Lebih kurang 8 tahun yang lepas...
Hari itu, aku masih ingat sampailah sekarang. Hari di mana aku bersua dengannya. Tanpa sengaja. Kebetulan. Mungkin takdir.
"Assalam ayah, alang dah sampai ni." Beritahu aku pada ayah. Hari ni aku mendaftar sorang ke kolej. Aku tak bagi ayah hantar aku pergi sini sebab tak nak ganggu kerja ayah. Lagi pun, aku dah biasa sangat dengan kawasan ni.
Setelah mendengar pesan ayah dengan khusyuk dan teliti, aku mengangkat beg pakaian menunggu di area arrival. Kelihatan beberapa orang sedang memegang tag bertulis nama kolej tu. Aku segera menghampiri mereka dan tidak lama selepas itu bas khas kolej tersebut pun tiba.
Tak sangka ramai pulak yang dah menunggu terus meluru arah bas tersebut termasuk parents diaorang sekali. Aku pun malas nak ambil pusing, aku berkira2 nak ambil teksi. Bas tadi pun dah pergi. Baru nak angkat kaki menuju pakcik teksi, aku terlihat sebuah bas datang.
Bas kolej lagi satu. Aku menukar arah lalu segera mendekati, lebih tepat bersesak dengan pelajar lain.
Fuh, alhamdulillah dapat kerusi bahagian belakang. Bas dah macam sardin. Padat sungguh, kesian tengok yang berdiri, apakan daya tempat aku duduk pun dah smpai 3 orang yang duduk. Almaklum kekurus belaka.
Bas pun mulai bergerak meninggalkan terminal. Aku membuang pandang keluar, duduk tepi tingkap kan. Tak sampai 3 bulan aku tinggalkan tempat ni, dapat pulak kolej area sini. Aku melihat pemandangan yang familiar, tetap sama. Yelah, last aku datang sini masa ambil SPM.
****
Turun je dari bas, kami diarahkan mendaftar kediaman di dewan utama. Sempat aku kena tegur pasal pakai sneakers hitam line putih tapaknya. Haha. Wajib pakai kasut full hitam katanya. Dah macam masuk sekolah balik pula. Lantaklah, ni je yang aku ada buat masa ni.
Aku melihat kertas yang tertera detail aku dan tempat kediaman.
'Blok C' Haha, sama macam along. Along pun pernah belajar sini dulu. Tapi, hampeh. Aku dapat tingkap 4! Fuhhh, redha... Aku rasa memang yang mendaftar last akan dapat tingkat bahagian atas2. Sebab pendaftaran buka dari pagi semalam lagi. Aku je yang tak nak. Kawan2 sekolah lama aku dulu dah ajak awal lagi. Mentah2 aku tolak, alasan cuti tak cukup lagi. Kan sia2, naik turun tangga 2 semester ni. Kurus lah aku. Makin kurus, correction.
Dengan lemah longlai aku menuju sebuah kanopi tempat menunggu bas, yang akan membawa kami ke kolej masing2. Waktu menunggu tu, terdetik hati nak call Aira. Kawan sekolah aku dulu, bestfriend kamceng segala bagai. Aku dial nombor Aira. Nasib ayah bagi pakai handphone dia, Nokia Jenama apatah tapi dah boleh simpan lagu. Zaman ni, smartphone belum famous ke tak ada lagi. Yang berkemampuan je ada kot.
Sempat aku mengerling melihat sosok seorang perempuan berkulit cerah, memakai baju kurung warna biru tua dipadankan dengan tudung sedikit labuh biru lembut.
Dia berjalan sambil membawa barang2 nya menuju tempat aku menunggu ni, aku tak sempat nak tengok muka dia dengan jelas sebab Aira dah angkat phone time tu. Aku menjauh sikit berdiri di luar kanopi.
"Helo ra, assalam. Aku dah smpai. Korang kat mana weh?"
"Wassalam Rissaaaa, kitorang kat rumah aku ni, ada Ija dengan Suzi sekali." Dengar diaorang dah bising2 kat belakang seru2 nama aku. Sampai hati kasi tinggal.
"Aku dapat blok C tingkat 4 huwaaa, Aduhhh. Korang canee?" Soalku pada Aira acah2 bersedih, tapi serious sedih kot. Kalau2 takde yang satu blok dengan aku.
"Sama kau dengan Ija, tapi dia tingkat 1. Hmm, aku dgn Suzi blok sebelah. Tulah kau, dah ajak awal tak nak dengar. " kedengaran lagi background diaorang jemaah gelakkan aku.
"Yelah, tapi sampai hati tak tunggu aku kan. Nak jugak pergi rumah kau." Sekali lagi dia gelakkan aku.
"Kau datang mendaftar pun petang. Kitorang gerak pagi tadi lagi. Kalau tak, sempat la. Haha. Ok la, ris. Kitorang nak masak ni kejap lagi. Lepas tu baru gerak balik kolej. Jumpa nanti."
"Orait, kemsalam orang rumah kau dengan budak 2 ekor tu. See yah. Assalam." Panggilan pun dimatikan.
Aku kembali menghampiri tempat aku letak beg tadi. Sebab time bersembang tadi aku menjauh keluar dari kanopi, taknak orang dengar. Konon lah
Aku yang tetiba peramah menegur budak perempuan free hair sbelah aku, tak ingat sapa nama dia. Dia dapat blok D. Lepas tu, aku tanya budak tudung biru tadi. Dia pun stay dekat2 kitorang jugak.
"Dapat blok mana? "
"Blok C, " jawabnya sekali dengan tingkat dan nombor bilik. Eh?? Macam pernah dengar.
"Tengok kertas tu" aku terus menyambar kertas tu dari tangan dia untuk tengok detail kediaman dia. Hahaha. Ajaib betul.
"Haha, kita roommate! saya pun bilik ni" ujarku padanya. Excited. Serious tak sangka belum sempat masuk bilik dah jumpa roommate sendiri kat sini. Terhibur aku sebentar. Kebetulan betul. Tak lama lepas tu, bas pun datang, kali ni bas sedikit kecil dan agak usang, bas ke bandar. Aku dah tahu sebab aku pernah naik bas ni dulu waktu outing sekolah, bukan pernah tapi banyak kali.
Selepas menurunkan pelajar blok D, kami menuju ke blok C. Dah turun, aku tunggu budak tudung biru tu, roommate aku.
Nampak dia kepayahan membawa barang2. Boleh tahan agak banyak banding aku yang cuma bawa satu luggage je. Haha
"Meh sini sy tolong angkat beg plastik tu." Mulanya dia berkeras kata tak apa tapi aku cakap beg aku yang nak angkat satu je, tak berat pun. Sengaja malas bawak berat2. Sudahnya, aku tolong lah dia angkat. Boleh tahan berat. Haha, aku terlupa kitorang tingkat 4. Lols. Takkan la dia sensorang angkat kan, walaupun tu barang dia. Ikhlas ke dok ni? Kahkah
Sampai dalam bilik, luas jugak lah. Depan pintu ada 3 buah meja study, lepas tu dekat belakang meja study, ada 4 katil memasing dengan loker.
"Pilih lah dulu, saya tak kisah" kataku sambil memandang Reihan, nama roommate aku tu. Terlihat dia berfikir sejenak.
"Tepi tingkap ni lah"
" Oke, kalau macam tu saya kat sini." Ujurku seraya menghampiri katil berhadapan dengan katil Reihan. Aku pun tepi tingkap tapi belah tu koridor. Manakala tempat Reihan tingkap untuk skodeng blok sebelah. Blok B.
Lepas kemas sikit2, Reihan ajak aku turun ofis kat bawah.
"Arissa, jom turun ambil keychain. Kakak kat dewan tadi cakap boleh ambil dekat ofis bawah. Nak tak? "
Aku baru teringat, aku pun join jelah. On the way tu, kami tak banyak cakap sangat. Just mumbling, eh ofis kat mana, belah sini ke. Dah jumpa pintu ofis, aku pun ketuk la. Kitorang berdua masuk dengan ramahnya memberi salam. Reihan pun membuka suara tanya pasal keychain tu.
Nak tahu tak, staff tu cakap apa?
"Adikk, ramai lagi tak dapat. Benda tu first come first serve je. Kalau memang lambat datang. Tak adalah" jawabnya acuh tak acuh dengan nada... menjengkelkan?Aduhai keychain, aku pun tak tahu kenapa kitorang semangat sangat nak claim keychain tu. Bengong. Lepas tu Ada lagi dia membebel. Kitorang masih balas dengan senyuman je, senyum tak ikhlas. Dengan masih menjaga santun, kitorang meminta diri. Tutup je pintu tu. Aku pandang Reihan, dia pandang aku. Serentak kitorang gelak.
"Kenapa dgn acikk tu? Orang tanya je pun." Omel Reihan. Aku pun tak paham makcik staff tu, cakap jela keychain dah habis.
Sepanjang perjalanan menuju bilik, kitorang still bahas makcik tu. Tak puas hati betul kitorang. Keychain punya pasal. Hailahh!
Bersambung...
23/08/2016
A/N: Hi guys, tanx sudi baca story ni. Peace, Ciao!
YOU ARE READING
Dia Roommate Aku
Romance"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara orang2 dari luar juga blok sebelah dan kicauan burung2. Tiba2 siling putih bilik kami jadi sangat menarik. Aku tak berani toleh nak pandang...