DRA 4

12.7K 343 27
                                    

Tidak terasa sudah 3 minggu kuliah berlangsung. Jadi, sebulan sudah aku rasmi menjadi pelajar kolej. Aku pun dah jarang bertemu atau gathering dengan Aira, Ija dan Suzi. Sesekali aku ternampak Ija dari aras aku. Itu pun waktu dia berlenggang ke toilet petang2. Bila rajin, aku jerit2 la panggil dia.

Aku dengan Reihan pula semakin rapat. Dah kitorang berdua je kat dalam bilik tu. Memang dgn dia je lah aku nak borak.

And you guys know what, she's just wonderful. Aku kira dia seorang yang pendiam, jenis tak banyak cakap, tapi selama aku sebilik dengan dia, ada saja cerita yang kami share setiap hari. Tak kira topik apa, yang penting dia best buat teman bercerita.

Selain tu, budak Reihan ni memang kaki pembersih, kemas, dan sewaktu dengannya. Yg penting rapi lah. Biasalah bekas MPP aka pengawas waktu sekolah dulu. Confirm kami takkan kamceng la. I just don't like prefect eventho rata2 kawan dulu pengawas. Enough dgn roommate aku nih.

Aku tengah membereskan tutorial kimia yg kena hantar esok.

5 minit..

Setengah jam..

12.18 am..

Hoammmm.. masuk yg ni, entah berapa kali dah aku menguap. Tapi tutorial tak siap2 lagi. Takpelah, esok kopipasta Daniella atau aku panggil manja, Dani or bole tiru Hani, takpun si Popoi. Ni kira geng tutor aku dan tukang tidur dalam lecture. Aishh. Baru start kuliah, perangai dah tak senonoh. Lumrah student? Mungkin.

Dan.. Reihan?

Dah selamat sampai London tadi. Aku rasa dia naik katil dalam pukul 9 lebih kot. Tidur macam baby. Lama sangat. Selesai mengemas buku kimia. Aku beranjak naik atas katil dan selamat jalan.

****

Risa..

Risaa..

Arissaaa...

Aku terdengar suara lembut perempuan memanggil2 namaku. Aku masih mamai lagi, lama2 suara tu makin kuat, mendayu2 di telinga nih.

Ya Allah selamatkanlah hamba. Doaku dalam hati.

Tiba2 seperti ada tangan yang menggoncang tubuhku.

"Risaa," aku membuka mata perlahan dan di sambut dengan mata coklatnya. Lah, kan gelap. Nampak ke? Nampak oke, ada lampu samar2 dr luar.

"Reihan..Ehm.. kenapa?"tanyaku dengan suara orang baru bangun dari tidur. Mataku mulai layu lagi. Mengantuk.. huaaa!

"Risa, ada kumbang besar lah kat tingkap tuh" katanya dengan suara perlahan plus cemas? Aku sudah separuh sedar dah tak ingat apa lagi yg Reihan katakan dan aku pun tak sedar aku cakap apa dengan dia.

****

Pagi ni aku bangun dengan suara alarm lagu ost Dream High. Usai mandi, aku solat subuh. Lepas tu, aku susun jadual hari ni, Jumaat. Reihan sedang breakfast. Hari2 tak pernah tinggal. Katanya, sarapan ni penting. Tak kisah la, biskut sekeping dengan segelas milo sekalipun. Kalau aku, kekadang sarapan ni buat aku nak berak jer. Haha. Abaikan.

"Ris" panggil Reihan setelah meneguk air milonya.

"Hm? " sahutku yang masih ligat mencari highlight pink aku.

"Kau ingat tak semalam aku kejut kau? " aku menoleh ke kiri, menatap dalam matanya. Cuba mengingat semalam.

"Sorii tau, aku ngantuk sangat semalam. Kenapa dgn semalam tuh? " sengihku sambung mengemas buku2 aku.

Tiba2 dia gelak sampai tersedak air milo tu. Aku memasang wajah bingung. Apehal budak ni, putus fius ke?

"Heh, budak. Kau dah kenapa? "

Dia pun menceritakan di mana aku yg mamai ni, offer dia labcoat untuk dia pakai berlindung dari kumbang. Dia minta selimut lebih or kain sarung tapi lain pulak aku bagi. Sebab Reihan mmg tak bawa selimut. Dia habaq lagi, dengan selumber tak bukak mata nya pegi tunjuk labcoat yg tergantung tepi katil aku.

"Haha, serius la? Tak ingat langsung. Jd, kau pakai la labcoat aku tuh? " tanyaku dengan gelak yg tersisa.

Dia menggeleng. "Xdelah, aku memberanikan diri pegi katil aku balik, pastu bungkus abis dengan kain baju kurung. Hehe" ujarnya sambil meneguk habis milo.

"Cihh, kumbang pun takut ka deyy" ejekku padanya. Hakikatnya, aku pun alergik benda tuh.

****

Tik tok tik tok

Dah masuk bulan kedua aku menuntut di sini, minggu ni, aku tak jadi nak balik rumah. Cadangnya memang nak balik tapi tadi kelas habis lambat. Jadi, malas lah lagipun aku belum sempat kasitau ayah.

Malam ni, aku dengan Reihan santai duduk depan meja belajar masing2. Dia menghadap laptop, aku pulak main handphone. Main game ular. Bila dah game over terlanggar ekoq sendiri, aku pun boring dah.

Aku panjangkan leher tengok apa yang c Reihan ni buat. Main facebook rupanya, masa ni fb baru nak up. Sebulan sekali je aku jenguk. Lol. Aku pun menepuk bahu dia, nak ajak sembang. Tapi sambil gelak dia menjauh dari aku.

"Rissaa. Haha, aku geli laa."

Aku pun cuba menggapai dia lagi, saja test power. Memang betul bila dia terus berdiri menjauh lagi. Katanya dia tak boleh kena sentuh di bahu, leher, peha atau di pinggang. Geli!

Aku bingung sendiri. Biar betul ada orang mcam ni. Aku ni pun bukan skinship, tapi kalau kena gelitik tu, memang steady jer lah. Almaklum, tahan geli. Aiseh!

Tiba2 datang idea kurang bijak aku. Aku berdiri mendekati Reihan sambil kedua tangan kedepan dan sengaja aku gerakkan jari2. Ditambah dengan muka tak senonoh aku.

"Risa, jangan dekat" katanya dengan suara tegas yang dibuat. Suara ayu buat tegas konon. Tak takut lah. Aku semakin berani mendekati dengan sengihan jahat.

"Risaa, please. Aku jerit nii" ancamnya.

"Hehehe, jeritlaa kalau berani" balasku pula. Pehal gaya cam perogol bersiri pulak nih. Baru aku nak terkam, dia berjaya mengelak dengan menunduk lalu menyusup bawah lengan aku. Tapi dengan gerakan pantas. Aku tangkap pinggang dia. Apalagi terduduk lah dia. Dengan aku aku sekali begolek di lantai tu. Gelak sakan dia. Hahah! Serangan gelitik bertubi-tubi.

Tap!!!

"Hoii, apa korang buat ni?" sergah seseorang di depan pintu. Kitorang memang jenis buka pintu sentiasa. Biar angin semulajadi masuk. Ceh..

Sekarang, posisi aku di atas Reihan dengan tanganku masih dipinggangnya. Mata Dani membulat dengan mulut bentuk o, buat2 macam kitorang ni tengah buat maksiat. Kuangasam.

Aku pun layankan aje.

"Saya tak buat apa2 encik. Dia goda saya dulu" ujarku dengan segera mengangkat kedua tangan ke atas.

"Ahhh, kalian mesti berkahwin malam ini jugak, aku melihat semuanya"
Eeh, main betul budak ni.

"Kalau dengan perempuan cantik macam ni, kahwin paksa pun saya sanggup" tentunya aku ucapkan dalam hati jer. Jap jap, wth im thinking. Shoo-shoo. Go away!

"Siap encik!" balasku sambil salute. Reihan menampar lembut lenganku.

"Merepeklah korang ni" katanya tersenyum sambil bangun dan duduk semula di meja belajarnya.

"Ada apahal kau dtg ni makcik? " tanyaku lalu duduk di kerusi sebelah Reihan, memerhati Dani yang tersengih macam kerang busuk duduk di sebelah aku. Sememangnya meja sebelah aku kosong, kami jadikan tempat letak gelas pinggan bagai.

"Aku nak minta ajar biologi chap ni" ujur Dani lalu membuka buku tutorial. Acah je ni, akhirnya kerja kami menyembang je. Sesekali aku melirik Reihan yang masih khusyuk menatap skrin laptop.

Tanpa aku sangka dia menoleh lalu, tersenyum. Aku? Balas dengan muka hodoh. Dia cuma tergelak. Hailah. Diabetes aku tak lama. Manis sungguh!

Lepas tu, aku pun senyum sendiri.

Bersambung...

9/07/2016

A/N: hepy eid guys. Tanx kpd yg vote n comment. Hehe. Do share ur thought bout this story. ciao!

Dia Roommate AkuWhere stories live. Discover now