1

3.7K 262 17
                                    

Cahaya bulan menembus ke celah-celah tingkap dan dinding yang berlubang masuk ke dalam rumah yang tidak menyerupai rumah.

Menyedari bahawa waktu itu sudah pun larut malam, 'penghuni' rumah tersebut bangun dari 'tidur'nya yang panjang.

Dia memegang kepalanya yang pening secara tiba-tiba. Matanya dibuka perlahan.

"Aku ada kat mana ni ?" Matanya melilau ke seluruh ruang dalam rumah usang itu. Matanya tertumpu pada sebuah cermin yang sudah diselaputi kotoran dan debu.

Dia menggagahkan diri untuk berdiri dan berjalan ke arah cermin itu.

"Kotornya ..."

Cermin yang kotor itu dibersihkan menggunakan tangannya.

"Tak mungkin ..."

Tak percaya. Terkejut. Semuanya bercampur menjadi satu.

"Bukan ke aku ... dah mati ?"

Wajahnya ditilik lagi melalui pantulan cermin.

Mata hitamnya bukan berwarna hitam lagi. Kini mata hitamnya berwarna merah gelap. Mukanya pucat seperti orang yang sudah mati. Dua gigi taringnya terkeluar sedikit daripada mulutnya.

Matanya melilau lagi ke seluruh ruangan dalam rumah.

"Takkan aku nak duduk sini ?"

Dagunya diurut seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Sekarang ni ... aku lapar ... dan aku kena cari tempat tinggal untuk aku tidur. Tapi ... dengan rupa aku macam ni, sesiapa yang nampak aku mesti takut"

Dia berfikir lagi.

"Tunggu kejap ... Aku bukan manusia kan ?"

Namun, hanya cengkerik yang menjawab persoalannya bersama suara katak yang turut menyampuk sekali.

Kakinya melangkah keluar dari rumah usang itu. Dia tidak boleh berdiam diri. Dia mesti cari jalan untuk menyelesaikan masalahnya.

Tetapi, apa yang dia nampak hanyalah pokok dan semak samun. Bagus. Dah lah lapar. Rumah pun tak rupa rumah. Berlubang sana sini.

"Mungkin ... aku kena redah hutan ni jugak" Dia memulakan langkahnya untuk meredah hutan itu.

Langkahnya terhenti apabila dia ternampak sebuah rumah besar.

Apa yang dia nampak ialah pasangan suami isteri yang sedang duduk bersama melihat bulan di luar rumah.

***

Dua jasad terbaring di atas tanah. Wajah ketakutan dan terseksa jelas kelihatan di wajah dua jasad itu walaupun sudah tidak bernyawa.

Darah yang masih tersisa dicalit menggunakan jarinya dan dijilat.

"Sekarang ... rumah ni aku punya lah"

Dia memandang dua jasad yang terbaring di atas tanah.

"Mula-mula ... aku kena sorok dua mayat ni"

Malam itu juga dia menyelesaikan tugasannya untuk menyembunyinan dua jasad tidak bernyawa itu.

"Sekarang ... rumah ni milik Min Yoongi"

***

Sinaran pagi telah menyebabkan Yoongi terjaga dari lenanya.

Oh sekejap. Kenapa dia tidak rasa apa-apa tatkala terkena pancaran matahari ?

Seperti semalamnya, dia membelek cermin lagi.

Mata hitam.
Taring tidak kelihatan.
Wajah tidak pucat.

Jadi manusia kembali ?

Jika difikirkan semula, mungkin dia hanya jadi manusia biasa di siang hari.

Dia berfikir lagi. Apakah kelemahan dia ? Dia perlu mencari kelemahannya sendiri sebelum orang lain mengetahuinya terlebih dahulu selain dapat menyembunyikan identiti sebenarnya.

***

Segenap ruang di dalam rumah agam itu di perhatikan. Dia perlu membuat pengubahsuaian supaya menjadi seperti rumah yang diidamkan mengikut citarasanya sendiri.

Barang yang tidak perlu dicampak masuk ke dalam plastik sampah untuk dijual. Sekurang-kurangnya duit hasil jualan itu boleh digunakan untuk keperluannya sendiri.

***

Peluh di dahi dilap menggunakan tangannya sendiri. Segala perabot sudah pun di susun. Dicampakkan dirinya ke atas sofa untuk menghilangkan lelahnya.

"Abang penat, ya ?" ujar satu suara.

"Siapa ?"

"Adik sendiri pun tak kenal dah"

Kemudian, turun seorang gadis perlahan-lahan dari siling rumah. Kalau manusia biasa rasanya dah jatuh gedebuk dah pun.

"Yoonji ?? M-macam mana Yoonji pun ada sekali ni ?" soal Yoongi.

"Yoonji ada ni pun sebab abang" ujar adiknya.

"Jadi .. apa kaitannya dengan Yoonji ?"

"Saya jadi peneman abang kat sini"

Yoongi hanya menunjukkan riak muka aku-tak-faham-ni-weh kepada adiknya.

"Haih" Sekali lagi adiknya terbang dan kemudian meghilangkan diri. Yoongi tercari-cari kelibat adiknya.

Apabila dia menoleh ke kanan, adiknya sudah pun berada di sebelahnya.

"Sebenarnya ada orang seru kita supaya kembali ke dunia"

Yoongi mula termenung kembali.

"Lagi satu. Saya tak tahu macam mana kita boleh ada benda ni tapi ... kita berdua ada kelebihan tersendiri. Saya boleh baca fikiran orang lain dan teleportasi" tambah Yoonji lagi.

"Jadi ... apa kelebihan abang ?" Soal Yoongi.

"Hentikan masa" kemudian Yoonji hilang dari pandangan Yoongi sekelip mata.

"Boleh tak jangan kejap kejap hilang lepas tu muncul mengejut ????" marah Yoongi dengan harapan adiknya mendengarinya walaupun sudah menghilangkan diri.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now