9

1.5K 165 26
                                    

Meja makan makan dihentak kuat oleh Yoongi secara tiba-tiba.

“Abang dah kenapa ?” marah Yoonji.

“Takde apa” balas Yoongi tenang.

“Tak payah nak tipu lah. Takkan lah abang tepuk meja saje-saje pulak”

“Dah lah. Abang dah takde selera. Abang nak keluar kejap” Yoongi berdiri meninggalkan meja makan. Yoonji di tempatnya hanya menggelengkan kepalanya.

Setelah Yoonji menghabiskan makanannya dan mengambil pinggan abangnya untuk dibasuh di sinki, Yoonji tersentak apabila terdengar seperti suara abangnya yang sedang mengerang kesakitan.

Pinggan-pinggan ditangannya diletakkan semula ke atas meja dan terus berlari keluar.

“Abang ?”

Langkahnya diteruskan sehingga ke luar rumah. Kelihatan abangnya sudah pun terbaring dengan bahunya yang berlumuran dengan darah.

“ABANG !”

Yoonji berlari meluru ke arah abangnya.

“Kenapa ni abang ??”

Yoonji berlari masuk ke dalam rumah semula dan kembali bersama sehelai kain ditangannya.

Tangannya ligat membalut bahu abangnya.

Yoonji memapah abangnya masuk ke dalam rumah dan menaiki tangga untuk ke bilik Yoongi berada di tingkat dua. Dibaringkan Yoongi di atas katil dan diselimutkan.

“Yoonji nak pergi cari Minyoung”

“Tak payah”

“Siapa yang buat macam ni kat abang ???”

“Abang ... tak nampak ... sebab dia serang mengejut lepas tu dia terus menghilangkan diri”

“Okay. Sekarang ni Yoonji nak pergi cari Minyoung. Abang duduk diam diam”

“Tak ...”

Yoonji tidak menghiraukan dengan apa yang hendak diperkatakan oleh Yoongi dan terus menghilangkan dirinya.

———

Tangan Jimin bermain dengan rambut Minyoung yang tertidur di atas ribanya ketika menonton televisyen bersama.

Tiba-tiba dia teringat soalan Minyoung kepada Namjoon ketika menonton televisyen bersama mengenai berjumpa dengan orang yang sudah mati.

“Kalau aku ... aku takut. Sebab kemungkinan Yoongi akan sedih lepas dapat tahu bahawa aku yang gantikan tempat yang sepatutnya dia miliki iaitu menjadi suami kepada Minyoung dan membahagiakan Minyoung. Haih. Tapi ... kenapa ek Minyoung tanya macam tu ?” Jimin bersuara di dalam hati.

Lama dia mengelamun sehingga Taehyung yang berdiri di hadapannya tidak disedari olehnya.

“Eh eh dia ni termenung jauh sangat ni sampai aku kat depan dia pun dia tak perasan” bebelnya. Taehyung membongkok di hadapan Jimin dan akhirnya wajah mereka berhadapan antara satu sama lain.

“Hello ~” ucap Taehyung.

Masih tiada tindak balas.

“Aishh”

Mata Taehyung tertumpu pada sehelai plastik di atas meja. Segera dicapainya dan ditiup plastik itu seperti belon.

Didekatkan plastik yang kembung itu bersebelahan telinga Jimin dan ...

POM !

“OH MAK KAU MELETUP !”

Terlompat Jimin dari tempat duduknya sehingga Minyoung terjatuh dari sofa memandangkan tadi Minyoung tidur berbantalkan riba Jimin.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now