2

2K 214 3
                                    

Sebuah teksi berhenti di hadapan sebuah rumah. Sepasang suami isteri mengeluarkan bagasi mereka dari bonet belakang. Selesai dengan urusan pembayaran, teksi pun berlalu pergi.

***

"Bahagianya" ujar Namjoon.

"Mungkin sebab dah takde siapa yang datang ganggu dah. Tapi serba salah jugak lepas kematian Jin" balas Jimin sambil melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah sofa.

"Semua orang buat silap" jawab Namjoon tenang.

"Dah berkahwin ni masih nak tinggal dengan kami ke ?" soal Namjoon.

"Erm ... mungkin ... pindah. Sebab Minyoung pernah cakap kat aku yang dia nak hadiahkan rumah ni untuk korang. Tapi ... kami kena cari rumah lain dulu lah untuk kami tinggal"

"Aku ada sorang member aku ni. Dia ada rumah kosong nak dijual" sampuk Hoseok secara mengejut.

"Oh mak kau rumah !" Latah Jimin.

"Ehhh kenapa ni ?" soal Hoseok prihatin.

"Entah. Aku dari tadi rasa tak sedap hati" luah Jimin.

"Dah kenapa pulak ??"

"Tak tahu ... Sejak dalam teksi tadi aku rasa macam ni"

"Dah lah. Perasaan kau je tu" ujar Hoseok cuba menyedapkan hati Jimin.

Jimin mengjongketkan bahunya. "Mungkin"

***

Senyap. Yoongi bersama adiknya menikmati makan malam dalam suasana sunyi dan sepi. Hanya bunyi sudu dan garfu menari di atas pinggan sahaja yang kedengaran.

Mata Yoongi menjeling adiknya yang berada di hujung meja.

"Kenapa kita senyap sangat ?"

Teguran adiknya telah menyebabkan Yoongi tersedak sendiri akibat terkejut. Segelas air kosong dicapai dan diteguk airnya untuk meredakan keperitan di tekaknya.

"Kenapa abang terkejut sangat ni ??" Soal Yoonji.

"Tak. Cuma ... abang tak tahu nak cakap apa. Dah lama kan kita tak tinggal sama-sama macam ni ?" balas Yoongi.

"Ya. Maafkan saya sebab tinggalkan abang ..." ucap Yoonji perlahan.

"Takpe. Benda dah jadi"

"Tapi ... kita macam ni pun sementara waktu je ..."

"Maksud Yoonji ?"

"Abang akan faham juga nanti. Kita tak tinggal di dunia ni selamanya"

"Kenapa tak -..."

"Berapa lama abang berada di bumi ni terletak di tangan abang sendiri. Cuma tak tahu sampai bila je" pintas adiknya. Yoongi terdiam mendengar penjelasan adiknya.

Tetapi dia terfikir. Apakah tujuan dia di bumi ini ? Siapa yang menyeru mereka ?

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now