Nota Biologi aku renung. Sem ni ada 4 subjek core yg aku kena score, tapi rasanya dah tambah lagi satu subjek nih. Iaitu subjek ‘Falling for your roommate and why?’ Damnn!
Serius otak aku terlampau tepu pasal dia. Sampai nota bio depan aku ni pun langsung satu pun tak masuk. Reihan pakai ilmu pengasih ke dekat aku? Wahai negative thinking nyah kau dari sini. Arissa, focus focus! Esok aku ada quiz, kang aku rebus jugak nota nih biar masuk semua dlm sistem saraf otak terus berlalu ke sistem perkumuhan.
Aku pejam celik beberapa kali cuba baca ayat pertama nota ringkas yg aku buat, yang entah berapa kali dah aku ulang. Baru aku mula nak concentrate habis, vibrate dari manatah mengejutkanku. Aku mencari sumber kekacauan, henfon Reihan yg tengah bercas di atas meja belajarnya bergetar beberapa kali. Aku melihat ada panggilan masuk.
Rayyan..
Taklama fon Sony pink milik Reihan kembali senyap. Tiba2 sebuah pesanan masuk. Dari dia jugak. Apekah mamat ni? Tak reti tgok jam ke? Dekat M’sia dah pagi buta la. Kacau org nak tidur sekali aku yg baru nak masuk ilmu nih. Reihan dah masuk alam mimpi lebih kurang sejam yg lalu. Skg dah nak pukul 1 pagi. Hmm, dah berapa lama lah agaknya aku ulang ayat pertama nota tu.
Oke sekarang betul kena focus.
In phloem, solutes move from sources to sinks.
In phloem, solutes move from sources to sinks.
In phloem, solutes move from sources to sinks.
Haihh! Aku letak pensel mekanikal tepi nota.
Aku capai fon Reihan. Curiosity kills me not the cat, seriously. Ini pertama kali aku bukak fon dia tanpa kebenaran tuan punya badan. Aku slide atas, pastu aku slide ke bawah semula. Ragu2 bertandang.
Aku memberanikan diri pergi Inbox Reihan, dadaku tiba2 rasa sesak. Mesej yg baru masuk tadi, aku tak buka tapi bole nampak kan sikit2.
Rayyan: Salam Dear, dah tido…….
Lebih kurang mcm tu lah mesej yg baru dia hantar tadi. Nampak word DEAR tu, aku rasa terbakar.
Dear la sgt, pikir Reihan tu deer ke, kijang ke?
Aku skrol bawah,mesej yg dah tersedia buka. Rasa nak mandi air sejuk. Mesej dia semua penuh kata2 rindu lah, love2 lah, tanya makan dah ke, minum dah ke, hishh! Asal tak tanya dah kencing berak ke belum? Menyampah! Rasa nak baling je fon ni tapi tak jadi bila ingat ni Reihan punya.
Kalau anime, aku bukannya dah bertukar pegi Super Saiya ke4 ke5, rasanya dah bertukar jadi kingkong masa Goku kecik dulu bila tgok bulan mengambang, dek cemburunya aku pada lelaki bernama Rayyan ni. Aku menghembus nafasku perlahan-lahan cuba meredam emosi. Kang terhembus api susah pulak.
Aku tertarik dengan mesej yg aku baru buka ni.
Dear, sibuk sangat ke? Han selalu lambat reply mesej. Call pun selalu tak angkat. Why Dear?
Memang sekarang ni, jarang aku nampak Reihan pegang fon bila dalam bilik. Tapi kalau aku msj, tak pernah pulak dia tak reply. Rasa macam ada bunga2 pulak dalam hati ni. Rasa nak lompat bintang pulak.
Aku baca lagi sekali msj Rayyan yg tadi. Memang la dia jarang nak balas mesej kau, ingat murah ke hantar mesej pergi luar negara?
Henfon Reihan aku letak semula. Kembali aku duduk menghadap nota atas meja study. Pikiran melayang lagi.
Aku berharap ke Reihan suka balik dekat aku? Yes, sudah tentu. Siapa sini yg suka tepuk sebelah tangan. Tapi dalam kes aku ni, kemungkinan aku btepuk sebelah tangan tu 99.9% mcm sabun pembasmi kuman dlm iklan tv.
YOU ARE READING
Dia Roommate Aku
Romance"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara orang2 dari luar juga blok sebelah dan kicauan burung2. Tiba2 siling putih bilik kami jadi sangat menarik. Aku tak berani toleh nak pandang...