Sepanjang orientasi tu, aku jarang sembang dgn Reihan. Sebab biasalah, aku dgn diaorang Aira. Lagipun, awal lagi aku dah cabut gathering mesyuarat tingkap dgn mereka. Nak ajak sekali Reihan tapi macam awkward. Reihan pun mesti ada geng dia sendiri. Kan?Habis je orientasi tu, aku terus balik rumah. Homesick. Tak adalah. Nak ambil baju sekali beli kasut kulit hitam. Reihan tinggal sorang lagi. Asyik kena tinggal saja.
Pasal minggu orientasi pulak, huh. Buat aku pusing. Bongok betul punya fasilitator. Kena habisan kitorang. Last day tu, kitorang kena denda satu dewan berdiri satu kaki, junjung beg atas kepala. Dalam sejam jugak macam tu, kalau fasi tu senyap2 takpa, ini tidak keluar sumpah seranah mereka.
Tak bertamadun betul. Sampai ada orang pitam ke pengsan tu sebelah aku. Baru dorang nak selow selow. Banyak lagi hal tak menyenangkan yg berlaku sebenarnya. Well, forget about that.
Hari ni hari ahad. Aku baru sampai depan pagar utama kolej. Sambil aku menjinjit beg, aku berjalan menelusuri jalan beratap menuju blok c. Lebih kurang 10minit, aku sampai depan pintu bilik. Eh, berkunci? Reihan pergi mana ya.
Aku meraba beg galas aku mencari kunci bilik. Dalam tengah mencari tu, aku terdengar suara orang bersembang. Reihan dengan sapa entah keluar dari bilik sebelah.
"Arissa, baru sampai? " Tanya Reihan sebaik sahaja melihat aku.
Aku hanya tersengih mengiyakan.
"Sori sy kunci bilik taw" ujar Reihan lalu membuka kunci pintu bilik kami.
"Haha, takpa. Kang tak pasal kita ada roommate tak diundang." Mereka hanya gelak kecil.
"Hai, jiran sebelah ke? " tegurku kepada perempuan berkaca mata yg sbelumnya bersembang dgn Reihan.
"Ha, aah. Sy Farhah. Duk bilik sebelah ni." Aku pun ber ohh sahaja sambil mengikuti langkah roommate aku masuk ke dalam.
"Jom masuk? Mana roommate?" Ajakku dan berbasa basi. Farhah melangkah masuk ke dalam bilik kami. Aku mula meletakkan beg2 di tepi katil dan berjalan semula pergi tempat meja studi. Reihan sudah duduk di meja belajarnya sambil melihat hp nya.
"Dia pergi outing, tak balik lagi." Jawabnya dan duduk di kerusi sebelah aku berdiri.
Setelah itu, kami bersembang sebentar sebelum dia minta diri nak solat asar.
Selesai saja mandi dan solat asar, aku berehat2 di atas katil sambil mendengar lagu dari mp3 aku. Pemberian kawan sekolah aku dulu. Sebenarnya, aku yang minta dihadiahkan. Haha. Muka tebal.
Aku melihat Reihan dengan hp nya. Tapi kali ini, dia tengah on call dgn someone. Boifren lah kot? Pikirku. Seingat aku, belum lagi kami berkesempatan cerita background masing2. Dah aku tak reti duduk bilik. Aku perhati Reihan ni, mesti hot stuff sebab kulit putih, comel2 orangnya, suara ayu, bulu mata melentik, hidung mancung dan satu yang aku suka. Mata dia. Light brown.
Rasa takleh nak lari dari mata dia. Acenggitu. Kira tak jemu lah nak tatap.
Macam mana aku tahu, aku sembang dengan orang, aku suka perati mata dengan pergerakan bibir. Haha! Korang?
Tiba2, 1 mesej masuk. Aira.
'Ris, mai bilik aku. Mak aku masak lebih, suruh ajak kau, ija dgn Suzi join sekali'
Aku pun segera membalas.
'Orait boh, 5 minit aku sampai. 😘'
Laju je aku menyarung cardigan dan pakai tudung aku tadi. Makan free punya pasal. Mak Aira pun masak sedap. Belum sempat aku sarung selipar ungu aku. Reihan menoleh arah aku.
"Pergi mana Risa?" Dia baru habis koling.
"Aira ajak dinner d bilik dia. Nak join?" Ajak ku sesuka hati.
"Hehe, tak adalah. Jalan elok2. Balik lambat tak?"
"Kenapa? takut eh duduk sensorang?" Sambil menaikkan kedua keningku, saja mengusik.
"Pandailah, awak tu yang jalan sensorang nak magrib ni. Tak pasal kena sampok" Balasnya. Gulp! Aku ni dahlah penakut.
Aku pun ketawa hambar. Kurang asam punya budak.
"No lah. Haha. I'll text u kalau I tido sana Oke" Kataku lalu dibalas dengan anggukan dan senyuman sejuta megawatt Reihan. Manis!
Aku berlalu pergi tanpa menghiraukan sekeliling yg dah mula tunjuk awan merah. Sekejap lagi azan magrib la nih. Tetiba aku teringat ucapan Reihan. Aku melajukan lagi langkahku menuju bilik Aira.
Kalau aku tak selamat sampai bilik Aira, ni semua salah kau Reihan. Mendoakan aku kena sampok!
*****
Esok hari pertama kitorang mula kuliah. Tapi aku masih di sini bincang benda apantah dengan geng aku ni. Kami masing2 dapat berlainan kuliah dan tidak sekelas.
Lepas tu kami sembang pasal kawan2 lain yg ambil foundation or yang buat A level. Ada jugak yg ambil diploma. Aku melihat jam menunjukkan 11.48 malam. Mak aih, lamanya aku dekat sini.
"Ija, suzi. Korang tido sini ke? "
"Taklah, kenapa? Nak balik dah? " sahut ija.
"A'ah, esok kan ada kelas pukul 8. Jom balik."
"Yelah, nak pukul 12 dah" ujar Suzi pula sambil bangkit meregangkan otot segala sendi2. Setelah berpamitan dengan Aira, sempat dia berpesan.
"Korang tengok kan minah ni, kang kena ngap hantu tengah jalan kang" Siapa lagi kalau bukan aku minah yang dimaksudkan. Aku langsung menghadiahkan Aira jelingan maut. Dorang hanya berdekah ketawa.
"Mulut kau Ra. Baik sikit eh. Malam camni pulak kau nak main" kami pun beransur pergi. Dorang dah memang masak dengan perangai aku yang super penakut ni. Tapi biasalah ego, taknak mengaku.
Sampai je dalam bilik, Reihan tengah menatap hp nya. Lagi.
"Assalamualaikum" aku beri salam lalu membuka cardigan dan tudung ku. Langsung merebahkan diri di katil.
"Wassalam" jawab Reihan melihatku tersenyum. "Ingat tak balik" sambungnya lagi.
"He he, tak adalah, sok kena bangun awal maklumlah first day. Oh yah btw, kita satu course kan? " tanyaku sambil menarik selimut menutupi seluruh badan.
"Aah tapi sy dah minta tukar hari jumaat tu. Sy request masuk akaun. Minat lebih dengan akaun ni daripada nak hadap sains lagi. Lebih2 lagi, biologi." Terangnya.
Aku hanya tergelak kecil, biologi favorite aku lah. Based on apa yg dia cerita, Reihan ni keluaran MRSM. Tapi dia SPM ada ambil subjek akaun, so dia ada basic la nak ambil akaun kan. Katanya esok dia dah boleh terus masuk kuliah akaun.
"Reihan, esok kejutkan boleh? Belum iron baju lagi ni" pintaku dan memandang Reihan samar2 dalam kesuraman cahaya.
"Oke, insha Allah sy kejutkan" balasnya setelah itu.
"Goodnite Reihan, assalamualaikum" lalu menutup mataku perlahan. Berat sangat dah mata ni. Dah berapa kali menguap.
"Goodnite too Risa. Waalaikumsalam" sahutnya. Selepas itu, aku pun dibuai mimpi indah berkalungkan bintang di langit.
Bersambung...
23/06/2016
Salam ramadhan. Hepi reading gais. :)))
NewNotes 2311: sila jgn segan vote oke? Baru rajin nak up. HAHAHA
YOU ARE READING
Dia Roommate Aku
Romance"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara orang2 dari luar juga blok sebelah dan kicauan burung2. Tiba2 siling putih bilik kami jadi sangat menarik. Aku tak berani toleh nak pandang...