Hari berganti hari, bulan berganti tahun. Tahun berganti??
Dah, merepek.
Takdalah berganti lagi, tapi point kat sini. Aku dan Reihan roommatw aku tu dah macam belangkas. Mana dia ada, situ aku ada. Selalu sekali la. Cuma takdelah sampai aku follow dia ke kelas.
Malam sabtu or jumaat punya malam tu kan. Aku tengah dok sibuk mesej dgn Along. Biasalah, nak minta nafkah bulan. Awat aku tak minta kat ayah. Saja, along banyak duit. Biasiswa dia tak luak pun kan kalau stakat payung aku seratuihh. Cihh! Lagipun bukan selalu.
"Lang" panggil Reihan d sebelahku.
"Em?" Sahutku tanpa menoleh.
"Alang.. " serunya lagi.
"Ehmm. " masih ligat dok taip msej ke Along.
"Lang"
"Alang alanggg!" Ucapnya geram.
"Apedia makcik, cakaplaa. Aku dengar ni" Kali ni aku melihat anak matanya, fokus apa sebenarnya budak sorang nih nak.
Tak lama Reihan mengalihkan pandangan ke sembarangan arah. Eh?
"E-esok kluar jom. Nak beli barang." Pelawa ke tanya ke, aku pun taktahu.
Aku hanya diam. Pikir jap. Esok? Esok.. Ada apa ye?
"Nak tak? Jomlah. Teman aku. " pintanya.
Aku masih lagi menghubungkan sel-sel kepala hotak ni.
Ting!!
"Alaaaa, hang lambat Rei. Aku dah janji dgn Dani tadi nak tengok dia main esok. Dorang ada friendly match dgn budak sekolah aku dulu. " ujarku masih dalam serba salah nak tolak ajakan Reihan.
"Hm, yeke ? Takpalah." Balas Reihan lalu melempar senyuman sebelum kembali sibuk dengan Doraemon nya. Aku perasan sinar mata Reihan meredup sekilas setelah aku tolak ajakannya tadi.
Terasa kah dia? Patut ke aku cancel dgn Dani? Tapi kang budak tu hangin pulak.
"Rei.. " panggilku.
Segera dia menoleh. Belum sempat aku nak cakap. Henfonku berdering.
Along is calling...
Aku pun mengangkat jari telunjuk kananku dan memberi isyarat dekat Reihan untuk tunggu kejap. Lalu keluar ke koridor di luar bilik.
Setelah puas calling hampir sejam lebih. Telinga aku pun dah boleh jadi kuih telinga. Panas!
Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Reihan dah takde kat meja dia. Tup tup. Eh, tidoq dah? Yela masa aku oncall tadi dah nak pukul 11. Sekarang dah 12 lebih. Cian dia. Bagus jugak la dia tak tunggu.
Aku pun mula mengunci pintu bilik sebelum mematikan lampu. Perlahan aku berjalan lalu merebahkan diri di katil tak seberapa nak empuk.
"Alang"
Terkejut cheq!
"Tekejut aku! Pikir dah tido. " kataku sambil mengurut dada, hampir nak tekeluar jantung tadi.
Kedengaran dia ketawa kecil.
"Nak cakap apa tadi? " tanya nya. Aku nampak Reihan mengiringkan badan menghadapku yg berada d sebelah kanannya. Aku pun buat benda yg sama.
"Aku cadang, apakata aku teman kau outing petang. Sebab esok rasanya smpai tengahari je. So? " usulku tetiba. Sememangnya itulah yg ingin aku sampaikan bfore along kol tadi.
Tampak dia sedang memikirkan something.
"Aku rasa takyah la Alang. Susahkan aje. Lagi pun, aku dah ajak kawan tadi. " ujarnya taklama lepas tu.
YOU ARE READING
Dia Roommate Aku
Romance"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara orang2 dari luar juga blok sebelah dan kicauan burung2. Tiba2 siling putih bilik kami jadi sangat menarik. Aku tak berani toleh nak pandang...