19

1.2K 115 8
                                    

Jimin termenung memikirkan mengenai apa yang Yoonji ceritakan kepadanya mengenai Yoongi.

“Maknanya ... kalau terus paksa dia ingat balik semua tu sampai dia ingat, semuanya berakhir lah kan ?”

Dia berfikir lagi.

“Tapi itu kalau dia sorang je. Macam mana pulak yang si pengacau tu pulak ? Tak boleh tak bolehhh semua orang masih memerlukan Yoongi dengan Yoonji”

Tiba-tiba dia teringat kata-kata Yoonji.

“Siapa pulak yang seru mereka supaya kembali ke dunia ??? Kalau ya pun nak Yoongi kembali, kenapa ada orang lain yang dah timbulkan huru hara kat sini ?”

———

Jin masuk lagi ke dalam bilik Jungkook. Sudah tentunya untuk membebel lagi.

"Bagus kau ni. Kau tak banyak songeh macam masa aku kurung Minyoung dengan Jimin dulu. Kalau macam ni, aku jaga kau sampai bila-bila je lah. Jadi pembantu aku" kata Jin.

Jungkook menggeleng laju.

"Okay takpe. Aku taknak paksa"

Jin berdiri menghadap Jungkook.

"Aku cuma nak bagitahu ... aku kembali ke sini pun bukan atas kehendak aku mahupun sengaja. Aku kembali sebab ... salah seorang daripada kawan kau ... yang menyeru aku supaya kembali ke dunia"

Jungkook tercengang mendengar kata-kata Jin.

"Siapa yang seru aku ? Nanti kau akan tahu jugak. Jangan risau. Aku tak tahu apa yang aku kena buat kat sini. Jadi ...." Jin mendekatkan wajahnya ke wajah Jungkook. Jungkook hanya memejamkan matanya.

"Aku kacau lah kalian" katanya lagi sambil tersenyum.

Jin menjauhkan mukanya dari Jungkook dan duduk menghadap Jungkook.

"Aku taknak apa-apa pun sebenarnya. Saje suka-suka kacau hahaha seronok tengok muka kalian yang ketakutan dengan yang tunjuk beraninya"

Mesti tertanya tanya kan kenapa Jungkook langsung tak buat apa-apa terhadap Jin kan ?

Pergerakan Jungkook sudah dikunci oleh Jin sejak dia dilarikan lagi. Jin hanya dudukkan dia di atas kerusi sahaja.

"Aku yakin kawan kau tu mesti sekarang ni rasa serba salah sangat-sangat sebab dia punca semua ni. Tak sabar aku nak tunggu dia mengaku nanti. Tengok 'drama'. Oh ya sebenarnya aku taknak bunuh siapa-siapa macam dulu. Tapi kalau TERbunuh tu ... mintak maaf lah ye. Aku kena lindung diri aku jugak. Kalau mereka jumpa aku secara baik, aku pun baik lah. Kalau tak ... fikir sendiri lah akibatnya"

Jungkook sekadar memberi renungan tajam kepada Jin tetapi Jin buat tidak nampak sahaja.

"Masa aku datang rumah kalian ... aku nampak Yoonji. Wahhh bekas kekasih aku lindung kalian ~ Cakap pasal Yoonji ... sorry lah sebab aku 'rampas' orang yang menaruh perasaan kat kau hahaha"

Sepanjang Jungkook bersama Jin, pelbagai kejutan yang dia dapat daripada kata-kata Jin.

"Aku tahu dari mana ? Mestilah aku tahu sebab aku kan pernah ada hubungan dia. Dia suka kau sejak dia berpindah ke sekolah tu lagi. Aku takkan benarkan orang cantik macam dia jatuh cinta kat orang macam kau"

"Jadi ... kau memang sukakan dia pada awalnya melalui paras rupa je ???" balas Jungkook. Akhirnya dia dapat bersuara setelah lama mendiamkan diri kerana terlalu takut.

"Eh kau marah ??? Hahaha ya aku suka dia mula-mula. Tapi aku menyesal. Dia membosankan. Akhirnya aku mintak untuk berpisah. Heh. Aku yang lamar, aku yang mintak berpisah"

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now