DRA 7

11.5K 293 44
                                    

Aku terbangun dari tidur petangku. Adoi lah tido je keje kan. Usai zohor tadi aku terus terlena. Reihan entah hilang ke mana, memang dia dah takdak waktu aku smpai. Bilik berkunci.

Aku melihat jam tangan kesayanganku. Dah pukul 5 lebih. Lamanya aku tidur. Aku menoleh kiri, katil Reihan dah tak rapi. Mesti dia dah balik. Coklat? Aku bingkas bangun lalu mencapai coklat kedbri black forest dari dalam beg galasku. O-oh, dah cairr.

Setelah selesai meletakkannya senyap2 dalam loker Reihan. Aku menuju toilet, mandi and asar. Huhu. Sebelum masuk shower, sempat aku melihat dia tengah mencuci kain di sana.

Aku tersenyum lagi dan dia tak perasan pun aku ada kat situ. Khusyuk sangat kerah tenaga cuci kain 2 baldi. Ish ish. Suka kumpul baju sangat kan.

****

'Ish, mana budak ni? Takkan tak siap lagi cuci kain? '

Aku segera keluar dari bilik dan mencari Reihan. Dalam beberapa langkah nak belok, aku nampak dia tengah menjemur kain di depan bilik kosong, lebih kurang 4bilik dari bilik kami. Perlahan2 aku mendekati.

"Hahhhh!!! " sergahku. Reihan hanya menatapku takdak riak. Terhenti sebentar kerja2 jemur anak ikannya. Haha.

"Tak terkejut pun" ujarnya lalu menyambung semula aktiviti yang tergendala.

"Ceh, yela tu. Emm, pegi mana tadi? Tak kasi tau pun" ucapku sambil menatap langit yang kian bertukar merah, siang berganti malam.

"Outing dengan Farhah. Harap kau nak teman. Asyik homesick je." Balasnya dengan nada yg tak dapatku tafsirkan.

"Hey, tolong sikit eh. Bila aku tak balik rumah. Takde pulak nak ajak aku outing. Bwekk!" Ujarku sambil menoleh laju menatap Reihan dengan pandangan 'kureng punya budak'. Tak pernah lagi seingat aku kitorang outing sesama. Nama je roommate.

Dia hanya tergelak. Mungkin pasal reaksi ku atau rupaku sekarang. Kedua-duanya kot.

"Sakat sikit pun takboleh"

Aku hanya mampu memuncungkan bibir ke depan. 'Cehh'

Cukup beberapa detik lamanya, aku membuka suara lagi setelah melihat cara Reihan menjemur baju nya.

"Hello cik Reihan Nasuha Malek. Macam ni ke selalu awak jemur kain? " tanyaku sambil menatap Reihan tak percaya.

Dia hanya bingung. "What? "

Aku segera mengarahkannya untuk melihat tingkat bawah.

"Didn't u see titik2 air baju u ni, bole basuh sekali lagi baju budak tingkat bawah kita ni. Macam hujan lebat dah aku tengok" aku menggelengkan kepalaku beberapa kali.
"Kau tak pandai perah baju ke cemana? " sambungku lagi.

"Aku tak sengaja la. Tak cukup kuat nak perah sampai kering. Sori lah orang bawah ye." katanya sambil tersengih. Nasib comel, kalau tak dah lama aku buang dalam laut dengar alasan yg dia bagi. Reihan dah pandai loya buruk dengan aku sekarang. BerHuhu je lah aku.

"Takde la smpai kering nenek. Kesian org kat bawah tau tak, dahh dah meh aku tunjuk cara perah kain yg betul." aku mengibas tanganku seakan mengusir Reihan dari depan baldinya. Sebelum itu, aku menyuruh día perah kain cara dia.

Hmmm, betul minah ni tak makan tengahari ke atau tak makan malam lagi.

Aku menggeleng lagi untuk kesekian kalinya.

"Tak makan ke cik kak oí?" sindirku. Lagi2 día hanya sengih2.

"Hiyyaa, hahh macam ni" aku memerah sekuat tenagaku lalu dengan sengaja mengibas baju tuh depan muka Reihan. Tawaku pecah saat melihat ekspresinya, dia tak menduga tindakan ku.

Dia Roommate AkuWhere stories live. Discover now