3

1.7K 203 5
                                    

Jimin berpindah ke bilik Minyoung. Bilik lamanya menjadi milik Hoseok.

Minyoung sibuk mengemas pakaianya masuk ke dalam almari. Tidak lama selepas itu, Jimin masuk ke bilik sambil mengeringkan rambutnya yang basah.

"Beg saya taknak kemas ?" ujar Jimin sambil merebahkan dirinya di atas katil.

"Kena ke ?"

"Kena lah"

"Kalau tak ?"

"Kalau tak ... awak cuba flashback sendiri lah apa saya buat kat awak" ujar Jimin sambil tersenyum menyeringai.

Tiba-tiba wajah Minyoung mula membahang apabila teringat kejadian di mana Minyoung enggan masakan makanan untuk Jimin ketika mereka ditinggalkan berdua di rumah tidak lama dahulu.

"Nak kemaskan lah ni" balas Minyoung.

"Tahu takut" katanya sambil bertukar dari posisi baring ke posisi duduk.

BUK !

Sebijik bantal hinggap ke muka Jimin. Angkara siapa lagi kalau bukan Minyoung. Tangannya ligat mengemas pakaian. Jimin hanya menjongketkan bahunya lalu berbaring semula.

Senyap kembali.

"Teringat masa kita bergaduh dalam bilik ni" Jimin bersuara memecah kesunyian.

"Banyak kenangan dalam ni" sambungnya lagi sambil tersenyum.

Terjatuh di atas lantai bilik.
Tidur bersama.
Bergaduh akibat masakan maut dari Minyoung kepada Jimin.

Satu demi satu kenangan muncul di benak fikiran Minyoung ketika itu. Dia tersenyum apabila teringat semua itu. Kelakar.

"Hah ! Apa senyum senyum tu ?"

***

Yoongi berguling di atas katil di dalam selimutnya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan matanya. Apabila dia berguling untuk kesekian kalinya, dia terkejut sehingga dia sendiri bangun terduduk apabila adiknya muncul di tepi katil.

"Buat apa dalam bilik abang ni ?" soalnya.

"Tak boleh tidur ke ?"

"Kalau tak boleh tidur pun kenapa ?"

"Abang tak boleh tidur, saya pun tak boleh tidur sebab kepala otak abang bising sangat. Abang fikirkan apa ?"

"Buanglah kelebihan kau tu. Rimas pulak aku" kata Yoongi geram.

"Apa kata kita keluar malam ni ?" cadang Yoonji.

"Mana boleh. Bila malam, rupa kita macam sekarang ni, bertaring, pucat, mata warna merah. Mestilah orang takut bila nampak kita nanti"

"Bukan keluar sebagai manusia biasa"

Yoongi melihat jam dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 1.15 pagi. Kemudian termenung.

"Mesti orang dah tidur sekarang ni kan ?" tanya Yoongi.

Yoonji tersengih dan hanya mengangguk.

"Kalau macam tu ... jom lah" ajak Yoongi. Tetapi ... dia bercakap seorang diri.

"Berapa kali aku dah cakap jangan hilangkan diri lepas tu muncul tiba-tiba !" marah Yoongi.

***

Ketika Yoongi dan Yoonji menikmati udara malam itu, Yoongi terserempak sebuah rumah yang amat dikenalinya.

Dia mendekati rumah itu. Dia seperti pernah nampak rumah itu tetapi tidak dapat mengingatinya mengenai rumah itu.

Yoonji merapati abangnya. Tertanya tanya mengapa abangnya tertarik dengan rumah itu. Dia tidak dapat membaca pemikiran abangnya kerana ... Yoongi sendiri tertanya tanya mengenai rumah itu.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now