi memandang pelik ke arah Minyoung yang sedang mengipaskan wajahnya. Setahu dia, takde lah panas sangat. Apa yang dia kipas ???

Yoongi tersenyum jahat kerana dapat jawapan mengapa Minyoung mengipaskan mukanya.

Kemudian dia berlakon seperti tidak tahu apa-apa.

Dua cawan kecil di hadapannya di bawa ke sinki lalu membasuhnya.

Geram pula Yoongi kerana Minyoung masih berada di dapur bersamanya sedangkan takde benda yang nak dibuat olehnya di dapur itu. Rimas tahu tak rimas ???

Setelah selesai mencuci cawan, Yoongi terus meluru ke arah suis dapur.

“Kau nak tidur sini ke apa ?” soalnya kepada Minyoung.

Tanpa menunggu jawapan dari Minyoung, dia terus mematikan lampu dapur dan dapur itu menjadi gelap semula.

Sekali lagi malang tidak berbau atau pun dilihat mahupun disentuh, kaki Minyoung melanggar kaki kerusi meja makan dan terus terpeleot jatuh dan disambut oleh Yoongi.

Lupa pulak dia puntianak boleh nampak dalam gelap.

Yoongi hanya memimpin Minyoung menuju ke bilik Minyoung semula dalam gelap.

Setelah menghantar Minyoung ke biliknya, Yoongi kembali ke biliknya semula dan menyambung tidurnya.

Pagi sudah pun menjelma. Jimin membuka matanya lalu memandang ke arah Minyoung. Minyoung masih lena di sebelahnya.

Setelah menggeliat, dia terus merapati Minyoung. Rambut Minyoung ditolak ke tepi.

Baru dia hendak mengucup Minyoung ...

Tok tok tok !

Jimin mendengus lalu turun dari katil dan meluru ke arah pintu untuk membuka pintu.

Tercegat Namjoon di depan muka pintu siap berpakaian kemas.

“Aku dengan Hoseok nak keluar kejap. Kau jaga diorang ni semua”

“TU JE ???”

“Kau dah kenapa ?”

“Takde apa” hakikatnya di dalam hati sedang menyumpah seranah Namjoon kerana ‘menganggu’ pagi indahnya semata-mata untuk memberitahu pesanan ringkas itu sahaja.

“Kami pergi dulu” kata Namjoon sebaik sahaja Hoseok keluar dari bilik menuju ke pintu utama menyarungkan kasutnya.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now