8

1.5K 157 12
                                    

“Nak ke mana tu ?” soal Namjoon cuba menghalang Minyoung yang seperti tergesa-gesa hendak keluar dari rumah.

“Nak keluar kejap. Saje amik udara segar” balas Minyoung.

“Sorang ?”

Angguk.

No. Nak pergi mana-mana, ajak sesiapa”

“Namjoon ... aku selamat. Aku tahu jaga diri okay ? Jangan risaukan aku”

“Tapi ...”

“Shhh ... aku tak pergi jauh pun. Apa apa jadi nanti call je lah aku. Jangan risau. Aku tak ke mana pun” pujuk Minyoung lagi.

“Kenapa ni ?” Sampuk Jimin.

“Jimin. Boleh kan saya keluar kejap ?”

Why not ? Jaga diri” kata Jimin dengan tenang.

“Terima kasih !” Minyoung terus mengucup pipi Jimin yang ketika itu sedang bersantai di atas sofa dan terus keluar dari rumah.

“Teruk lah kau ni” kata Namjoon tiba-tiba.

What ?”

“Kau patutnya ikut dia”

“Biarlah dia nak keluar pun. Aku taknaklah jadi suami yang terlalu mengongkong dia. Cukuplah ada sikap saling mempercayai. Aku percayakan dia”

“... Suka hati kau lah”

———

Matanya melilau ke seluruh tempat sepanjang perjalanan seperti mencari sesuatu. Tetapi ... apa yang di carinya ?

“Woi” sapa satu suara.

“Yoongi !” jerit Minyoung teruja dan terus memeluknya. Yoongi sedikit terkejut dengan tindakan Minyoung yang terus memeluknya. Namun dia hanya membiarkan sahaja tanpa membalas pelukkannya.

“Saya cari awak tadi ... saya nak jumpa dengan Yoonji” kata Minyoung sebaik sahaja meleraikan pelukkannya.

“Yoonji ? Kau nak aku bawak kau balik rumah aku ke ?”

“Cepatlah ~ Saya nak jumpa dia” desak Minyoung.

Namun Yoongi hanya mendiamkan diri sekadar memberi pandangan dingin kepada Minyoung.

“Kau pecahkan rahsia kami ke ?” tuduh Yoongi.

“Takde lah. Rahsia awak dengan adik awak tu masih selamat”

Sekali lagi dia mendiamkan dirinya.

“Bawak je lah” ujar satu suara.

“Yoonji !”

“Hehehe hai ~” Yoonji melambaikan tangannya.

———

Yoongi hanya memerhatikan Minyoung dan Yoonji yang sedang berbual mesra. Oh wait ... kenapa aku rasa gembira tengok situasi macam tu ?

“Abang !” panggil Yoonji.

“Apa ?”

“Sini lah”

Yoongi hanya mengeluh lalu mendekati dua gadis itu.

“Dia ni kata nak bawak abang jumpa Abang Namjoon”

“ ... Siapa tu ?”

“Hmm abang masih tak ingat lagi”

“Ingat apa ni ??”

“Takde apa lah. Abang nak ke tak ???”

“Mengarut. Sepatutnya kita jangan bercampur dengan manusia”

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now