12

1.3K 158 0
                                    

Seluruh isi rumah sunyi kerana penghuninya sudah berlayar ke dunia mimpi.

Jimin bangun dari perbaringannya perlahan-lahan untuk melihat Minyoung yang sudah lena diulit mimpi di sebelahnya. Tangannya dilambai-lambaikan di hadapan muka Minyoung.

Tiada reaksi.

Terus dia menuruni katil perlahan-lahan dan terjengket-jengket menuju ke almari baju.

Tangannya dicapai ke atas almari mencari benda yang disorokkan dari Minyoung siang tadi.

Setelah benda itu sudah berada di tangannya, dia terus menyelinap keluar dari bilik tidur dan pergi ke dapur.

Gelas kosong diambil dan dituangkan air kosong ke dalamnya.

Salah satu kerusi ditarik perlahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi lalu duduk di atasnya.

Benda yang diambil sebentar tadi merupakan sebuah buku.

Flashback

Jimin keluar dari rumah tanpa pengetahuan sesiapa untuk kembali ke rumah Yoongi.

Sejurus tiba, dia terus naik ke tingkat atas.

Bilik tidur Yoongi yang masih bersepah di perhatikannya. Langkahnya terus menuju ke bilik lagi satu.

Bilik Yoonji.

Di sebelah katil terdapat sebuah rak buku kecil. Terus dia mendekati rak buku itu kerana sifat ingin tahunya yang membuak-buak.

Setiap buku yang tersusun di situ dibelek satu persatu. Satu pun tidak menarik minatnya sehinggalah dia menjumpai sebuah buku yang agak ganjil.

The Blood Book of Vamp

Helaiannya di selak sehelai demi sehelai untuk membelek isi kandungannya.

"Benda ni lah yang aku cari. Harap ada bagitahu kelemahan mereka dalam ni. Sekurang-kurangnya aku akan buat persediaan kalau jadi apa-apa nanti"

Buku itu disorokkan di dalan jaketnya supaya tidak menimbulkan sebarang kecurigaan kepada sesiapa apabila dia pulang ke rumah nanti.

Cepat-cepat dia bangun dan beredar dari situ.

"Haih Yoongi. Aku harap kau takde niat lain" gumamnya.

End of Flashback

Jimin tekun membaca buku itu seperti mengulang kaji untuk ujian sekolah.

"Setiap puntianak ada kuasa dia sendiri ??? Hmm Yoonji ..."

Dia menganalisis setiap kuasa yang tersenarai di dalam buku itu.

"Hah ! Teleportation .... Mind Reader. Yoongi punya ... susah lah. Haih"

Sekali lagi dia menganalisis dan membaca ciri-ciri yang tertulis mengikut jenis kuasa.

"Alahai aku tak pernah tengok Yoongi guna kuasa dia"

Jimin termenung sejenak.

"Takpe. Lepas ni aku kena perhatikan dia. Okay cukup untuk hari ni je. Lain kali aku sambung baca kau lagi ye"

Buku ditutup. Baki minumannya di teguk sampai habis.

Terus dia menyelinap masuk ke dalam bilik tidur semula.

Buku tadi diletakkan semula di tempat tadi.

Perlahan-lahan dia naik ke atas katil berbaring di sebelah Minyoung yang nyenyak tidur.

"Minyoung. Apa-apa jadi nanti saya akan lindungi awak dengan yang lain"

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now