Terasa katilku bergoyang. Lenaku terganggu. Urghhh. Apa pulak la nih. Aku membuka mataku dengan susah payah. Baru je aku nak marah, tapi tak jadi dah.
"Kak Lang!! Yayy, bangun pun! " jerit Hakimi, adik bongsuku, masih dok terlompat2 atas katilku.
"Kimi! Stop plis. Sakit kepala alang tau" ujarku sambil memegang dahiku. Lelah semalam belum sepenuhnya hilang. Majlis resepsi paksu. Paksu memilih buat kat rumah atas pilihan opah. Lebih meriah katanya. Memang meriah sampai nak patah pinggang aku.
Aku menarik Kimi masuk ke dalam pelukan ku. Budak kecik ni apalagi, meronta2 minta lepas sampai la dia tertumbuk kecil rahangku.
"Aww! Sakitla kimi" aduku lalu pura2 nak menangis. Kimi spontan mengusap lembut rahang kiriku. He he, comel je budak nih. Geram. Lalu aku mencubit pipinya.
"Comel je Kimi" aku mengecup pipinya lalu bangkit menuju bilik air.
"Lepas alang mandi, kita pergi eh? And jgn lupa minta dekat ayah tuk beli jajan" aku pun menutup pintu bilik air. Kedengaran Kimi bersorak keriangan sambil memanggil ayah.
Cuti akhir semester 1 sudah d penghujung tanduk. Tak terasa, esok aku kembali ke kolej dah tuk semester baru. Ada sesuatu rasa yang membuak2 ketika mengingatkan esok aku nak balik kolej. Bukan nya risau result sem 1. Something weird, tapi aku masih belum dapat nak pastikan benda apa sebenarnya.
****
Aku cium tangan ayah, lepas tu acik pulak ganti salam tangan aku dan berlaga pipi semua tu. Acik hari ni balik asrama dia dah. Ayah pergi hantar. Kenapa kitorang tak ikut je? Sebab Kimi sangat lah teramat cerewet bila jalan jauh. Jadi, tinggal lah aku dengan dia. Lagi pun aku dah janji bawak budak tu pergi pantai.
Selepas melambai2 sehingga kereta ayah hilang dari pandangan, aku mengambil helmet tuk hakimi dan aku di dalam almari kecil sebelah pintu. Selepas memastikan semua dah berkunci dan dapur gas, elektrik bagai. Aku mendorong skuter merah kesayangan Along sampai ke pintu pagar rumah.
Aku menoleh ke arah Kimi di belakangku. Ketawa ku pecah.
"Hahaa, Kimi sayang. Asal pakai helmet camni?"
"Dah oke ni kak lang. Kimi tengok dalam tv." Ujar adik ku protes.
Senyuman masih di bibir. Aku mengambil henfon sliding Sony Ericsson warna hitam yg baru ku beli minggu lepas dari saku seluar jeans aku. Segera aku mengambil gambar hakimi yang tengah memakai helmet terbalik. Pandai pulak dia posing macam2 gaya. Satgi aku kasi send MMS dekat along angah. (Pandai la korang cari MMS tu apa hahah)
Bagi dorang makin rindu. Hahaha. Along dengan angah xdpt dtg Majlis Paksu. Hanya aku dgn Acik yg dpt cuti waktu nih.
Berpuas hati dengan hasil fotografi aku, aku membetulkan helmet Kimi lalu memakai helmetku sendiri.
Setengah jam lebih perjalanan ke pantai teluk indah, dengan 60km/h kami tiba di sana. Sebenarnya tak jauh pun pantai ni dari rumah. Kalau laju bawa kete, 10 menet pun smpai. Dengan c Kimi d depanku Dan macam2 budak sorang nih buat sepanjang duk atas skuter tadi. Tu bawa slow2 melow je.
"Kimi lapar tak?"
"Aah, Kimi nak makan ayam goreng"
"Orait, Jom" aku pun memberhentikan skuter tu tepi sebuah gerai makan.
Selesai mengisi perut, kami berdua pun mendekati penjual belon. Kimi memilih belon upin ipin. Lepahtu, minta pulak beli jagung. Singgah pulak beli jagung bakar.
Kami duduk di kayu besar yang terletak atas pasir pantai bawah pohon rendang. Sepasang suami isteri kot baru je beredar dari situ. Jadi kami la cepat2 cop tempat tu.
YOU ARE READING
Dia Roommate Aku
Romance"Aku selesa macam ni" Reihan memecah keheningan. Seketika suasana bilik jadi sunyi, hanya terdengar suara orang2 dari luar juga blok sebelah dan kicauan burung2. Tiba2 siling putih bilik kami jadi sangat menarik. Aku tak berani toleh nak pandang...