20 [FINAL]

1.4K 144 18
                                    

Seokjin berjalan menuju ke kawasan halaman rumah.

Sengaja dia hendak menjenguk rumah itu.

Perlahan-lahan dia mengintai melalui tingkap rumah.

Seokjin langsung tidak nampak sesiapa di dalam rumah tersebut.

----------

Jungkook hanya merenung dinding-dinding yang ada dalam ruang bilik itu sahaja.

Haramjadah betul.

Jungkook tersentak apabila terdengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang.

"Shh"

Rupanya itu Namjoon.

Namjoon mendekati Jungkook perlahan-lahan.

"... Lahhh Jin tak ikat dengan tali pun. Kenapa tak lari je ? ..." bisik Namjoon.

"... Nak lari macam mana ? Abang Jin guna kuasa dia lumpuhkan saya ..."

"... Macam mana kau boleh bercakap tapi tak boleh bergerak ? ..."

"... Dia cuma lumpuhkan kaki dengan tangan saya je sebab dia kata dia nak 'borak' dengan saya ..."

Namjoon hanya menggelengkan kepalanya.

"... Abang tak boleh angkat Jungkook sorang-sorang lah. Abang panggil Hoseok kejap ..."

Namjoon meninggalkan Jungkook di dalam bilik itu untuk meminta bantuan Hoseok.

Tidak lama selepas itu, Namjoon datang semula bersama Hoseok.

Hoseok mengangkat Jungkook dan diletakkan ke bahunya seperti anak patung untuk dibawa keluar dari situ.

---------

Misi untuk menyelamatkan Jungkook berjalan dengan lancar. Mereka mula meninggalkan markas Jin.

Tinggal Minyoung sahaja yang perlu dipulihkan.

Dalam perjalanan mereka hendak pulang ke rumah, perjalanan mereka disekat oleh Jin.

Jin hanya tersenyum di hadapan mereka.

"Hai Yoongi" sapa Jin.

Yoongi tidak membalas. Malah memberikan renungan yang tajam.

"Abang Yoongi. Saya ada benda nak cakap dengan abang" kata Jungkook.

"Apa yang kau nak cakap ?" soal Yoongi.

"Abang Jin ... Saya boleh cakap sekarang kan ?" soal Jungkook.

Mereka yang berada di situ mula tertanya-tanya.

Apa yang berlaku di antara Seokjin dan Jungkook.

"Terpulang pada kau lah" balas Seokjin.

Hoseok mendudukkan Jungkook ke atas tanah supaya Jungkook lebih selesa untuk bercakap dengan Yoongi.

Yoongi duduk melutut di hadapan Jungkook.

"Abang Jin takkan buat-buat apa terhadap kita" kata Jungkook.

"Tak buat apa-apa ? Habis tu kau percaya lah ?" balas Yoongi.

"Bukan macam tu. Abang nak tahu siapa yang bawak abang, Yoonji dengan Abang Seokjin turun ke dunia semula ?"

Yoongi menunggu kata-kata Jungkook yang seterusnya.

"... Taehyung" sambung Jungkook.

Semua mata memandang ke arah Taehyung. Taehyung terkebil-kebil apabila dipandang sedemikian.

"Taehyung ... kenapa kau ..."

Taehyung melutut sambil menemukan kedua-dua belah tapak tangannya.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now