13

1.2K 146 7
                                    

Sebaik sahaja habis makan tengahari, Minyoung mengemaskan meja makan seorang diri sehingga lah ada orang yang tolong mengangkat pinggan mangkuk ke sinki.

Minyoung menoleh ke arah sinki.

Yoongi menarik hujung lengan bajunya sehingga ke siku sebelum membuka pili paip di sinki dan terus mencuci pinggan mangkuk.

Minyoung menyambung kerja mengemas meja makan yang tergendala tadi.

Ketika dia memusingkan badannya untuk ke sinki, Yoongi sudah pun berada di belakangnya. Jarak di antara mereka hanya beberapa sentimeter sahaja.

Atas faktor ketinggian, wajah Minyoung betul-betul sama paras dengan dada Yoongi.

"Tepi lah" kata Yoongi dan beredar dari situ.

Minyoung menggelengkan kepalanya dan menyambung tugas yang tergendala tadi.

------------

Sesekali Yoongi menjeling ke arah Jimin yang meletakkan tangannya di keliling bahu Minyoung yang duduk di sebelahnya.

Yang sebenarnya Jimin memang sengaja hendak menyakitkan hati Yoongi. Dia buat tidak nampak sahaja Yoongi yang curi-curi memerhatikan mereka.

Bukan apa.

Jimin melakukan semua itu kerana dia hendak menyiasat kuasa yang ada pada Yoongi memandangkan Yoongi langsung tidak memberitahu kuasa yang dimilikkinya tetapi apa yang dia buat itu seperti tidak berjaya kerana akhirnya Yoongi buat tidak tahu sahaja.

"Hati batu betul mamat albino ni. Takpe takpe. Aku akan buat apa je untuk siasat kuasa yang ada kat kau"

Sudah bermacam-macam cara yang digunakan oleh Jimin supaya Yoongi menggunakan kuasanya secara tidak sengaja namun satu pun tidak berhasil. Apa yang dia dapat hanya lah bebelan dari Minyoung.

Saya Cintakan Awak 3 ✅Where stories live. Discover now